Saturday, November 28, 2009

ronda-ronda kereta baru mitsubishi lancer

tokchik baru sahaja buka pintu rumah, handphone berbunyi,
"cik........nak pergi rumah mak ayie tak" sayup terdengar suara herman.
'aikkkkkk.......pasal apa suara lain macam aja bunyinya" lain ditanya, lain dijawab, tokchik menyoal herman
"L deman dengan batuk le chik, kita nak gi rumah mak ayie tak" herman bertanya lagi
" ok..jadi.....jam 10.30 pakcik sampai rumah L"
tokchik bungkus rendang dan ketupat, capai kunci kereta,zuppppppppp........ jam 10.30 tokchik sampai kerumah herman

sampai kerumah kakak, "nadia.....cepat.pakcik dah lapar ni". ketupat dan rendang dihidangkan, makanlah kami dengan berselera...almaklumlah.......lapar, tokchik hnya minum secawan kopi sebelum kemasjid untuk solat sunat aidiladha

bila perut dah kenyang, mata jadi layu, tetapi jam 1 dah nak keluar untuk solat jumaat, sambil melepak, kami berbual2, kakak tokchik mencadangkan kami ke nilai 3, semuanya dah setuju. balik sembahyang jumaat, tokchik bertanya pada kakak dan herman, kat nilai 3 tu peniaganya ramai melayu, raya haji ni tentu mereka cuti,

kamu tukar plan..........ronda2 kuala lumpur dengan kereta baru herman......IKEA jadi tempat tujuan.
sempat lagi berposing dengan kereta baru.......


singgah kedai ni, singah kedai nun, belek itu , belek ini



IKEA......... kami dah sampai......


"pakcik......macam kat tempat salji lak bila kak ana letak bulu kambing ni kat badan" kata kak ana sambil tergelak besar


"best juga meja ni kan" mungkin itu yang diucapkan herman kepada ojie,
" beli aja lah kalau dah best" kakak kasi racun............hahahaaaaaaaaaaa


dah jumpa apa yang dihajati...jom kita balik

"luasnya bonet kete ni L" tu yang diluahkan oleh kakak tokchik
sempat lagi posing dengan kerete baru sebelum bergerak balik kerumah kakak, tokchik snap sana, snap sini...ala-ala kandid ......



Friday, November 27, 2009

herman, kak ojie dan kucingnya

pasangan ideal ni memang meminati kucing, yang tokchik dapat hanya beberapa keping gambar kucing peliharan mereka, gambar mereka bersama kucingnya tak ada




yang ni pula gambar tokchik dengan kucing yang datang kerumah kakak.....


mee sup semudah 1,2,3 faiqah

faiqah menunjukkan bakat memasak hari ni, mee sup katanya....sempat le juga tokchik snap gambarnya

langkah pertama
tumiskan bawang putih dan bawang merah yang dimayang, bila dah kekuningan, masukkan sedikit sos tiram


langkah kedua
masukan air, masukan sedikit garam (tak cukup nanti boleh ditambah kemudian kata faiqah)

lamgkah ketiga
bila air dah mendidih, masukkan fish cake, tauhu yang dipotong dadu..... humban aja apa yng kita suka kedalam sup yang sedang mendidih, biar seketika, masukkan batang batang sawi

langkah ke empat
masukkan daun sawi diikuti dengan mee kuning, rasa garamnya, kalau tak cukup masinnya, dah tak reti2 nak tambahkan garam

langkah ke lima
taburkan daun sup dan bawang goreng, hidangkan bersama sambal kicap.
hilang pulak gambar tauke sambal kicap kita...kak ojie

Thursday, November 26, 2009

menganyam ketupat

seingat-ingat tokchik, dah lama tokchik tak menganyam ketupat, kalau mengumpat tu selalu lah juga.............hahaha 27/11/2009 kita akan menyambut hari raya aidiladha, pagi2 sebelum pergi kerja, tokchik menyinggah digerai tepi jalan, beli lah seikat daun kelapa, rm5 untuk 50 helai. tokchik menggunakan waktu rehat makan tengahari untuk menganyam ketupat, aksi tokchik menganyam ketupat menjadi perhatian rakan sekerja ........... almaklumlah.....mereka bukan melayu jadi merasa tertarik untuk melihat cara2 menganyam ketupat.....tokchik bermurah hati menjadi tenaga pengajar pada hari tu kita ikuti langkah demi langkah menganyam ketupat yang ni pula pelajar tokchik....hahaha ni videonya
video

Tuesday, November 24, 2009

tak sayang nyawa

mereka ni memang tak sayangkan nyawa sendiri, menunggang motorsikal dengan tak memakai topi keledar, agaknya kepala mereka lebih keras daripada batu, dah tu ramai pulak yang menunggang motorsikal tak berlesen, andai berlaku kemalangan, sapa nak menjawab, sapa nak dipersalahkan, ketika itu menyesal pun dah tak berguna



nyawa lebih murah daripada topi keledar

wali band - tomat (tobat maksiat)

tokchik mendengar lagu ini secara tak sengaja, merasa tersentuh dengan liriknya, tokchik berusaha mencari lagunya, disini tokchik paparkan lirik dan video clipnya



dengar lah sobat
saat kau maksiat
dan kau bayangkan ajal mendekat
apa kan kau buat
kau takkan selamat
pasti diri mu
habis dan tamat
bukan ku sok taat sebelom terlambat
ayo sama-sam kita tobat
dunia sesaat awas kau tersesat
ingatlah masih ada akhirat

astafirullah hal azim

ingat mati ingat sakit
ingat saat kau sulit
ingat-ingat hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat
berapa kali maksiat
ingat-ingat sobat
ingatlah akhirat
cepat ucap astrafirullah hal adzim

pandanglah ke sana
lihat yang disana
mereka yang terbaring ditanah
bukankah mereka pernah hidup juga
kita pun kan menyusul mereka
astafirullah hal adzim

ingat matiingat sakit
ingat saat kau sulit
ingat-ingat hidup cuma satu kali
berapa dosa kau buat berapa kali maksiat
ingat-ingat sobat
ingatlah akhirat
cepat ucap astafirullah hal azim

Monday, November 23, 2009

kek coklat kukus

bahan2

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan majerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1.1/4" cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bikarbonat of soda
3 biji telur

cara2nya

campurkan serbuk koko, gula pasir, susu dan majerin, panaskan diatas api sehingga gula larut sepenuh, pastikan api tidak terlalu besar bagi mengelakkan campuran tersebut hangus(tokchik guna kuali aja, sebab mudah nak "mengacau" adunan berkenaan)
apabila gula telah hancur, matikan api, angkat dan sejukan bancuhan tersebut.


campurkan tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, ayak rata.....untuk memudahkan kerja, tokchik gunakan tepung naik sendiri dan dicampur dgn soda bikarbonat.

tuang susu pekat kedalam adunan yang telah sejuk dan digaul rata.
masukkan telur yang telah dipukul, gaul rata


masukkan tepung kedalam adunan, bancuh sehingga sekata/sebati

tuangkan kedalam acuan dan kukus selama sejam.


nota : adunan akan mengembang / naik 2 kali ganda, sila gunakan loyang yang tinggi dan besar,

hasilnya




selamat mencuba

Sunday, November 22, 2009

berhati-hati jangan sampai tertipu

tokchik menyinggah dihentian rehat dengkil dalam perjalanan pulang kerumah dari LCCT. biasa le...... nak terkucil..........hehehe
elok sahaja tokchik masuk kepetak parking,tokchik perasan ada satu mamat dok tersengih2 memandang tokchik,
"aku kenal ke budak ni" dalam hati berkata.
tetiba dia mengangkat tangan dan menunjukkan handphone jenama nokia model N95 (sebab dulu tokchik guna model ni). tokchik berikan isyarat tak berminat.

matikan enjin kereta, keluar, pastikan kereta dah dikunci tokchik bergegas ketandas, usai segalanya tokchik menuju kekereta semula, kali ni tokchik dihampiri lagi oleh seorang lelaki lain tetapi dengan tujuan yang sama. bila tokchik perhatikan, tokchik menyedari bahawa mereka ni bergerak secara berkumpulan sebab dari pengamatan tokchik terdapat 3 orang yang berkeliaran dikawasan tersebut mencari mangsa.


perhatikan lelaki yang berbaju gelap dan berbaju putih didalam gambar diatas, mereka sedang mencari mangsa.


lelaki yang berbaju gelap ni yang telah menghampiri tokchik sambil menawarkan hanphone "model nokia" dengan selamba tokchik keluarkan handphone tokchik....wa pun guna nokia juga bro ...... N86"

kawan tokchik pernah terkena dengan taktik sebegini.....terbang rm500.00 gara2 tergoda dengan handphone yang ditawarkan..... made in china...... boleh digunakan walapun fungsinya tidak 100%. tapi kalau nasib tak baik diberikan h/p yag biasa digunakan sebagai display model dikaunter2 menjual handphone

Followers