Saturday, December 17, 2011

nasi daging



resepi ni tc perolehi daripada :

http://balannambiar.wordpress.com/2010/09/17/menu-rumah-tebuka-hari-raya-nasi-daging/

dah lama tc simpan resepi ini, hanya baru hari ni tc cuba memasaknya. memang sedap, terima kasih mamak haji
tc minta izin copy dan paste resepi yang mamak haji dah tulis untuk dikongsion dgn yang lain


Bahan-Bahan:

1. 1 kg daging – dipotong agak besar (12 – 14 ketul) direbus sehingga lembut dan jangan lupa simpan air rebusan untuk memasak nasi kemudian. Kalau tak mahir potong daging, biar saja penjual daging memotong untuk anda. Cuma bagi tahu berapa ketul yang anda perlukan. Daging segar adalah amat baik. Simpan menu ini untuk Raya Korban nanti.

1 kg berasmathi (kalau untuk niaga boleh gunakkan beras 5% hancur). Dibersihkan dan jangan lupa ditoskan supaya beras ini perlu berada dalam keadaan kering supaya tidak hancur semasa memasak nanti. Sukatan air rebusan daging yang diperlukan sama dengan sukatan beras 1:1. ( Sekiranya dua pot beras dua pot air rebusan daging).

3 sudu besar kimball tomato sup.

3 sudu Yogurt asli (tairu) atau susu cair 1/2 tin.

Gula batu sedikit dan Garam secukup rasa.

Bawang Goreng untuk ditaburkan.

Bahan-Bahan Untuk Menumis:

1 senduk besar minyak masak (lebih kurang 4-5 sudu besar).

2 sudu besar minyak sapi.

2 sudu besar rempah daging.

1/2 sudu kecil Jintan Manis.

1/2 sudu kecil Jintan Putih.

1 sudu besar rempah beriani.

100gm buah badam yang direndam, dibuang kulit dan di mesin halus.

sedikit buah kismis dan Jangus.

1 sudu besar bawang putih + halia telah dimesin.

2 biji bawang besar telah dimesin halus.

1 biji bawang besar dihiris.

1 helai daun pandan di potong 3 inci panjang.

Garam masala – Kayu manis 1, bunga lawang 3, cengkih 4 dan buah pelaga 4.

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan periok, masukkan minyak kemudian minyak sapi.

2. Bila minyak panas, masukkan Garam masala, bawang hiris, bawang putih dan halia dikisar, daun pandan, biji jangus dan kismis dan bawang dikisar.

3. Bila tumisan mula keluarkan bau yang harum masukkan daging yang telah rebus, masukkan rempah kari dan beriani, tairu dan kisaran buah badam. Jangan sampai hangit dgn segera masukkan air rebusan daging yang telah tapis. Masukkan gula batu dan garam secukup. Rasa kemasinan air. Tutup tudung periok.

3. Apabila air mula mendidih buka tudung dan masukkan beras dan kacau perlahan. Apabila air mula mendidih, Kecilkan api dapur dan tutup tudung periok dgn ketat. Boleh tindihkan tudung dgn benda yg berat seperti batu lesong supaya wap tidak terlepas keluar dgn banyak.

4. Tunggu sampau wap mula cuba keluar dari tudung periok isyarat nasi mulai sejat. Buka tudung periok. Masukkan sedikit warna kuning pada dua atau tiga lubang yang terbentuk hasil dari nasi yang sedang mendidih. Tutup kembali tudung dan kecilkan lagi api dapur supaya nasi tidak akan hangit. Biasanya nasi akan masak dengan sempurna 25minit – 35 minit. Api dapur perlu dijaga supaya nasi tidak hangit. Kepada yang baru ingin mencuba dan tidak pandai mengawal api dan masak dalam kuantiti kecil boleh gunakan kuali leper sebagai pelapik periok anda supaya api dapur boleh dikawal.

5. Apabila nasi telah masak mencungkil menggunankan sudip dan terbalikan nasi dari bawah ke atas supaya nasi lebih peroi. Dua atau tiga kali memadai.

6. Jangan kerap buka tudung periok nasi. Ini akan menyebabkan wap terkeluar banayak dan Nasi anda menjadi mentah. Sekiranya nasi anda menjadi mentah, renjiskan air panas (guna sudu) ke atas nasi dan masak kembali dengan api yang sama. Hahaha…kalau mentah juga…kukus saja nasi itu…hehehe!. Jadi Nasi Daging Kukus hahaha!. Selamat mencuba. Kalau masih keliru dan was-was atau ingin tahu mengenai rempah bolehlah email kat Mamak: mohd.roslan99@gmail.com.

AIR ASAM:

1. Cili Api, Belacan Bakar, lada merah – masukkan dalam blender kisar (jumlahnya perlu anda yang kena tentukan kalau nak pedas bubuhlah lebih sikit kalau tak mahu pedas kurangkan).

2. Masukkan perahan air limau nipis, gula, garam dalam bahan kisaran tadi.

3. Hiris bawang besar dan tomato sedang masak dan gaulkan sama rata. Boleh juga masukkan hirisan cili hijau. Jadilah ia Air Asam.

Tuesday, December 6, 2011

nasi tomato




sukatan beras dengan air untuk memasak nasi tomato/nasi minyak/nasi beriani/nasi bukhari yang tc gunakan adalah 1 : 1 , dalam erti kata lain 1 bahagian beras 1 bahagian air
sebelum memasak, rendam beras sekitar 30 minit, kemudian toskan

bahan asas untuk memasak nasi minyak, nasi tomato, nasi beringin, nasi beriani adalah
rempah penumis
halia,bawang merah, bawang puteh (dikisar)

tc suka gunakan air rebusan daging untuk memasak nasi
juga tc gunakn yougrt perisa asli bagi mendapatkan nasi yang lembut.

untuk penyedian nasi tomato kali ini, bahan2nya:
1. kisarkan
1 biji bawang merah,
5 ulas bawang puteh
1" halia

2. 1 tin kecil tomato puri
3. 3 sudu makan minyak sapi
4. 1 bekas kecil yougrt
5. 3 helai daun pandan
6. 3 sudu makan kismis
7. 3 sudu makan kan pes dalam tin (pilihan)
8. garam secukupnya
9. secubit gula

panaskan minyak sapi
tumiskan rempah penumis
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukkan tomato puri dan tumis sehingga pecah minyak
masukkan air yang telah disukat,daun pandan dan yougrt,tambahkan garam secukupnya serta secubit gula, biarkan air mendidih, kemudian tuangkan kedalam periuk nasi (kalau memasak menggunakan periuk nasi eletrik/rice cooker)
tuangkan beras kedalam periuk, masukkan kismis dan kacang pes, biarkan air kering/tanak

nota:
kebiasaannya tc akan letakkan plastik sebelum menudung periuk
dengan cara begini wap akan terperangkap dan nasi akan masak dengn lebih cantik

kurma daging



1.5kg daging (tc rebus dulu menggunakan pressure cooker)
rempah penumis
300ml santan pekat
8 biji bawang kecil yang dibelah dua
10-15 biji cili padi
kentang (pilihan)
3-1/2 sudu makan rempah kurma
3 sudu makan kerisik
3 batang serai dititik
1 biji bawang besar dimayang
perahan air asam jawa
garam dan gula secukupnya

kisarkan :
2 biji bawang besar
6 ulas bawang puteh
1-1/2" halia
1 sudu makan kas-kas (pilihan)

panaskan minyak
masukn rempah penumis serta bawang yang dimayang,
apabila bawang layu dan sedikit kekuningan, masukkn bahan yang dikisar
tumis sehingga garing, kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan perahan air asam jawa,masukkan serai yang dititik
tumis sehingga rempah pecah minyak
masukkan daging, gaul rata dan goreng seketika dengan rempah, masukkan santan dan air secukupnya
masukkan bawang kecil yang dibelah dua (ini akan membuatkan rasa kurma tu lebih manis) serta cili padi
masukkan kentang
apabila kentang dah empuk, masukkan kerisik
tambah garam dan gula secukupnya
tc suka kurma yang agak pekat kuahnya

Followers