Friday, April 20, 2012

apam air krim soda


membelek majalah lama tc tertarik kepada gambar apam aiskrim soda yang tersiar dimajalah rasa april 2009, kebetulan bahan2 yang diperlukan ada maka tc pun merajinkan diri membuatnya. makan panas2 sememangnya sedap.

ini resepinya

bahan A (diputar sehingga kembang) :
3 biji telur
220 gram gula - tc kisar dulu menggunakan blender kering
1 sudu teh ovellete

bahan B
200gram gula
150ml air krim soda
pewarna merah

cara2nya:
putar telur, gula dan ovellet sehingga kembang dan gebu (seperti nak membuat bauhulu). tc guna mixer dengan kelajuan no 5 dan masa memutarnya sekitar 10 minit sahaja.
campurkan tepung kedalam adunan telur yang telah kembang, gaul rata
kemudian tuangkan air krim soda dan gaul sebati
bahagikan adunan kepda 2 bahagian (+/- 400 gram setiap bahagian) sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian lagi diwarnakan
masukkan kedalam "paiping bag" dan picitkan kedalam acuan berselang seli warnanya
kukus selama 15 minit

5 comments:

  1. wowwww...cantiknya warna apam tu...selera jer nengoknya..tu baru tgk..belum rasa lgi..ahakss..

    ReplyDelete
  2. betul...warna memainkan peranan merangsang selera
    chitt att...
    mudah menyediakannya dan sememangnya sedap (pada tekak tc le)

    cuma pastikan telur tu dah betul2 kembang

    ReplyDelete
  3. X pyh pkai ovallete boleh ke tokchik

    ReplyDelete
  4. taka pasti pulak hasilnya jika tidak menggunakan ovellete
    sebb ovelette tu berfungsi sebagai pelembut rassanya

    ReplyDelete