Saturday, June 15, 2013

kueh lapis

resepinya:

2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1-1/4 cawan gula
4 cawan santan daripada sebiji kelapa
secubit garam


panaskan pengukus
dasar loyang  (7" x7") tc sapukan minyak, kemudian tc letakkan plastik yang dipotong mengikut saiz loyang.  tujuannya supaya senang nak mengeluarkan kueh.
kisarkan kesemuanya sehingga sebati dan bahagikan kepada 2 bahagian atau lebih.
warnakan ikut suka.
panaskan loyang sekejap.
tuang lapisan pertama.  Biarkan masak.  Anggaran massa sekitar 4 minit (bergantung pada ketebalan kueh).
tuangkan lapisan kedua dan teruskn melapis sehingga selesai.
apabila lapisan terakhir telah dituangkan, kukus kueh selama 20 minit baru dimatikan api


nota:
penggunaan tepung ubi dalam kueh ini memberikan rasa sedikit kenyal

Tuesday, June 4, 2013

cendawan goreng

tepung pencelupnya menggunakan resepi tepung pencelup untuk mengoreng pisang cuma tc tambahkan bawang pueth yang ditumbuk , ketumbar dan sedikit serbuk cili.

pastikan minyak betul2 panas sebelum memasukkan cendawan.  Ianya bertujuan untuk mengelakkan cendawan daripada menyerap minyak.

tc makan bersama dengan sambal kicap...yummy


telur pindang

kali pertama tc menyediakan telur pindang pada tahun 2010 semasa majlis persandingan anak saudara tc.
pada 30/06/2013 ini anak saudara tc mengadakan persandingan beliau.
kakak tc awal2 dan berpesan "pakcik....nanti majlis payan pakcik tolong buatkan telur pindang ya".
"yess ...mem" heheheheh.... adik yang baik akan berkata begitu. 

ramai yang berkata menyediakan telur pindang ni rumit. pada tc tak serumit mana cuma masa merebusnya yang mengambil masa yang lama.  Ianya bertujuan memastikan semua rempah ratus yang digunakan deapat meresap sepenuhnya kedalam telur yang direbus.

tc merebusnya dgn api yang paling kecil supaya telur tak berlaga dan akirnya pecah /retak. proses penyediaannya mengambil masa 4 hari. 
dan ini lah hasilnya
 bahan2 yang diperlukan

 setelah direbus selama 4 hari (bukan direbus secara berterusan tetapi on/off)




Tuesday, May 14, 2013

pulut ikan masin

tetiba teringin nak makan pulut dgn ikan masin
terlanjur kesemua bahan yang diperlukan ada, maka projek pun berjalan.
tc basuh beras pulut, letakkan air anggaran separuh ketinngian beras pulut, panaskan pengukus dan tc kukus kan pulut.

tc kukuskan juga kelapa parut sekejap.  ini bertujuan untuk mengelakkan kelapa daripada cepat basi.  setelah sejuk tc campurkan sedikit garam.

tc gorengkan ikan masin....... tc ada ikan gelama masin

apabila pulut dah masak, tc kepalkan dan gaulkan dengan kelapa.  hidangkan dengan ikan masin dan kopi o panas.....sedapnya

pucuk ubi goreng pedas


memula nak dimasak lemak puteh pucuk ubi ni...tak jadi
kemudian nak dijadikan ulam -- juga tak menjadi  aka terbantut
akhirnya digoreng pedas, sama macam menggoreng pucuk paku

memula tc celurkan dulu pucuk ubi sehingga lembut, kemudian bilas dan perah untuk membuangkan rasa pahitnya.

kisarkan / tumbuk

3 biji lada merah / 7 tangkai lada kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
udang kering / ikan bilis
sedikit belacan

tumiskan bahan yang ditumbuk/kisar sehingga garing
masukkan sedikit air
tambahkan graram dan gula secukupnya
masukkkan pucuk ubi yang dah dicelur
gaul sebati dan masak sekitar 2 - 3 minit sekadar nak kasi sebati sambal dan pucuk ubi


Friday, May 10, 2013

onde-onde/buah melaka keledek unggu

tc beli keledek ni semsa menyinggah ke pasar malam.  hajat hati nak dimasak dgn sayur turi tetapi bila sampai dirumah menu bertukar, sayur turi tc masak lemak kuning dengan labu.  Terbiarlah keledek unggu ni beberapa hari didapur.

apabila melihatkan keledek tu dan mengecut, tc rebus tetapi masih belum ada perancangan apa yang nak dibuat. dah direbus tersadai terbiar lagi keledek tu didalam peti sejuk. sudahnya tc ambik keputusan untuk buat onde2 / buah melaka.

sebelum ni tc pernh buat onde2/buah melaka labu. jadi kali ni tc gunakan keledek pulak.
tc lenyek keledek tu kemudian campurkan dengan tepung pulut... proses biasa membuat onde2. tiada sebarang pewarna yang digunakan kerana warna unggu keledek tu dah cukup. alhamdulillah...sedap

resepinya :


1 cawan keledek yang dilecek (keledek ni tc biarkan betul2 sejuk dan memang agak kering)
1 cawan tepung pulut
50ml air yang dicampurkan garam secukupnya  (jika tak cukup tambah sedikit lagi)

gula melaka yang didadu secukupnya
kelapa parut  (tc kukuskan sekejap dan gaulkan dengan garam ...jadi kelapa tak akan basi hingga kepetang)


campurkan keledek dan tepung pulut, tuang kan air dan uli sebati, jika tak cukup tambah sedikit lagi.
panaskan air  (tc letak kan 2 lembar daun pandan)
ambil doh sebesar duit 20 sen leparkan dan letak gula melaka kemudian bulatkkan semula
doh yang dah siap terus di rebus.
bila doh dah timbul, angkat dan terus gaulkan dalam parutan kelapa



Friday, May 3, 2013

pau goreng

pau yang dikukus kelmain masih berbaki.  pagi tadi semasa dikeluarkan daripa peti sejuk, dah capai pengukus, tetiba ilham datang.......... goreng aja dan kita tengok apa hasilnya

maka pagi ni terhidanglah pau goreng yang sungguh sedap. garing diluar lembut didalam


Followers