Showing posts with label minuman. Show all posts
Showing posts with label minuman. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

sirap bandung cincau tokchik



bahan2 diperlukan

150 ml sirap ros (tambah gula jika tak cukup manis)
1 tin susu sejat (tc gunakan susu segar)
i tin air cream soda
secubit garam

ketula ais secukupnya

bancuh sirap dan susu sejatserta secubit garam sehingga rata
kemudian tuangkan air cream soda, jika menggunakan susu sejat teruskan membancuh campuran tersebut bagi mengelakkan susu "terapung"

nota
kelebihan menggunakan susu segar, ianya tak "berkepala" apabila air krim soda dicampurkan

boleh ditambahkn potongan cincau dan biji selasih

Monday, August 30, 2010

air soya gula merah biji selasih


bahan2nya

air soya (beli aja yang dah siap)
air gula melaka
biji selasih yang telah kembang

satukan kesemuanya, tambah ais,
slurrrrrrp
sememangnya sedap

Wednesday, August 18, 2010

teh bunga kekwa

menurut kawan2 berbangsa cina, teh bunga kekwa ni bagus untuk menyejukkan badan.
menyediakannya juga mudah

beli sepeket bunga kekwa yag kering, basuh dan toskan

masak air sehingga mendidih, kemudian masukkan bunga kekwa kering yang telah dibasuh tadi, didihkan selama 1 atau 2 minit sahaja, matikan api ddan biarkan ianya tersendam seketika, jangan direbus terlalu lama sebab ianya akan menyebabkan rasa teh menjadi sedikit pahit.

tapis dan campurkan airnya dgn sirap gula batu, tambah air jika terlalu pekat, sedia dihidangkan panas atau pun sejuk

Tuesday, June 22, 2010

oren bodoh


semasa tokchik kecil2 dahulu, kehidupan agak susah, sesekali dapat menjamah oren bodoh ni dah cukup menyeronokkan. kalau tak silap masa tu sebotol harganya sekitar rm0.20sen.. beli sebotol, bancuh gula dengan air masak, campurkan oren bodoh tu, kami minum le adik beradik, wak emon supervisornya
kelmarin semasa berjalan2 ternampak orang menjual oren bodoh ni, sekrang ni sebotol dah berharga rm2.00
beli sebotol, sekadar mengembalikan semula memori lalu.

Sunday, June 6, 2010

chekhup -KING- white coffee


Kopi 3 in 1 jenama ni dah sebati dengan tokchik, ada 2 variasi lain dengan bungkusan yang berbeza, putih dan biru, yang warna kuning ni dikira "strong"

kalau mengantuk, kena sepeket, segar mata jadinya, hampir 3 minggu terputus bekalan, ke jusco dicari, carefour tak ada, di-giant langsung tak nampak jenama ni.

petang tadi, hati ini seperti dipanggil untuk ke tasco......dalam hati berkata...PASTI ADA.

alhamdulillah, dapat apa yang dihajat, terus beli 4 peket,

Followers