Sunday, September 30, 2012

daging goreng kunyit

250gram daging - hiris nipis
10 tangkai cili padi - belah dua
1 biji bawang kuning - dipotong bulat
6 tangkai kacang panjang  - dipotong anggaran 1-1/2"

gaulkan daging dengan garam serta serbuk kunyit
panaskan minyak masak anggaran 1 cawan
masukkan daging - goreng dengan api besar selama 3 minit
masukkan bawang, cili, gaul sekata selama 2 minit
kemudian masukkan kacang panjang
gaul rata dan goreng seketika - anggaran 1 minit, jadi ketika dimakan kacangnya masih rangup
sendukkan masakkan kedalam penapis dan toskkan minyaknnya



karipap putar aka karipap pusing

merajinkan diri untuk menghilangkan kebosanan, terlanjur bahan2 semua ada, maka operasi "memutar" karipap pun bermula



bahan2 untuk doh karipap pusing/putar (menghasilkan 40 biji)

untuk doh minyak:
45 gram majerin
45 gram shortening
200 gram tepung gandum

campurkan kesemua bahan diatas dan uli sehingga sebati dan kemudian bahagikan kepada 20 biji dengan setiap biji seberat 14 gram

untuk doh biasa :
470 gram tepung gandum
260 ml air  + garam secukupnya

campurkan tepung dan air dan uli sehingga sebati, jikalau adunan agak terlembik, tambahkan sedikit tepung

bahagikan adunan tepung kepada 20 bahagian dimana setiap bahagian seberap 39 gram

cara membuatnya:
ambil doh biasa, leperkan  (sekadar cukup untuk membalut doh minyak), letakkan doh minyak diatasnya dan balut semula doh
canaikan doh tersebut tetapi jangan ditekan terlalu kuat
gulung doh tersebut seperti menggulung tikar, canai semula doh tersebut, gulung kembali (canai- gulung- canai - gulung)
potong sama tengah doh tersebut.
bahagian dalam (bahagian yang dipotong tadi) letakkan menghadap bawah, canati leper, letakkan inti, klim bahagian tepinya


tc gorengkan separuh masih sebelum dibekukan, pengalamanm sebelum ini, jika terus dibekukan apabila nak mengoreng karipapnya menjadi tak berapa elok daripada segi rupanya dan juga rasa.
jikalau dinyahbekukkan tepungnya menjadi lembik benyek, juga kalau daripada peti sejuk terus digoreng tc suka sebab luar masak dalam masih mentah
setiap orang ada cara tersendiri,



Sunday, September 23, 2012

pais ikan

bahan2nya:
ikan kembung - dibersihkan

2 helai daun kunyit - dimayang
kelapa parut anggaran 1-1/2 cawan
daun pisang secukupnya

kisarkan (gunakan air paling minima) :
10 tngkai lada kering
2 batang serai
7 ulas bawang puteh
1/2" kunyit segar
sedikit air asam jawa
garam secukupnya
sedikit gula

setelah bahan kisar hancur, masukkan kelapa parut dan kisar.
rasa kemasinannya
tambahkan hirisan daun kunyit dan gaul rata

ambil ikan dan balutakn dengan pes yang dah dibuat
kemudian dibungkus dengan daun pisang
letakkan sedikit minyak pada bahagian luar daun pisang dan panggang sehingga ikan masak.






futsal punya penangan

anak buah tc mengalami kecederaan semasa bermain futsal.  patah jari kelingkingnya.  selamat dibedah dan selamatlah bercuti selama 2 bulan.
Dah nasib nak terkena, nak buat macam mana, sesuatu yang tak diduga....dan itulah takdir namanya. berehat panjang le payang dari arena futsal selepas ni.


Thursday, September 20, 2012

ikan panggang

ikan panggang





bahan2nya
1 ekor ikan - dibersihkan
daun pisang






bancuh sebati :
1 sudu serbuk kunyit
1/2 sudu serbuk cili
1 sudu teh garam
1-1/2 sudu air


lumurkan ikan dengan bahan yang dah dibancuh tadi,
balut dengan daun pisang
lengserkan sedikit minyak masak pada daun pisang - bertujuan supaya daun pisang tak hangus
panggang sehingga masak









pencicahnya:
cili padi dihiris
bawang besar - dihiris
tomato didadu
3 - 4 biji limau kasturi
kicap manis secukupnya

satukan kesemua bahan diatas

atau

campurkan 3 sudu sos tomato dan 2 sudu kicap manis


pertunangan md khairil dan siti aishah

tanggal 16-9-2012 menjadi satu catatan sejarah buat anakanda moh khairil dan siti aisah, dimana pada tarikh berkenaan mereka ditunangankan.













muga hajat untuk disatukan sebagai suami isteri akan terlaksana.

Tuesday, September 18, 2012

kek cawan

kek cokelat moist (kukus)
sumber resepi : rosmarlina@jintanmanis.com

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 cawan minyak
1 cawan gula - tc kisar sehingga halus
1 cawan ai suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
esev vanilla

topping (ini yng tc sendiri sediakan:
500 gram cokelat masakan - racik nipis
300ml whipp cream
50 gram butter

tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda diayak - 2 kali
panaskan pengukus
putar telur sehingga berbuih
masukkan gula dan putar sehingga kembang
masukkan  tepung berselang seli dengan air suam
gaul sebati (tc gunakan hand whisk)
masukan esen vanilla, susu dan minyak, gaul sebati
tuang kedalam bekas kecik - 1/3 bahagian sahaja dan kukus selama 15 mini dengan api sederhana



untuk topping:
masukan whipp cream kedalam periuk didihkan dengan api sederhana
bila whipp cream dah mendidih, matikan api, masukkan cokelat masakan yang dah diracik, kacau sehingga cokelat mencair dan masukkan butter, gaul sebtai
tuangkan keatas kek yang telah sejuk




fondant kek

anakanda tc mohd khairil  bertunang pada 16-09-2012,  pasangannya orang batu pahat,
dah terniat dihati kek untuk hantaran pertunangan tc nak buat sendiri.

gigih mencari resepi dan info tentang fondant, cara nak menyediakannya dan mewarnkanya, nak membalutnya, semuanya tc kutip, print dan baca berulang kali. youtube juga tc jadikan sumber rujukan

nekadkan diri, pahatkan dalam minda...."insyallah aku pasti boleh".  seminggu sebelum tarikh majlis akan diadakan, tc mula menyediakan adunan fondant....cuba nak menggunakan mixer untuk menguli, nampak gayanya tak berhasil.  cara manual juga yang diperlukan, menitis peluh nak menguli doh gula icing (fondant) bagai nak tercabut bahu dibuatnya.

siap diwarnakn, tc bungkus doh fondant tu didalm plastik kemudian tc masukkan didalam bekas kedap udara. tc biarakn aja dimeja.

3 hari sebelum majlis tc sediakan kek buah. sebelum tc membalut fondant kepad kek, tc ambik apricot jem (jem lain pun boleh), tc tambahkan sedikit air dan tc panaskn sebentar,
jem ini tc gunakan untuk mengris kek buah sebelum tc salutkan dengan fondant. nak sapu royal icing pun boleh,  tips tu tc dapatkan daripada tauke kedai yg menjual peralatan membuat kueh/kek.









Followers