Friday, November 13, 2009

bika ambon

sekali lagi mencuba resepi baru, tokchik pernah makan kuih ini, memang sedap, berusaha mencari resepinya, untuk pengetahuan semua, kuih bika ambon ni sememangnya terkenal dimedan sebagaimana thailand terkenal dengan tomyamnya, johor dengan mee rebus, muar dengan mee bandung.

berpandukan resepi yag diperolehi, tokchik mencuba, alhamdulillah......menjadi, jadi tokchik nak kongsi resepi tersebut

kueh bika ambon
bahan-bahan
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam
300ml santan pekat
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)
150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila


dibawah ini tokchik tujukkan cara-cara membuatnya

langkah 1
1 paket yist segera mauripan
15 gram gula pasir
10 gram tepung gandum
60ml air suam

ini le rupanya setelah kesemua bahan2 yang diatas dicampurkan dan "peram" selama 25 minit


langkah ke 2
300ml santan pekat
1 sudu teh garam
4 helai daun pandan (resepi asal menggunakan 10 helai daun limau purut)


satukan santan, garam dan juga daun pandan kedalam periuk, masak dengan api sederhana, pastikan santan tidak pecah minyak, matikan api setelah santan mendidih seketika.

langkah 3
10 biji telur - diambil kuningnya sahaja
200 gram gula pasir ( tokchik kisar gula sehingga halus menggunakan pengisar kering)


menggunakan kelajuan perlahan (no 2) pukul telur dan gula sehingga gula larut

langkah 4

150gram tepung sagu (resepi asal sagu rumbia, tapi tokchik guna sagu ubi)
2 sudu makan tepung pulut
1/2 sudu teh serbuk vanilla / essen vanila




masukkan tepung, serbuk vanilla kedalam santan yang telah dimasak tadi, gaul rata, masukkan bancuhan telur dan gula diikuti dengan bancuhan yist, gaul rata, perapkan adunan selama 3 jam.

langkah 5

panaskan oven, letakkan sedikit minyak masak didalam loyang pembakar,panaskan loyang terlebih dahulu sebelum menuang bancuhan tepung.


tokchik gunakan suhu 200 darjah celcius, semasa membakar, pintu oven hendaklah dibiarkan terbuka, setelah tiada kelihatan gelembung/buih, baru ditutup pintu oven, turunkan suhu kepada 130 darjah celcius, bakar sehingga masak ( anggaran masa 20 minit - tetapi ianya bergantung kepada oven yang kita gunakan, jadi kena le jenguk2)

jenggggggggggg jenggggggggggggggggggggggg..........jom makan......



kuih ni rasanya kenyal2 dan yang tokchik suka sangat rupanya yang bersarang, macam sarang lebah tu. .....

30 comments:

Anonymous said...

cu mintak izin nk copy resepi ni nk masukan lam buku resepi cu..nk try buat.. (^_^)
(teringat mkn ambon msa p medan..)
terima kasih ye tokchik.. (^^,)

tok_chik said...

cuba lah cu
harap2 menjadi
tokchik pun dapatkan resepi ini daripada kawan di indonesia
pernah cuba menggunakan sagu rumbia
tetapi tak menjadi (atau mungkin tc yg tak ikut aturan)
jadi tokchik gunakan sahaja tepu ubi
cuma pesan tokchik, kalau tak menjadi untuk kali pertama, jangan jemu mencuba, resepi tu tak ada apa yg disembunyikan

makcik kerabu said...

ambik resipi tok chik tapi makcik buat tak menjadi. kinda frustrated.makcik panaskan loyang dulu then tuangkan adunan tu selepas di perap selama 3 jam. actually masa menuang adunan tu ada bancuhan like tepung yang melekat kat tempat makcik perap bingka ini. bila masak tak bersarang dan lelemak santan tu naik ke permukaan. *sigh* tolong bantu.

tok_chik said...

mck kerabu;
mungkin bersebab tepung yang tak dibancuh rata sebab tu masih ada kelihatan tepung yang melekat ditempat adunan diperapkan

ada ketika yis juga menjadi penyebab adunan tak naik, tc selalunya menggunakan yis segera jenama mauripan,

untuk pengetahuan mck kerabu, apa yang tc paparkan tu merupakan percubaan kali pertama tc menyediakan kueh bika ambon berdasarkan resepi yang diberikan oleh teman di indonesia

tc ikut bulat2 apa yang dicatatkan dire4sepi tersebut, alhamdulillah...menjadi

berkenaan santan yang naik kepermukaan tu, berkemungkinan besar semasa proses memanaskan santan, api terlalu besar dan santan telah meruap....senang cakap pecah minyak/santan telah berkepala

harap ianya dapat membantu
sebab tc sendiri pun bukanya seorang yang mahir dalam bab masak memasak ni, cuma minta dan suka mencuba

myzun said...

Tokchik...cu suka sangat makan bingka ambon ni..tapi dah takut nak cuba sebab dah banyak kali cuba tak menjadi...tgk tokchik buat macam senang je..confirm jadi eh? ok cu cuba..timakasih tokchik..nanti kalau cu buat menjadi cu uploadkan gambar..pastu tokchik komen ok?

tok_chik said...

cu...
untuk makluman, kali pertma tc buat sememangnya menjadi, sedap dan bersarang
buat kali kedua dia tak nak jadi...
entah dimana silapnya...almaklum le, tc ni bukan nya pndai memasak cuma "suka mencuba".... kekadang tu ada yang nak kena kita fahami tentang resepinya
seingat tc, tc gunakan sagu ubi bukan sagu rumbia...sebab ada seklai tu gunakan tepung sagu rumbia yang diposkan oleh kawan dari sabah...tak menjadi langsung.

myzun said...

tokchik..cu nak tanya ni..sagu ubi ni sama ke dengan tepong kanji (tapioca starch)?

tok_chik said...

yup...tepung kanji....kamu orang mana ya myzun, kami orang joh pangil tepung ubi / sagu ubi aja

yang ni tc peram kan hampir 5 jam, sambil dalam hati mengharap ianya menjadi

tc dah letakkan minyak sedikit kat loyang pembakar yang dipanaskan atas dapur gas, tc kacau semula adunan (sebab tepung dah mendak)
bila loyang yang ditenggekkan atas dapur tu dah panas terus tc tuangkan adunan dan biarkan 1 - 2 minit baru tc masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dengan suhu 150 darjah

tc harap percubaan kamu menjadi, tc pun bukan nya mahir

myzun said...

tokchik..saya ni dilahirkan di Kelantan tapi dibesarkan di Kuala Terengganu..(mak org kelantan dan ayah orang pekan, pahang) skrg tinggal di Kuala Lumpur..buat kuih ni memang dah jadi hobi cu..kalau sehari tak baking tak sedap duduk la tokchik...heheheh..ni hubby yang cabar buat bika ambon ni...

tok_chik said...

mcm mna myzun
menjadi atau tidak bika ambonnya
tc doakan semuga menjadi

Lelord said...

baru siang tadi makan, beli kat kedai indonesia di Doha ni

myzun said...

Salam tokchik..dah cuba tapi 1/2 menjadi..kurang bersarang..may be sebab guna santan kotak kut tapi hubby saya belasah je..nak cuba lagi ni minggu ni sbb anak yang duk asrama tu memang suka sesangat..tapi sebelum tu nak tanya lagi ni..dlm resepi pertama dulu tokchik kata guna temperature 200C pastu turunkan ke 130C tapi dlm yang terbaru ni guna temp 150C je dan panaskan adunan dlm loyang atas api selama 1 minit..mana lagi elok? sori ye tokchik saya tanya macam2..budak baru nak belajar la katakan..

tok_chik said...

salam myzun
kalau setengah menjadi tu tak le menghampakan
myzun guna kan cara yg kedua,
tc panaskan loyang pembakar yang diletakkan sedikit minyak masak diatas dapur gas,
adunan tu tc gaul semula kasi sebati sebab tepung sagun kan mudah mendak seperti tepung beras/jagung/pulut,
lepas loyang tu dah panas baru tc tuangkan adunan kedalam loyang dan tc masak kejap adunan tu atas dapur gas (sekitar 1minit++ )
nampak berbuih tepi loyang terus angkat masuk oven
sepekara nak kena ingat setiap oven ni ragamnya tak sama
tc oven mudah jenama cornell tu
kalau oven mahal mungkin kurang sikit

sebenarnya selepas buat bika ambon yng memula tu, tc ada juga buat beberapa kali tetapi tak nak menjadi, tapi bila baca komen kamu dah sorang dua yang lain, tc cuba ...kali ni letak pes pandan, kelapa parut tu tc rendam kan degn air panas yg mendidih baru tc perah (setelah ianya suam2 kuku)
ini mengelakan santan jadi pecah minyak
nak tau tak...semasa tc membuat kerja membancuh tu tak berhenti tc berdoa dan berselawat minta kueh tc menjadi begitu juga semasa menuang kedalam loyang dan semasa memasukkn kedalam oven
tc ni tak pnadai myzun, cuma suka mencuba, sedikit sikap tak reti jemu, selebihnya Allah yang tentukan
memang bika ambon ni rumit dan cerewet, pernh guna kan tepung sagu rumbia...tak nak naik...tapi tc rasa tc akan sekali lagi cuba menggunakn tepung sagu rumbia....

myzun said...

As salam tokchik..rasanya chu nak resign la dari buat bika ambon ni..tu hari buat tak de lubang2 tapi lembut..semalam buat lubang tu ada la sikit but macam tak lembut pulak..hai..nampaknya kena tengok tokchik buat la...tokchik duk kat mana? Ini seriuos nak belajar buat ambon ni...sedih sesangat rasanya asyik tak menjadi je..buat kuih lain semua ok tang yang ni huhuhu...

tok_chik said...

myzun
emailkan no tel kamu...tc call...tc pun tak pndai, jadi tc kongsi apa yg tc tau
sbb pernh juga tc buat tak menjadi


apa yg tc buat...
loyang tu tc letakn sedikit minyak....panaskan atas dapuyr gas...biar betul2 panas, kemudian tuangkan adunan tu..ada bunyi berdesir...biarkan sekitar 2 minit
masukkan dalam oven..

ellyn said...

tokchik... percubaan sy buat bika ambon dua kali tak jadi.. tak naik, tak bersarang. memula yis tak kembang, kedua lupa nak turunkan suhu oven bila dah masukkan dlm oven, terencat kek...tak boleh nak telan la.

tok_chik said...

elyn...2 kesilapan yang kamu dah sedari...mcm tc ....ada juga ketikanya bikaambon tu tak menjadi
memang cerewet menyediakan kueh ni
sebab tu dalam posting terawal, tc tunjukkan step by step
tak ada yang tc sembunyikan, sebab pada tc ilmu yang ada kalau nak berkongsi dgn orang lain , biar kita ikhlaskan.....
cuba kamu perhatikan step by step yang dah tc tunjukkan, mungkin juga cara menulis tc yang tak begitu bagus sehingga menyulitkan orang yang membacanya memahami
tc nak ucapkan terima kasih sbb sudi mencuba, juga tc nak minta maaf kerna ianya tak menjadi sebagaimana yang diharapkan

cik cek said...

Salam tok cik...
Macam janji2 pulak...cek pun baru 1st time buat kuih ni...hari ni try buat...tapi tak bape jadi macam tok cik buat...lenkali nak buat lagi lah...tapi rasanya memang sedap...kenyal2 gitu...bersarang jugak cuma tak byk cam tok chik punya...
Salam kenal2 dari cek...:)

tok_chik said...

cik cek
bika ambon ni memang cerewet sikit...tc pun pernh tak menjadi
yg penting jangan putus asa...dok perhalusi apa punca ianya tak menjadi sebagaimana yg diharapkan dan cubaan kedua kita perbaiki

iza aziz said...

salam tokcik ...minta izin salin resepinyer ..nak cuba buat jugak...

tok_chik said...

wkslm
silakan....tc berdoa semuga percubaan kamu menjadi... sebab cerewet sng nak membuatnya

tia said...

SALAM TC, DH 2 KALI TRY TAK JADI, YG PERTAMA LEMBUT SGT. YG KE2, KERAS LA PULAK.. SEDIH NYER..

tok_chik said...

wkslm merah hati....
dulu myzun pun mengalami masalah yang sama

tc letakkan resepi yang dah tc cuba, tak ada sembunyi2 .....
jadi amat sukar tc nak menjelaskan mengapa jadi macam tu,
sebab tc ni bukan le pakar memasak cuma suka mencuba, bila resepi tu menjadi, tc post kan kat blog ni....
cuba merah hati perhatikan puncanya...mengapa memula jadi terlembik, yang kedua jadi terkeras

tc rasa sedih juga sbb percubaan kamu tak menjadi, sbb tak tc tak nak dikatakan memberikan resepi yang tak betul

Anonymous said...

Salam tc. minta izin copy resepinya ya. Rasa mcm nak cuba tapi takut lak tak menjadi..ape pun saya minat izin dulu..inshaallah akan saya.cuba buatnya bila dah rasa konfident.

Anonymous said...

Hi,setau saya.Bakar dengan api bawah saja.thx

tok_chik said...

rasanya tc tak ada sebut bakar api atas bawah....puas juga mencari...tak terpndang pula

Anonymous said...

tc..sy suka mkn ini...slalu klu ibu tiri sy blik medan pasti kirim kt dya.... Skunk tgh hmil tringn nk mkn sgt... Xsngka jupe resepinya nk dptkn nya jauh sgt..sy nk trytp xconfident..

tok_chik said...

bika ambon ni memng cerewet
tc pun dapat resepinya daripada kawan di indonesia
tc pernh guna tepung sagu rumbia..tetapi tak nak menjadi
maka tc guna kan tepung sagu ubi..tu yg tc tepekkn gbr nya

bismillah dan tawakal...insyallah menjadi

resepi yg tc berikan tu adalah serupa dgn resepi yg tc buat

Mrs Nazar said...

138saya follower tok cik yang ke 161..salam tok cik... fuhhh meriah betul entri tok cik bab bika ambon ni... byk commentar2..

mintak izin salin resepi yer... mcm mencabar nak buat ..takut tak bersarang kalau buat..sebab minat kuih ni..kena cuba gak lah...

tok_chik said...

silakan mrs nizar..
tc pun resepinya diberikan oleh kawan dari indonesia

blog tc ni dah bersawang
sbb dah tak aktif nak berblog
hahaha

Followers