Sunday, June 15, 2014

APA ANAK TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ...

APA ANAK TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH ... ..
(TC COPY DAN PASTE DARIPADA FACEBOOK KAWAN.)
MINTA IZIN KEPADA PEMILIK ASAL CATITAN INI



Mungkin Ibu Lebih kerap Menelefon Utk Menanyakan Keadaan Kita Setiap Hari.....
Tapi Tahukah Kita, Sebenarnya Ayahlah Yang Mengingatkan Ibu Untuk Menelefon Kita?
Ayah Selalu Tanya," Telefon Lah Anak Kita Tu Tanya Dia Apa Kabar Dan Macam Mana Kerja ,,,,,, Balik Tak Minggu Nie,,,,, ..."

Semasa Kecil,Ibu Lah Yang Lebih Mendukung Kita...
.Tapi Tahukah Kita Bahawa Sebaik Saja Ayah Pulang Bekerja Dengan Wajah Yang Letih Ayahlah Selalu Menanyakan Apa Yg... Kita Lakukan Seharian
Saat Kita Sakit Atau Demam, Ayah Sering Membentak"Kan Ayah Dah Kata Jangan Main Hujan?? Kan Ayah Dah Bagitau Jangan Minum Air Sejukk??".
cara ayah memamng nampk kasar dan bengis Tapi Tahukah Kamu Bahawa Ayah Sangat Risau akn kesihatan ank2nya..??

Waktu Kita Remaja,Kita Meminta Izin Keluar Malam.Ayah Dengan Tegas Berkata"Tidak Boleh!"..Sedarkah Kita Bahawa Ayah Ingin Menjaga Kita? Kerana Bagi Ayah, Kita Adalah Sesuatu Yang Sangat Berharga.
Saat Kita Dipercayai, Ayah Pun Melonggarkan Peraturanya.Maka Kita Telah Melanggar Kepercayaannya...Maka Ayahlah Yang Sentiasa Menunggu Kita Di Ruang Tamu Dengan Rasa Sangat Risau...Ayah Marah Kita...tetapi Tahukah Kita Yang Ayah Tak Nak Apa2 Terjadi Dkt Kita Bila Keluar Lewat Malam?
Setelah Kita Dewasa, Ayah Telah Menghantar Kita Ke Sekolah Atau Kolej Untuk Belajar...
Disaat Kita Memerlukan Macam-Macam, Untuk Keperluan Kuliah Kita, Ayah Hanya Mengerutkan Dahi.Tanpa Menolak, Beliau Memenuhinya..
Saat Kamu Berjaya...Ayah Adalah Orang Pertama Yang Berdiri Dan Bertepuk Tangan Untukmu..Ayah Akan Tersenyum Dengan Bangga..
Walaupun Kadang2 Ayah Macam Buat Tak Tahu Tapi Tahukah Kamu Sebaik Kamu Pergi, Ayah Ceritakan Dekat Ibu Kekaguman Dia Terhadap Kita ?

Sampai Ketika Jodoh Kita Telah Datang dan kita ingin memulakan kehidupan berkeluarga..Ayah Sangat Berhati-hati Mengizinkan Nya..Dan Akhirnya.. Saat Ayah Melihat Kita Duduk Di Atas Pelamin Bersama Pasangan Kita..Ayah Pun Tersenyum Bahagia..
Apa Kita Tahu, Bahawa Ayah Sempat Pergi Ke Belakang Dan Menangis?
Ayah Menangis Kerana Ayah Sangat Bahagia..Dan Dia Pun Berdoa "Ya Tuhan, Tugasku Telah Selesai Dgn Baik.. Bahagiakah Lah anak ku Bersama Pasangannya".
Setelah Itu Ayah Hanya Akan Menunggu Kedatangan Kita Bersama Cucu-cucunya Yg Sesekali Dtg Untuk Menjenguk..Dengan Rambut Yg Memutih Dan Badan Yang Tidak Kuat Untuk Menjaga Kita..

Itulah Pengorbanan Seorang Ayah.. Apakan Kita Masih Belum Sedar?
Masih memandang Kemarahan Ayah Itu Alasan Untuk Kita Benci Dia?
Percayalah.. Dia Orang Yang Ptaling Rindukan Kita Walaupun Kerinduan Ayah Terhadap Kita Mungkin Melebihi Kerinduan Ibu Dekat Kita..

Kita Cium Pipi Ibu, Ayah Hanya Tersenyum Melihat..
Tahukah Kita Yang Kita Telah Berlaku Tidak Adil Terhadap Ayah?
Apakah Ayah Tak Layak Mendapat Ciuman Sama Yang Kita Berikan Dekat Ibu? Kita mungkin Lupa Masa Kita Kecil, Ayah Mendukung Kita Dan Mencium Kita.
Pecayalah seorang ayah akan sangup belanjakan duit utk anak2nye walaupun dalam koceknyd tingal rm5,,,, hebat pengorbanan dia,,,,,,

TC  MENANGIS SELEPAS MEMBACA KISAH INI
Selamat Hari Ayah
Ayah Wira Hatiku selamanya

bila semangat nak berblogg semakin tumpul

ini lah jadinya
blog tc dah bersawang macam rumah lama yang ditinggalkn penghuninya.
tak ada apa yang nak tc catatkan buat beberapa ketika ini
nak mengumpulkan balik semula semangat tu yag belum dijumpai

Friday, October 18, 2013

kueh lompang

tc tak berapa ingat daripada mana tc ambil resepi ini....kalau tak silap resepi sweet lily dari my resepi...andai tersilap harap dimaafkan.  Apapun tc nak ucapkan terima kasih kepada pemilik asal resepi ini sebab sudi berkongsi.
tc panjangkan sedekah jariah ilmu beliau.

resepinya

bahan A
1/2 cawan gula pasir (tc kurangkan 3 sudu besar)
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
3 helai daun pandan

campurkan kesemua bahan diatas dan masak sehingga gula cair. sejukkan

nota:
jika hendak menghasilkan kueh lompang berwarna warni...gunakan gula pasir sahaja

bahan B
1-1/2 cawan te[ung beras
 1 sudu kecil tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air

campurkan tepung beras, tepung ubi, air kapur dan air
gaul sebati
kemudian tuangkan air gula dan gaul sebati

bahagikan kan kepada 3 bahagian dan warnakan (jika tidak menggunakan gula merah)

griskan acuan lompang dengan minyak dan kukus selama 5 minit
tuangkan adunan kedalam acuan anggaran 3/4 bahagian acuan
kukus anggaran masa 15 minit
kueh lompang ni akan nampak berlubang apabila dah masak



jagung microwave

nak merebus mengambil masa sedangkan hnya seketul jagung aja
jadi tc gunakan pendekatan yang lebih mudah, masukkan aja kedalam microwave
microwave tc 850watt....jadi tc hanya perlukan 6 minit aja untuk memasak jagung ni
pastikan kulit jangung tidak dibuang, kerana kulit jagung ini akan berfungsi untuk memerangkap haba yang terhasil dan menjadi "steamer " semula jadi untuk mengukus jagung
dengan cara begini kemanisan jagung tak hilang didalam air rebusan

selepas dimasak, tc bungkus dengan aluminium foil untuk mengekalkan kepanasannya




Thursday, September 19, 2013

kueh lapis kopi ros jintan manis

bukan sebab kueh lapis ni ada diletak jintan manis tetapi resepi dari dapur ros jintan manis
tc nak kongsikan resepinya disini ya cik ros.

bahan2nya (cukup untuk bekas kecil macam dalam gambar tc, untuk loyang 7"x7" kena doublekan )

1-1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula pasir
3 cawan santan (225ml santan pekat tc campurkan dgn air hingga mendapat 3 cawan)
1 sudu teh garam

pewarna kuning
perisa kopi

penyediaannya

satukan kesemua bahan diatas didalam pengisar kecuali pewarna
kisar sebati
tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian
1 bahagian diwarnakan kuning
1 bahagian dicampurkan dengan perisa kopi

panaskan pengukus
loyang tc lengserkan dgn sedikit minyak dan dasarnya tc letakkan plastik (mudah nak mengeluarkan kueh)
mulakan melapis
masa masak setiap lapisan bergantung pada ketebalannya
untuk kueh yg tc masak ni sekitar 6 minit
buat sehingga habis
selepas menuangkan lapisan terakhir kukus lagi selama 15 minit
sejukkan sebelum dipotong


Wednesday, September 18, 2013

ayam panggang sate

bahan A

1 ekor ayam

bahan B
4 sudu besar gula melaka
4 sudu besar kicap manis 
3 sudu perahan air asam jawa
800 ml air
minyak untuk menumis......anggaran dalm 4 sudu makan

bahan C (dikisar halus)
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang puteh
1-1/2 " kunyit
1-1/2" lengkuas
1-1/2" halia
2 biji buah keras
3 batang serai

bahan D ( disangai dan kisar halus)
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus

panaskan minyak
tumiskan bahan kisar sehingga garing/ naik bau
masukkan air asam jawa dan air
tambahkan gula melaka, kicap manis dan ketumbar jintan yang dah disangai serta garam secukupnya
masukkan ayam.....renehkan dengan api kecil hingga ayam masak

angkat ayam
pekatkan kuah yang ada

panaskan oven - 200celcius (oven tc)
salutkan ayam dengan bahan rempah yang dah dipekatkan
panggang ayam selama 45 minit




Tuesday, September 17, 2013

japan cotton sponge cake


resepinya tc ambil dari sini...
http://nasilemaklover.blogspot.com/2010/07/cotton-cake.html

tc copy dan paste semula resepinya (tc doublekan resepi ni semasa membuatnya)

lembut dan gebu aja kek nie



Cotton Cake 棉花蛋糕*makes 2 x (3”x6”) Aluminium tin
(printable recipe)

30g butter
40g cake flour
40g Evaporated milk
3 egg yolk (big size)
3 egg white (big size)
40g sugar
1tsp corn flour ( not in recipe, I added this)

1. In a pot, melt butter over low flame or melt in microwave oven.
2. Pour melted butter in a mixing bowl, sift in cake flour, stir well till a thick paste.
3. Lightly beaten egg yolks using a hand whisk, slowly add in milk, mix well.
4. Slowly pour egg yolk mixture (No3) into butter mixture (No2), whisk till well combine.
5. In another mixing bowl, beat egg white under high speed till foamy (about 1min).
6. Gradually add in sugar, continue beat.
7. Add in corn flour, beat till soft peak form.
8. Take 1/3 of egg white mixture mix with egg yolk mixture (No4) using a hand whisk, stir till well combine.
9. Gentle fold in the balance egg white using a spatula, combine well, but don’t over mix !!
10. Spoon batter into cake pan, smooth the top of the batter, lightly tap cake pans on counter to bring air bubbles to top.
11. Bake over waterbath at 170c for 8mins, reduce to 150c and bake another 20mins.







12. Up side down (Invert) the cooked cake immediately on a wire rack until it's completely cool before remove the cake from cake pan.


note :
untuk oven tc...suhunya tc kena setkan pada 180cel
tc kena masak selama 45 minit (oven cap ayam lah katakan)
jadi masa memasak tu bergantung pada oven masing2

Followers