Saturday, July 31, 2010

butter cake

bahan2nya

6 biji telur gred A
250gram butter
200 gram gula kastor ( guna gula yg biasa dan kisar)
120 gram tepung berserbuk penaik
120 gram tepung "super fine"
1 sudu teh ovellete
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu makan serbuk koko

cara2nya
putar butter, gula dan ovellete sehingga kembang


masukkan telur satu persatu, putar lagi,tambahkn 1 sudu teh esen vanilla

masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul sebati


bahagikan adunan kepada 2 bahagian, sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian lagi dicampurkan dengan serbuk koko

sediakan loyang.... sendukkan adunan, letakkan selapis demi selapis, bila dah siap dilapis, goyangkan sahaja loyang pembakar untuk meratakan adunan, tetapi jangan dihentak

bakar selama 45 minit.......... suhu 175 darjah celcius, dan inilah hasilnya (masa dan suhu bergantung kepada oven yg digunakan)

Saturday, July 10, 2010

tapai pulut

tak susah nak membuat tapai pulut ni sebenarnya, yang susah adalah untuk mendapatkan ragi yang betul2 bagus

cara2 membuatnya adalah:

tanak pulut - kemudian sejukkan
kena pastikan pulut telah betul2 sejuk sebelum proses meragi dimulakan

ragi dihancurkan, menggunakan pengayak tepung, ayak ragi diatas pulut yang telah disejukkan. dengan cara begini, ragi akan lebih sekata

siap diragi, masukkan kedalam bekas, peram selama 2 malam

inilah hasilnya.........tapai pulut sedia untuk dimakan

Sunday, July 4, 2010

cucur kucai pedas

bersihkan kucai, potong anggaran panjang 1"

bancuh air garam, kisar lada kering degan air garam tersebut
bawang di potong dadu
1 biji telur ayam

satukan cili kisar kedalam bekas, masukkan tepung gaul rata
masukkan bawang yang dipotong dadu, daun kucai, telur dan sedikit serbuk penaik
gaul rata

panaskan minyak, gunakan sudip yang besar sebagai acuannya, panaskan sudip tersebut terlebih dahulu, ambik sedikit adunan tepung, tuangkan keatas sudip tadi, goreng dengan menggunakan minyak yang banyak



buat sehingga habis, dah siap jom kita makan

kuih lopes

kali pertama tockhik membuat kuih lopes, berpandukan penerangan daripada wak emon, tokchik beranikan diri mencuba

bahan2nya

beras pulut - direndam semalaman (campurkan dengan sedikit kapur sirih/air abu)

kelapa parut

daun pisang
tali rafia

untuk air gula
gula pasir
gula melaka

cara2nya

buang air rendaman pulut, bilas dengan air bersih, toskan pulut

daun pisang di layur terlebih dahulu,
ambil daun pisang, buat seperti kelongsong, isikan pulut dan bungkus, ikat dengan tali rafia (tokchik buat 3 keping sekali ikat)



rebus sehingga masak. tokchik gunakan pressure cooker, jadi masa merebusnya lebih singkat,

bila dah masak, buangkan daun pisang, golekkan kuih dengan kelapa parut

sedia untuk dimakan

Saturday, July 3, 2010

tahukah anda

1. Sawney Beane bersama isterinya , lapan anak lelaki , enam anak perempuan dan 32 cucu ..merupakan sebuah keluarga kanibal yang tinggal di dalam gua berdekatan Galloway, Scotland pada awal kurun ke-17..walaupun bilangan sebenar mangsa tidak diketahui, tapi keluarga kanibal ini dipercayai telah membunuh 50 orang mangsa setiap tahun..Seluruh ahli keluarga tersebut telah ditangkap oleh tentera lalu dibawa ke Edinburgh dan dijatuhi hukuman mati tanpa dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu

2. Ahli psikologi terkenal Jerman, Sigmund Freud adalah manusia yang takutkan paku pakis!

3. Darah manusia mengalir sejauh 96,560 kilometer setiap hari dengan melalui setiap uratsaraf, arteri, kapilari serta pembuluh darah.

4.Nycrophobia ialah pnyakit takutkan gelap, manakala adontophobia ialah ketakutan kepada gigi

5. pyrophobia pula, ketkutan kepada api manakala phobatrivaphobia ialah ketakutan kepada perkara-perkara luar biasa mengenai fobia

6. Satu tahun mengandungi 31,557,600 saat. Satu bilion saat pula bersamaan dengan 37tahun.

7. Samuel clemens yang juga dikenali sebagai Mark Twain menghisap 40batang Cerut seharipada tahun-tahun terakhir hayatnya....

8. Kertas telah dicipta pada tahun 105 Masihi oleh seorang sida China bernama Tsa'i Lun.

9. Sehingga kini belum ada sesiapa yang dapat memadamkan rekod ibu termuda di dunia yang dipegang oleh Lina Medina..Lina melahirkan bayinya pada hari ibu 14 mei 1939, ketika dia baru berusia 5 tahun 8 bulan ..Bayi lelaki seberat2.7 kg itu dilahirkan di sebuah hospital di Peru melalui pembedahan..Lina anak seorang petani miskin yang tinggal di Paurange, Pergunungan Andes, Peru. Pemeriksaan doktor dan saintis mndapati kehamilan Lina itu berkait rapat dengan penyakit 'Cepat Tua' yang dihadapinya..
Persoalan Penting : Siapa yang menghamilkan Lina? Sehingga kini tiada siapa yang tahu kerana Lina 'Merahsiakannya'.
Bapa Lina telah ditahan polis kerana disyaki memperkosa anak perempuannya itu, tetapi kemudian dibebaskan kerana kekurangan bukti.Pada tahun 1940, Lina dihantar ke Chicago, Amerika Syarikat untuk merawat penyakit cepat tuanya itu..Beliau kini menetap di Lima. Anak lelaki Lina itu diberi nama Gerardo, Meninggal dunia pada 1979, ketika berusia 40 tahun.

10. Orang yang paling hebat berenang di planet ini mungkin Martin Strel , lelaki Slovenia yang kini berusia 56 tahun. Sehingga kini Martin memegang banyak rekod yang menakjubkan , antaranya berenang tanpa henti paling lama , iaitu selama 84jan 10 minit. Rekod itu dilakukannya pada tahun 2001 dengan berenang menyusuri Sungai Danube bagi jarak 504 km. Sebelum itu, pada tahun 2000, Martin Strel telah berenang di sepanjang Sungai Danube sejauh 3,004km dalam masa 58 hari. Tapi ia dilakukan dengan berhenti rehat beberapa kali setiap hari.

Pada Julai 2002, Martin Strel berenang sepanjang Sungai Mississippi sejauh 3,885km selama 68hari, Tahun 2003, Martin menambahkan rekodnya dengan berenang sepanjang Sungai Parana, Argentina sejauh 1,930 km..Pada Jun 2004, Martin sekali lagi menjadi 'ikan' dengan berenang menyusuri Sungai Yangtze , China sejauh 6,300km!.

11. Keindahan petempatan air di Venice , Itali memang menakjubkan. Pemandangannya sangat menarik dan unik.Untuk Pengetahuan anda, Venice dibina di atas 118 buah pulau kecil dan disambungkan dengan 400 buah jambatan . Bagaimanapun , petempatan itu kini semakin tenggelam ke dalam air.

12. Lebah hidup sekitar 40 hari sahaja, kecuali pada musim sejuk, ia boleh hidup selama 3-6bulan

13. Di dalam darah ikan notothenia terdapat protein yang bertindak sebagai bahan antibeku bagi mengelakkan ikan tersebut daripada membeku di Lautan Antartika yang sejuk itu.


sumber rujukan
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=2207570000091577773

Friday, July 2, 2010

cendawan goreng / tempe goreng

mudah aja menyediakannya

tempe yang dihiris nipis
cendawan kelbu

untuk tepung (dikisar - mudah sikit kerja):

sedikit kapur sirih
1 biji telur
garam secukupnya
tepung beras
ketumbar
jintan kasar
3 ulas bawang putih


celupkan tempe/cendawan kedalam bancuhan tepung, goreng sehingga garing/kekuninggan
hidangkan berserta sambal kicap


lempeng pisang

bahan2nya amat mudah

pisang masak - dapat yang ranum lagi sedap
gula merah
gula pasir
sedikit kelapa parut
secubit garam
tepung gandum

cara2nya
lenyek pisang, kemudian campurkan gula merah, gula pasir, kelapa parut dan tepung gandum, gaul rata.

ambil daun pisang, letakkan sesenduk adunan tadi keatas daun pisang, menggunakan kuali tak melekat, "panggang" adunan tadi sehingga masak (tak dapat nak cari ayat yang sesuai)


Followers