Thursday, February 5, 2009

jakarta 3- pengangkutan










dijakarta pengangkutan tak jadi masalah, yang murah , yang mahal semua ada
yang popular, ojek, angkut bajaj, beca juga ada

angkut merupakan van kecil yag diubah suai untuk mengangkut penumpang dengan biaya tambang sekitar rp5000 kita boleh sampai ke destinasi yang dituju,

jakarta 2













dijakarta ni dimana2 kita boleh lihat orang berjualan, demi untuk kehidupan
apa jua pekerja yang boleh mendatangkan punca rezeki buat menampung diri mereka lakukan.

bandingkan dengan segelintir penduduk dimalaysia yang lebih suka melongo, lebih suka menghabiskan diri tampa berbuat sesuatu, kehidupan di jakarta benar2 mencabar dan menyulitkan

Monday, February 2, 2009

jakarta oh jakarta





tercapai juga hajat tokchik nak menjejakkan kaki ke tanah jawa, pesawat yang membawa tokchik selamat mendarat di lapangan terbang sukarno hatta di cangkerang........

masuk aja ke balai ketibaan, tokchik menghidupkan telefon bimbit tokchik............bluppppppppppppppppppppppp..............masalah ni......dug dag dug dag......jadi nya hati tokchik........... tokchik lupa nak aktifkan rooming hp tokchik...........

berpeluh kejap, sambil berdoa semuga orang yang menjemput tok chik dapat mencari tokchik di celah-celah manusia yang ramai kata balai ketibaan tersebut. melilau mencari si cahaya tak kelihatan, tokchik berlagak macam dah biasa walaupun berkali disapa oleh orang yang menawarkan pelbagai perkhidmatan, berjalan keluar mengharap dia ada diluar balai ketibaan.........tak kelihatan....sebutir dua peluh mula menitik........selepas 10 minit diluar, tokchik berjalan masuk semula, ketika itu terlihat cahaya menuju keluar, ........LEGAAAAAAAAAA............ rupanya dia juga mencari tokchik, selepas gagal menghubungi hp tokchik....

dibawanya kerumah menaiki speda motor, mata tokchik melilau memerhatikan persekitaran, dalam hati berkata........" Ohhhhhhhhhh...........begini rupanya jakarta"....

LCCT......BANJIR LE PULAK











usai majlis kenduri ditempat kakak, tokchik bergegas pulang, almaklum le nak berkemas, nak bersiap, kerana tokchik nak ke jakarta........perjalanan pergi pada 28hb jan dan pulangnya pada 1hb feb 2009

terlajur cuti panjang sempena tahun baru cina ni, pulak tu baru dapat bonus tu yang bersemangat sikit nak berjalan, masa ni le kalau nak merasa jadi jutawan, pegang duit berjuta2 dalam tangan, tukar aja dari RM kepada Rupiah.............jadi le kita jutawan segera,

2 jam sebelum penerbangan, tokchik dah ada di LCCT, selesai urusan daftar masuk dan juga pemeriksaan imigresen, tokchik masuk kebalai berlepas lcct, sementara nak menunggu waktu naik pesawat, tokchik melilau melihat sekitar, lpas tu dok membaca novel yang di bawa,

kira-kira 40 minit sebelum waktu berlepas (kalau ikut apa yang tertera kat tiket tokchik le) hujan turun mencurah-curah, lebat sekali, sekelip mata........air mula memasuki ruangan dalam terminal LCCT, kelam kabut petugas yang ada mengangkat barang yang ada dilantai,kelam kabut pekerja pembersihan mengelap lantai yang basah,

Wednesday, January 28, 2009

lama tak jumpa
















masa berlalu, musim berganti, usia kita pun kian meningkat, banyak benda yang dah berubah, banyak pekara yang dah kita lakarkan dalam kehdiupan kita, sejenak menoleh kebelakang, mengimbau kembali kisah silam, bila tersedar dari lamunan terasa masa berlalu terlalu pantas.

anak-anak sedara yang dulunya berlari bekejaran bermain, berebut makanan, meriuhkan suasana rumah arwah bonda bila adik beradik berkumpul kini dah membesar, dah berkerjaya, sesekali dapat berkumpul sesama ahli keluarga, memang menyeronokkan, maklumlah, batasan waktu, tuntutan kehidupan membuatkan kita jarang dapat bersua,

gambar2 ni dirakamkan masa majlis pertunangan ain

dah besar rupanya










rasanya seperti baru semalam ja budak2 ni main kejar depan tokchik, mengekor tokchik kehulu kehilir, menjerit minta dibawakan mandi sungai, berderet macam anak itik mengekor ibunya, ari ni dah nak bertunang, dah nak kahwin, dah masuk lagi satu episod dalam kehidupan mereka.

sayu rasa hati bila tengok ain dah bersiap-siap untuk majlis bertunang dia, terbayang-bayang wajah arwah kakak yang dah pergi (ibu nya ain) rasanya pasti dialah orang yang paling bahagia saat ini sebab anaknya dah disunting orang.

masa orang di depan sibuk berbincang mencari kesepakatan tentang hantaran, jangkamasa bertunang dan sebagainya, tokchik pun turut sama sibuk, sibuk menemuduga wan bakal tunang ain, kesian juga bila tengok dia semacam mengelabah bila diajukan dengan berbagai pertanyaan, almaklumlah dia sorang2 di situ sedara mara yang lain dok memerhatikan hati siapa tak berdebar, dag dig dug jadinya

selamat bertunang ain dan wan muga hajat dan cita2 nak hidup bersama tercapai, alam bertunang ni penuh dengan cabaran dan dugaan, muga kalian tabah menghadapinya...........aminnnnnnnn

Followers