Tuesday, July 21, 2009

orang gaji punya kerenah

kat tempat tokchik kerja sekarang ni ada seorang pembantu rumah, kerjanya hariannya adalah untuk membersihkan pejabat, membuat air, dalam ertikata lain pekerjaannya adalah sebagai orang gaji/pembantu rumah tangga.

apa yang tokchik nak ceritakan disini adalah kisah "kecerdikannya", kalau orang kita melayu selalu umpamakan sebagai "pandai tak boleh diikut, bodoh tak mau diajar"

saban waktu ada sahaja yang dibuatnya sehingga memeningkan kepala. tapi kejadian pada 21/07/2009 jam 10.15 pagi benar2 membuatkan tokchik mengaru kepala tokchik yang tak berambut nie

hujung cerek tu dibalutnya dengan tuala yang selalu digunakan untuk mengelap meja, sinki atau senang cakap tuala pengelap yang kotor, cerek tersebut berisi dengan kopi yang baru dibancuh

"seha....... mengapa kamu tutuk cerek ini dengan tuala pengelap meja"
" SAYA MAU KASI KOPI ITU JANGAN SEJUK, KAN DILUAR HUJAN" lancar sahaja dia menjawab, dikiranya kopi itu seperti manusia yang kesejukan bila hujan.
"bukakah tuala itu tuala kotor yang digunakan sebagai pengesat meja"
"IYA....SAYA TAU, TAPI SUDAH SAYA BASUH"
tokchik rasa macam nak melempang ja mulut dia, "tersangatlah cerdiknya" jawaban yang diberikan. Hari itu kop secerek tak ada yang sudi menjamah

ini lah wajah "pembuat kopi" paling handal dimalaysia. dia ketakutan saat ini sebab menjangkakan gambar2 ini akan dihantarkan ke ejen,

Sunday, July 19, 2009

ikan sungai gulai lemak cili padi

"L..........jom kita gi menjenguk pengantin baru hujung minggu ni" tokcik mempelawa L n ojie untuk turut sama bertandang kerumah pengtin baru along jenny dan idah.
"ok ja cik.........nanti L bawa ikan dari tasik kenyir"
"wah.....ini sudah bagus" bisik hati tokchik

tanggal 18-07-2009 tokchik kerumah sewaan along jenny .........L dan ojie sampai sekitar jam 8.15malam, berasap juga tokchik menunggu.......almaklum le ikan sungai yang dijanjikan tak muncul2....perut pula dah mula bernyanyi2.

"L dah sampai ni......nak parking kat mana" sayup2 terdengar suara L dicorong telefon. " jap chik...........along gi turun jemput abg L" along jenny bersuara..

" yeahhhhhhhhhhhh......ikan sungai sudah mari" senyum lebar dibibir tokchik..... yummyyyyyyyyy........almaklumlah dah lama tak merasa ikan sungai yang betul2 "fresh" bukannya ikan yang dibela di dalam kolam. bila tokchik buka beg plastik yang dihulurkan ojie....... jeng.jeng.......jenggggggggg...... ada ikan baung, ikan kaloi, kelah, juga ada 3 jenis lagi yg tokchik lupa apa ke namanya.


pasangan pengantin baru membersihkan ikan, ni le namanya semangat gotongroyong dalam hidup berumah tangga


ni pulak pasangan bahagia...... tauke ikan sungai untuk menu makan malam ari ni


ini le menu makan malam---ikan sungai masak lemak cili padi, tempe goreng berempah, ikan sungai goreng garing2, sambal tempoyak, ulam jering muda

along jenny sedang baca doa sebelum makan, tokchik pula sibuk ambik gambar


ikan baung masak lemak cili padi....pedas tetapi menyelerakan


ni ikan kelah goreng.........


habis dah....licin semua.........

"pakcik aku cakap ikan tu sedap le, bila kita nak gi mancing lagi" agaknya tu sms yang L hantar kepada kawan memancingnya

apa2 pun tokchik nak ucapkan terima kasih pada anak sedara tokchik, lain kali gi le mancaing lagi.........mancing ikan aja tau......jangan mancing yang bukan2.......

bila menjamah ikan sunagi ni teringat tokchik pada arwah bonda tersayang yag sememangnya kaki pancing, L tu kira pewaris generasi ke 3 hobi memancing arwah bonda.
ikan kaloi.......memngingatkan tokchik pada ikan yang bertahun2 dibela oleh arwah bonda......ikan kaloi.

Monday, July 6, 2009

berkumpulnya ahli keluarga

selalunya bila ada kenduri perkahwinan atau kematian, ketika itu lah kita dapat bertemu dengan ahli keluarga yang dah lama tak bersua muka

yang nie ina.......dah semakin comel......

tokchik main sembunyi2 hantu dengan ina.....hahahahaha

bunga yang semakin mekar ditaman pak andak....zetti

pasangan kembar cik kiah dan jek na.......





yang dikiri sekali kakak kedua tokchik, disebelahnya kakak yang sulung, disebelah kanan tu mak saudara (adik arwah emak), yang duduk dibawah berbaju hijau adik tokchik

selamat pengantin baru along jenny dan idah



tanggal 03-07-2009 pasti menjadi kenangan buat ahmad noor zaidi aka along jennny dan juga idah. saat dimana mereka disatu kan didepan keluarga tercinta upacara ijab dan kabul di lakukan........dengan sekali lafaz, idah selamat menjadi milik mutlak along jenny...... " along rasa macam baru lepas berlari acara pecut 200 meter aja cik" luah along jenny pada tokchik. sayangnya tokchik tak turut serta semasa upacara pernikahan tersebut.



barang-barang hantaran daripada pihak pengantin perempuan


ahli rombongan cik kiah yang turut serta menghantar pengantin

masing-masing tu melentok bukan sebab letih tapi sebab dah terbayang nasi minyak dan kurma daging kat rumah pengantin

pengantin bergambar bersama kedua ibu dan bapa, tokchik pun menyelit sama

beratur semua.....kejap lagi kita berarak menuju kerumah pengantin...macam panglima dimedan perang.tokchik membarikan arahan

budak yang mempersembahkan "silat pengantin" ni rasanya baru aja berusia sekitar 10 tahun...

"fuhhhhhhh.......dapat juga aku dok di sebelah isteri tercinta" rasanya tu le luahan hati along jenny bila disandingkan berdua dipelamin

selain pasangan along jenny dan idah, turut sama bersanding pada hari berkenaan adalah abg kepada idah dan pasangannya (tok chik lupa pula sapa namanya)

walau apa pun, taokchik serta ahli keluarga yang lain mendoakan semuga pasangan pengantin baru tersebut dapat melayari bahtera kehidupan dengan penuh kesabaran, saling memahami diantara satu sama lain....mudah-mudahan TUHAN memberikan mereka berdua keberkatan dan juga kesejahteraan yang berkekalan..........amin

Wednesday, June 24, 2009

sipeminta sedekah

kat klang ni ramai betul peminta sedekah warga asing, ada yang dari cina, ada yang dari Thailand, yang sering terjumpa saban waktu ni pelarian dari myanmar......bangsa rohingya.....

anak2 mereka ni sedari kecil dah diajar meminta sedekah, kiranya dah jadi kerjaya sepenuh masa mereka......





bebudak ni tau nya.....pergi dari meja ke meja, hulur2 tangan ke, mangkuk ke ...kekadang tu ada le membawa sekeping kertas fotostat yang entah berapa puluh kali dah difotostat...... sampai kat meja kita, mereka ni main hentak2 kan aja bekas yang dibawa........ kekadang, bebudak ni bertindak kasar bila tak dilayan.

hilang yang kecik2....mak budak pulak menjelma


bila menyedari tokchik merakamkan gambar mereka.........semuanya melarikan diri

bekam lintah

pernah dengar pasal bekam lintah!!!!!....... kali ni tokchik nak cerita pasal bekam lintah. seingat tokchik, masa tokchik budak2 dulu arwah bapa tokchik ada jug berbekam........ tetapi ketika itu peralatan berbekam tu menggunakan tanduk kerbau. tempat yang hendak dibekam kebiasaannya dibahagian kepala akan dicukur terlebih dahulu....bekam cara moden ni tak semestinya dikepala, kebanyakannya dibahagian belakang badan.

tengok aja le gambar2 masa tokchik berbekam........ni pengalaman pertama tokchik berbekam...bekam lintah lagi


selepas divacum, bahagian badan tersebut akan ditusukkan dengan hujung jarum untuk mengeluarkan darah.........lintah akan diletakkan ditempat berkenaan.......masa ni lintah2 tu nampak comel ja, bila diletakkan ditempat yang luka tu pada permulaannya akan terasa gigi2 lintah yang halus tu mengigit, nak memastikan mereka akan melekat kat kulit tokchik


ni masa lintah tu baru menghisap darah tokchik


lintah2 tu dah mulai gemuk, tokchik berdiri pun tak jatuh lintah tu, punya le kuat gripnya



dah kenyang, lintah2 tu akan jatuh sendiri......nampak macam ular sawa .....geli
pula tokchik tengok.


kalau ada yang nak mencuba .boleh lah menghubungi tokey bekam lintah ni ........ameer .........0123172154

Sunday, May 10, 2009

mesin urut

tokchik ke tesco dengan kawan, lepas mengisi perut yang lapar, berjalan2 melihat gerai jualan yang ada kat ruang legar...

" bangggg....mari le cuba ..........mesin urut bang....bagus untuk kesihatan" ramah awek ni mempromosikan produk jualannnya

ni le awek tu......kalau dengar dari slang bercakap...tokchik rasa orang kelantan

" tak beli pun tak pa bang, abg cuba aja........"

tokchik pun duduk le kat kerusi yang disedia kan, awek tu pun menghidupkan suiz mesen penurut kaki tu


ini le rupa mesin penurut kaki tu

tok chik mulai mencuba mesin urut tu.........syok juga....tambahan F.O.C


pakcik ni mencuba juga setelah melihat tokchik dok mencuba mesin urutan tu



urut dik jangan tak urut........tokchik tak kisah.......sebab percuma..........
cik mek molek tu sibuk mempromosikan mesen urutan tu serta produk lain yang di jualnya.

"berapa harga nya dik" bukan nak beli pun saja kesian kat budak pompuan tu, dah berterabur /bersembur air liur menerangkan.... konon2 berminat le.

"tak mahal bang... hari ni kami kasi harga promoasi, harga biasa rm 2899.00, sebab abg berminat saya kasi abg harga promosi....rm 1899.00"

"gulpppppppp........ mahalnya" tokchik berkata didalam hati.
"macam ni lah dik..... abg jalan2 dulu, nak tengok macam mana kesannya, nanti kalau ngam abg datang balik". Tak ada maknanya aku nak datang balik......chau terus le jawabnya........ janji dah rasa ururt free beb......... bijak2...anda semua leh le ikut cara tokchik

Followers