Thursday, September 24, 2009

pekan air hitam johor

tahun ni tokchik beraya dijohor, memandu sendirian daripada klang ke kluang, alhamdulillah, perjalanan pulang amat menyelesakan, terhindar daripada kesesakan jalanraya, mungkin kerana ketika tokchik memulakan perjalanan, semua orang dah pun selamat berada dikampung.

melepasi plaza tol Air Hitam, tokchik membelok ke kiri menuju kepekan air hitam, dah terlalu lama tak menyinggah kesana,keadaan dipekan air hitam masih seperti dahulu, cuma kemeriahannya sedikit "kurang", beberapa tahun dahulu deretan kedai2 yang menjual barangan tembikar lebih banyak. jom le kita saksikan gambar2 yang sempat tokchik rakamkan




gerai menjual barangan cenderahati



"bang....... buah bang........mari bang ada banyak buah" riuh penjual tu cuba memancing pelanggan


terliur tokchik bila melihat deretan nenas ni.......


gerai menjual tembikar




pusat perniagaan baru air hitam, terletak disebelah kanan jalan menuju ke bandar kluang, jika kita datang dari arah air hitam


pura2 mencuba ...seolah2 nak membeli, hakikat sebenarnya hanya nak bergambar..... tokey kedai tu dok jeling2 aja

Saturday, September 12, 2009

asam pedas tokchik

along jenny dah booking tokchik ajak berbuka puasa di rumah herman, hari sabtu tokchik kerja sehingga jam 1............ sampai dirumah, tokchik belek2 le barang2 yang ada dalam peti sejuk, terpandang ada ikan jenahak, bahan2 yang lain untuk resepi asam pedas semuanya ada........... apa lagi............ kita mula kan operasi memasak lauk untuk berbuka........

kalau memasak tokchik sememangnya tak punya sukatan yang khusus, cuma kandungan bahan2nya saja yang sama............ untuk resepi asam pedas tokchik..kita perlu kan :
- lada kering (kalau suka pedas, letak le lebih ladanya)
- bawang merah
- bawang putih
- halia
- kunyit segar
- belacan
kesemua bahan diatas dikisar halus
kita juga perlukan:
asam keping - tokchik lebih suka menggunakan asam keping daripada asam jawa
daun kesum
bendir
terung
air dan juga garam

langkah demi langkah


panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga garing

apabila bahan yang ditumis dah cukup garing, masukkan air, ikan, asam keping, daun kesum, bendir, tambahkan garam, biarkan kuah mendidih beberapa ketika baru matikan api

inilah hasilnya......jom makannnnnnnnnnnnnnnn

Wednesday, September 9, 2009

hungry ghost festival

hungry ghost festival atau phor thor dalam bahasa hokkien disambut pada setiap bulan tujuh mengikut kalender orang china. menurut kepercayaan mereka........ roh-roh yang terkurung dineraka akan dibenarkan bebas untuk berkeliaran dialam manusia selama sebulan


ini le rupa "phor thor" senang cakap phor thor ni merupakan penguasa/raja yang menjaga neraka. phor thor ini juga lah yang bertnaggung jawab mengawasi roh-roh yang berkeliaran didunia ini sepanjang bulan hantu lapar dan bertanggungjawab untuk "menghalau" roh-roh tersebut masuk semula keneraka





peralatan penyembahan untuk "phor thor"





proses penyembahan


auntie2 ni sibuk menyediakan hidangan tengahari.........kira macam kenduri le, sapa nak makan datang aja kat dapur ni.......... f.o.c beb........

Sunday, August 30, 2009

main "colek"

dulu2 masa anak2 sedara tokchik ni kecil, setiap kali berkumpul masa hari raya, satu aktiviti yang sering kami lakukan adalah bermain terup....... main "colek" dalam permainan tersebut, siapa yang kalah akan didenda disepit telinganya menggunakan sepit baju. sessi membancuh daun, ada yang panggil "chong", kocok perlawanan bermula, siapa yang dapat menghabiskan daun terup yang dimiliki paling awal dikira pemenang, orang pertama yang dianugerahkan medal "penyepit baju" - along jenny orang kedua...... mr herman........ dia dan jenny bersilih ganti memakai "medal penyepit baju" walaupun along jenny dan herman paling banyak memakai ":medal penyepit baju", ujang merupakan pemegang rekod.......... 3 kali berturut2 memakai "medal penyepit baju", ujang berjaya memenangi medal tersebut setelah membaca jampi " in nak..... takk nakk" ambik kau ujang, jampi jangan tak jampi. bak kata orang........ jangan sampai kempunan, tokchik hanya sekali sahaja berjaya memiliki medal penyepit baju sepanjang permainan berjalan...... otai ........sapa leh kalahkan.....heheheheeeeeeeeeeeee sebahagian daripada peminat fanatik yang menyaksikan pertarungan hebat permainan colek peringkat apartment Baiduri....idah dan ojie.....kwang....kwang..kwang.......

cerita kereta baru lagi

betul kata orang, bila dah ada kereta sendiri, secara semulajadi kita akan menjadi cukup teruja untuk menjadikan kereta kita tu seselesa mungkin.
ada orang suka mencantikkan bahagian luaran, menukar sportrim, tayar, aksessori luarannya dan sebagainya.
horn dan alarm yang disediakan oleh pihak pengeluar tak berapa memuaskan hati tokchik, begitu juga dengan radionya................ apalagi.................kita tukar le apa yang patut

bila dah tukar alarm, yang ni pun kena tukar kepada yang lebih power........baru le bunyi lebih kuat......... kalau tak macam bunyi kentut ja.....hahahahahaaaaaaaaaaa

radio asal pun tokchik cabut keluar, gantikan dengan yang baru ni......... boleh main mp3, usb...........melebihi seratus buah lagu untuk satu cd menggunakan format mp3,

tambahan 2 speaker disebelah kiri dan kanan dashboard......... menjadikan muzik yang dimainkan lebih seronok didengar.


tokchik juga pasang "break lock"






tukar tayar dari 12mm kepada 14mm. baru sedap memandu, terlanjur dah tukar tayar, pasang sekali sport rim........tokchik tak rasa apa yang tokchik buat ni membazir, tetapi sebagimana yang tokchik sebutkan tadi........... untuk kepuasan diri...kalau ditanya.....jawaban tokchik........ PUASSSSS

Saturday, August 29, 2009

alligment dan sportrim

kawan2 sekerja yang lebih berpengalaman dalam pemanduan mencadangkan tokchik menghantar kereta tokchik kekedai untuk dibuat pelarasan semula (alligement).



pemeriksaan secara berkomputer, mencari mana yang senget, mana yang tak ngam, perempuan dalam gambar ni merupakan rakan sekerja tokchik, kalau bab tawar menawar harga......... serahkan aja kat dia.... tokchik panggil dia aso aja.



proses pelarasan bermula

sementara menunggu kerja pelarasan dijalankan, sempat juga lah tokchik meninjau2 deretan sportrim yang dipamirkan, almaklumlah.......... kedai ni merupakan kedai sportrim yang terkenal seklai di klang ni, murah2 harganya, pilihan yang perbagai dan juga cantik, siapkan aja duitnya.......














Followers