Saturday, September 26, 2009

barbeque malam raya kedua

acara ini mungkin akan menjadi acara tahunan, acara panggang memanggang, bakar membakar, idea dicetuskan oelh ujang dan herman, tokchik menjadi penggeraknya...

bobot sedang menyediakan sos pasta

kak ojie sedang membersihkan ikan terubuk untuk dipanggang

cumi dengan resepi kopi susunya......tapi mana susunya------ hitam ja

bobot dan ciki sedang mencucuk udang sebelum dipanggang

"kau tengok macam mana aku buat jang, marak menyala apinya" agaknya tu yang herman katakan kepada ujang,




sessi memanggang bermula, seronok sangat, gelak tawa senda gurau mengiringi suasana


apa lagi...tukang panggang dah ada, tukang ngap pun ramai.....jom makan

happy birthday bobot

"pakcik adik dah bangun ke" herman menelefon pada tanggal 23 hb september. waktu tu herman dan ujang ke bandar kluang.
"dah bangun tapi belom mandi"
"cik....ari ni birthday adik, L beli kek nanti kita buat surprise kat adik ya" sayangnya siabang ni kat adik dia, almaklumlah dalam dunia ni mereka hanya berdua beradik aja, tokchik bangga dengan sikap perihatin herman terhadap adiknya walau ada ketikanya sibobot ni membuatkan herman pening kepala.


muka terkejut si bobot ........... orang selalu cakap "terkejut beruk", marah beruk tau, sebab yang terkejut tu manusia mengapa beruk yang disebut.......hahahaha

potong cepat2 dah ramai yang menanti kek tu


sessi menyapu ising kek kemuka mangsa

jom.........masa untuk makan kek

budak kecik budak besar

sesekali berkumpul berbagai gelagat dapat dilihat, yang dulu kecil dan membesar, yang sedia besar tak kecil2 (seperti tokchik).........
kita mula kan dengan yang kecil dulu ya


sincan dengan gaya orang cacat......punya le susah nak snap gambar dia, tiap kali mesti aksi sebegini yang dilakukannnya

gambar candid sewaktu sincan asyik menonton tv......biasalah------kartun





adik sincan........... tokchik pangil dia kiteretsu......bulat betul mata dia, memang comel budak ni

anak ucu maharani---- ada sorang lagi yang tertingal

sincan, hazim, daniel aka ineng



sincan dan ineng

selesai dengan yang kecil2 kita mula kan dengan yang dah besar dan semakin membesar


cumi dan ciki.anak kembar wak emon yang comel lagi gebu





semput tokchik kena lenyek...........

susah sebenarnya kalau nak suruh ojie ni bergambar

Thursday, September 24, 2009

pekan air panas labis mengamit nostalgia



pada hari raya kedua, tokchik, wak emon sekeluarga, ucu ani sekeluarga bertolak balik ke kampung asal tokchik, kampung pekan air panas, labis.
sayu hati tidak terkira, terbayang dimata wajah arwah orang tua tokchik, seakan2 ternampak2 wajah bonda tercinta menanti kepulangan anak2nya setiap kali lebaran. jelas dimata tokchik, arwah bonda duduk dikerusi yang diletakkan dikaki lima rumah, setiap kalai terdengar deru bunyi enjin kereta........ panjang lehernya memerhati, mengharap kepulangan anak2....... sewaktu coretan ini tokchik taip, airmata tokchik mengalir tanpa mampu dibendung........ " ya allah ya tuhan ku, kau sejahterakanlah roh kedua ibubapaku, ampunkan segala dosanya, tempatkan mereka bersama2 umatmu yang mendapat rahmat dan keredhaanmu"

ternampak papan tanda ni, hati dah mula dibuai sayu,



rumah peninggalan arwah orang tua tokchik, sayu mengamit memori, dulu2 sekiranya hujan lebat, pasti terdengar suara herman "pakcik.......... jom mandi hujan" kat cucur atap ni le tokchik dan herman "bermain air hujan"



yang tinggal hanya memori, yang terpahat dikalbu sanubari,




menziarahi pusara





pekan labis yang tak banyak berubah, perhatikan kereta sorong menjual air tauhu didepan kedai swee seng & co tu.....daripada zaman tokchik bersekolah sehingga kehari ini masih ada lagi dia meniaga, lokasinya tetap sama

raya 2009 - along jenny dan idah






gambar pengantin baru yang tak baru ........hehehehehe

aikkkkkkkkkkk...........ngapa muka kedua2nya macam orang mabuk ketupat rendang ja.


tokchik suka gambar ni....seperti berada dikawasan tanah tinggi





tokchik saja masukkan kesemua gambar2 yang tokchik snap ari tu, kalau along jenny nak..dia leh copy ja dari blog tokchik

raya 2009

gambar2 semasa sambutan raya 2009

songkok pinjam........ songkok tokchik tertinggal diklang...... meminjam sekejap songkok ujang untuk sessi bergambar. tahun ni baju melayu tokchik merah menyala



cantik permandangan dari halaman rumah wak emon nie,


jom makan ketupat, rendang pun ada


bergambar bersama kete tokchik...heheheheeeeeeee

Followers