Thursday, November 18, 2010

sup tulang


kisarkan :
bawang merah
bawang putih
halia
ketumbar
jintan kasar
jintan halus
serai

sediakan juga- rempah penumis

panaskan minyak, tumis rempah penumis dan bahan kisar sehingga wanggi dan garing, masukkan beberapa batang serai


masukkan air dan tulang, biarkan mendidih, tambahkan garam secukupnya


taburkan hirisan daun sup dan bawang goreng semasa menghidangkan, nak lagi power...sediakan sambal kicap

ikan selar masak singgang



kalau singgang ikan style arwah bonda tc, semuanya dihiris, bawang merah, bawang putih, halia, serai, sedikit belacan, asam keping, kunyit segar

masukkan kedalm periuk, masukkan ikan, air dan garam secukupnya, didihkan sehingga ikan masak, sedap dimakan dengan sambal belacan dan ulam petai

LAKSA JOHOR


Teringin sangat nak makan laksa johor, tekak ni kekadang mengada2, yang dibeli tak menepati citarasa, so kenalah masak sndiri
kali ni tc hnya nak tepekkan gambrnya aja
speggeti yang dah siap dicelur

kuah laksa tc, tc gunakan ikan makarel yang dibeli dipasaraya..bukan yang dah ditinkan ya, pada tc ikan ni lebih sedap dijadikan kuah laksa, kekadang tc gunakan ikan tongkol


ni aja ulaman yang ada, lada merah tak ada, jadi sambal belacannya gula cili padi

gaul rata, ngap le--- tc suka kuah yang pekat, terasa isi ikan membaluti speggeti

pais ikan kembung


bahan2 yang diperlukan

ikan kembung /tenggiri (arwah mak tc dahulu menggunakan ikan kembung masin/tenggiri jeruk - baunya sungguh harum)
daun pisang
daun kunyit - dimayang halus
cili kisar
bawang merah yang dikisar
asam keping/oerahan air asam jawa
kelapa parut - ambil yang bahagian putih sahaja
garan dan secubit gula

didalam bekas satukan kesemua bahan - ladda kisar, bawang kisar, air asam jawa (guna jenama adabi sebab tak akan berair sngt) daun kunyit yg dimayang, garam san secubit gula digaul rata

letakkan sebahagian ramuan diatas daun pisang, letakkan ikan kembung diatasnya,tutupi ikan dengan baki ramuan yang ada.


bungkus molek2, pangganglah sehingga masak

Sunday, November 14, 2010

sambal pati santan daun kunyit



resepi arwah bonda, kegemaran kami adik beradik, tc paling suka kalau disertakan sama dengan ikan masin goreng dan juga ulam pucuk ubi celur
mudah sahaja menyediakannya

santan segar
lada kering yang dikisar
ikan bilis
belacan
asam keping /perahan air asam jawa
daun kunyit dihiris halus - cari yang muda
garam dan gula secukupnya
2 sudu makan minyak masak

cara2nya

satukan kesemua bahan diatas kecuali daun kunyit kedalam kuali, didihkan dengan api sederhana sehingga santan memekat
masukkan 2 sudu minyak masak, gaul rata, masukan daun kunyit yang dihiris, garam dan gula secukupnya
biarkan sehingga terbit minyak

Sunday, November 7, 2010

kek nanas tokchik



bahan2nya

bahan A
20gram mentega dicairkan
2 sudu besar gula perang
9 keping hirisan nenas
cairkan mentega, tuangkan kedalam loyang (ukuran loyang 20cm - pastikan bahagian tepi loyang telah digris kan dengan mentega)
tabukan gula perang keatas mentega cair, kemudian susun hirisan nenas

bahan B
90 gram mentega
1/2 cawan gula kastor (kalau tak ada kisar sahaja gula pasir sehinnga halus)
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung berserbuk penaik
1/3 cawan air/sirap nenas (air yg terdapat dalam tin nenas tu)


putar mentega dah gula sehingga kembang,
masukkan telur satu persatu dan putar sebati
masukkan esen vanilla, gaul rata
masukkan tepun berselang seli dengan air nenas, gaul rata dengan menggunakan sudip plastik
tuang kedalam loyang,
bakar selama 40 minit/sehingga masak - suhu 180celcius


setelah masak,biarkan didalam loyang selama 10 minit baru dikeluarkan/diterbalikkan

soto ayam tokchik



bahan2
ayam
rangka ayam
rempah soto
rempah penumis
santan daripada 1/2 biji kelapa

bahan kisar
halia
bawang merah
bawang puteh
kunyit

bahan titik
serai
lengkuas

sediakan juga
soon yang digoreng
kacang tanah
tauge
sambal kicap
pegedil
nasi himpit

caranya
panas kan minyak, masukan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga naik baunya, masukkan serai dan halia yang dititik, goreng seketika
masukkan rempah soto, gaul rata biarkan mendidih/sehingga pecah minyak

masukkan santan dan air secukupnya,
masukkan ayam...... rebus separuh masak, angkat dan ketepikan
masukkan rangka ayam, didihkan kuah soto sehingga rangka ayam masak, tambah garamn secukupnya
ayam yang sudah direbus separuh masak tadi digoreng sehingga masak dan disiat2

untuk menghidang
letakkan nasi himpit, taburkan dengan isi ayam yang telah disiat, kacang tanah goreng, soon goreng, pegedil, sambal kicap, tuangkan kuah soto

Followers