Saturday, December 18, 2010

nasi goreng kicap



bahan2nya
nasi (tc suka gunakan nasi yang ditanak semalam)
bawang merah, bawang putih - dimayang
kacang panjang - dimayang
ikan bilis - digoreng garing

kicap pekat (tc gunakan kicap mee jenama tamin)
boleh juga gunakan kicap cair

cara2nya
tumiskan bawang dan lada sehingga layu,
masukkan nasi, gaul rata,
tuangan kicap secukupnya, gaul rata,
masukkan ikan bilis dan kacang yang dimayang
gaul seketika, matikan api, sedia untuk dijamah

mee hoon taucu



sediakan

mee hoon - celur dulu
taucu - dibasuh untuk mengurangkan kemasinan
tauhu - dipotong kecil - digoreng
kucai - dihiris
udang - beli udang yg kecil2 dan berkulit lembut tu
tauge

bawang merah dan bawang putih dimayang
cili dimayang

caranya
panaskan minyak, tumiskan bawang yang dimayang berserta cili sehingga layu, kemudian masukkan udang, goreng seketika, masukkan mee hoon,taucu gaul rata, tambah kan kucai goreng sehingga semuanya sebati
masukan tauge, gaul rata, pastikan tauge tidak lecur, sekadar layu sahaja
matikan api

ikan sungai goreng



ikan sungai yang segar, dijala dan dipancing oleh herman dan juga ujang, digoreng garing2 .........sedapppppp...terasa kemanisannya

bingka ubi kayu


balik daripada kluang, tc dibekalkan dengan ubi kayu, tekak ni tetiba teringin nak makan binga ubi kayu, nak yang lembut, yang terasa ubinya, kalau yg orang berjualan tu keras sangat

tokchik kisar ubi tu, toskan, kemudian sagu tang mendap tu tokchik ambik dan gaulkan dengan ubi yang diparut


tambahkan gula merah, gula pasir secukupnya, tuang santan pekat, serta secubit garam, tepung gandum secukupnya (adunan ni agak cair, tepung anggaran 3 senduk kecil untuk adunan yang tc buat) serta 2 biji telur dan esen vanilla, gaul rata


tuang kedalam adunan berlubang tengah, bakar diatas dapur gas selam sejam dengan api kecil

setelah masak, sejukkan terlebih dahulu baru dipotong -

sambal goreng tempe hati pedal



tc tak tau apa nama sebenarnya masakan ni, jadi tc berikan aja nama sebagaimana diatas

bahan2
kacang panjang - dihiris memanjang
tempe - dihiris nipis digoreng
tauhu kering/ fucuk - direndam (pilihan)
soon - direndam
lada merah/lada hijau - dimayang
bawang merah/bawang puteh/halia - dimayang

pedah dan hati ayam - dipotong kecil- digaukan dengan garam dan kunyit digoreng
pati santan
perahan air asam jawa

caranya

panas kan minyak, tumiskan bawang merah, halia, bawang putih dan cili yang dihiris sehingga layu,
masukkan kacang panjang dan tauhu kering,tempe, gaul rata, masukkan pati santan, biarkan mendidih,
tambahkan garam dan sedikit gula serta perahan air asam jawa
masukkan soon, gaul rata
masakkan ini tak berkuah kerana soon dah menyerap aiar yang ada

pucuk paku goreng pedas



bahan
pucuk paku

tumbuk lumat / kisar (guna pengisar kering- mudah nak menumis)

cili padi
ikan bilis
belacan
bawang merah
bawang putih sedikit

garam dan secubit gula

panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga naik baunya, masukkan pucuk paku, gaul rata, tambahkan garam secukupnya dan secubit gula
apabila pucuk paku kelihatan layu, matikan api

ubi goreng




ubi yang baru dicabut, sedapnya bila digoreng, tumbukkan bawang putih, sedikit kunyit segar, garam.
gaul rata, goreng sehingga garing, dimakan dengan kopi o
sedapnya

Followers