
syarikat temnpat tc bekerja memberikan ganjaran untuk setiap pekerja yang telah melepasi tempoh perkhidmatan selama 10 tahun.
Boss menawarkan pilihan diantara jam tangan dan juga ipad pada nilai sebanyak rm 1500.00, tetapi kedua2nya tak menarik minat tc, jadi tc berbincang dengan boss untuk membeli sesuatu yang lain, pilihan tc adalah stand mixer.
maka bermulalah episod mencari stand mixer yang sesuai dan berkenan dihati, terpandang jenama kenwood model KMC 560...diharvey norman dan jaya jusco, harga yang ditawarkan adalah rm2299.00, agak mahal kerana budget yang diberikan oleh syarikata dalah sebanyak rm 1500.00, pergi ke seng Q dan hsl serta court mamouth, mereka tak menawarkan model stand mixer yang tc hajatkan
bercerita dengan rakan sekerja, tc disarankan untuk ke "ONKIN CHAIN STORE (M) SDN BHD yang terletak jalan meru klang, disana tc bertanyakan tentang KMC 560, jurujual tu memberitahu harga yang ditawarkan adalah rm 2299.00 TETAPI sebelum diskaun, selepas diskaun harga yang ditawarkan kepada tc adalah rm 1799.00, tak berfikir panjang tc terus ambil keputusan membelinya, cuma tc perlu menunggu selama 3 hari sebab mereka tak menyimpan stock, tak apalah ....tunggu pun tunggulah sebab dah jimat rm 500.00
sampai masa mengutip barang yang dipesan, seronoknya hati tak terhingga, akhirnya dapat juga tc apa yang dihajatkan...syukur kehadrat illahi