Tuesday, March 13, 2012

resepi mee kuning



percubaan pertama membuat mee kuning
resepi tc dapat daripada my resepi sumbangan --- pn umie

minta izin ya puan umie untuk tc catatkan disini pula
bahan2nya:
500gram tepung gandum

bahan dibawah ni dibancuh sekali
200ml air (dicampurkan dengan garam secukupnya)
pewarna kuning
1 sudu teh air abu

campurkan kesemua bahan diatas dan uli
untuk makluman, adunannya agak berderai tidak seperti adunan kulit karipap

tc canai menggunakan mesin pasta/mee yang manual
canai 3 - 4 kali pada no 1
kemudian dicanai pada no 2 dan seterusnya no 4 sebelum digelek pada bahagian untuk membuat mee
didihkan air, campurkan minyak masak kedalam air, bila adir dah mendidih masukkan mee dan celur sekiat 2- 3 minit atau sehingga mee timbul
angkat adan toskan

Sunday, March 4, 2012

roti


mencuba fungsi mixer tc...kali ni buat roti,cuma cara tc..setiap 10 minit tc akan hentikan mixer, gunakan tangan dan gaul semula adunan, rehatkan 2 minit..baru on smula mixer...tc uli dengan mixer selama 35 -45 minit



gambar diatas, resepinya tc kutip daripada blog cikmat gebu
dah lama teringin nak mencuba, nak menguli rasanya tak sanggup
terlanjur dah ada mixer ni..cuba2 le
alhamdulillah menjadi
sememangnya lembut dan gebu


kemudian tc cuba lak roti benggali dari blog kak jee....
.
alhamdulillah.....sememangnya sedap...tapau bawa pergi kerja (tghri makan roti ni ja).tc sapukan butter dan taburkan sedikit gula.....sedapnya......

buah kluak




menyinggah kekedai runcit, terpandang buah yang pelik ni, keras kulitnya, bila digoncang..berbunyi...
ada sorang kakak tu bertanya "buah apa tu"
"buah kluak" tc yang menjawab sebelum tauke kedai tu menjawab.
pernah melihat gambr buah kluak ni diinternet, tu yang tc kenal...sebiji 40sen, buah ni dibawa masuk daripada indonesia
menurut pekedai tu, digunakan dalam masakan daging. tc beli 5 biji, lepas ni nak mencari resepi yang ada menggunakan buah kluak ni

steamer untuk microwave



terpandang steamer ni kat journal resepi badaria, terlanjur kat jusco bukit tinggi ni ada daiso, gi le mencari, 3 kali pergi tak ku temui....lain benda yang dijumpai
kelmarin menyinggah ke daiso...hajat nak beli benda lain...tetiba terpandang steamer ni..apa lagi..sambar le satu..rm 5 (sebab konsep daiso..semua barang rm 5)
cuma kena pastikan sewaktu menggunakannya cadangan pengilang .....steamer ni sesuai untuk suhu 500-600 watt ja.. dah beli simpan dulu, belum digunakan lagi..

kusut....kusut



kutip baju....
sumbatkan masuk mesin basuh
tit...tit......tit......alaram mesin basuh berbunyi...
"yes...cucian dah siap"
angkat bawa ke penyidai...sewaktu menyidai seluar, tc teraba dipoketnya
"aikk...apapasala kembung semacam poket seluar ni""
raba punya raba...alamakkkkkk!!!!!!!!! tc dan basuh kunci kereta tc sekali dengan pakaian kotor
tetiba alaram kereta tc berkaraoke. rupanya pcb kat kontrol alarm tu dah buat hal. langkah terbaik...terpaksa dikopakkan..untuk memastikan baterinya tak berfungsi..
esok terpaksalah ke kedai, harap2 ada alat gantinya

oven butterfly



hari tu semasa ke econmart berhampiran tc terpandang oven ni. teringat kisah tahun 80an, kakak2 tc kalau buat kueh raya dan kek menggunakan oven ni. letakkan atas dapur minyak tanah, kena tau kontrol api.
sebelum ada oven ni....mereka gunakan oven ciptaan sendiri...tin minyak masak yang bersaiz sama macam tin minyak tanah tu ditebuk ....diisikan pasir....kemudian dipanaskan..atasnya nanti diletakkan tutp periuk yang berisi kueh, ditutup atasnya dengan zink yang terdapat bara tempurung....

Friday, February 24, 2012

huat kue


selalu terpandang rakan sekerja berbangsa cina membawa kueh ni ke tempat kerja, kelmarin tc minta resepinya sebab teringin nak mencuba gara2 tergoda melihat apam yang mekar ni
resepinya:
300gram tepung gandum
1 biji telur
100 gula merah (tc beli kat tesco - bukan jenis gula merah yang berketul2 tu)
100 gram gula pasir
6 gram yist
1/2 sudu besar majerin (lebih kan sikit)
225ml air
1/2 sudu air abu (kurangkan sedikit )

penyediannya (tc guna mixer)
dalam bekas, tc masukkan tepung, gula, majerin, yist
putar sehingga menjadi seperti serbuk roti
kemudian tc masukkan telur...putar sebati
baru dimasukkan air dan air abu....tc putar pasa kelajuan no 1 selama 10 minit
perapkan adunan sekitar 4 -6 jam


gunakan senduk/sudip/hand whisk, adunan yang telah naik tadi digaulsekali lagi untuk "membuang anginnya"
panaskan kukusan,
masukkan adunan kedalam bekas pengukus,
kukus selama 15 minit dengan api besar


Followers