Sunday, March 25, 2012

ikan panggang jeruk maman




bahan2
jeruk maman - dibasuh (tc buat sendiri)
ikan yang dah dipanggang
santan

tumbukkan:
bawang merah
cili padi
sedikit belacan
kunyit segar (tc gunakan kunyit serbuk sbb kunyit segar dah habis)

satukan kesemua bahan diatas dalam periuk, didihkan dengan api sederhana sehingga mendidih, rasa garamnya
disebab ikan dah dipanggang maka tak perlu terlalu lama dimasak

ikan panggang




tc panggang ikan caru dan selar ni menggunakan "pemanggang ajaib", memang mudah, yang penting ikannya masak keseluruhan...
tc panggang sekitar 10 minit setiap bahagian, rasanya tak rugi membeli. ikan selar tu tc nak masak lemak cili padi dengan jeruk maman sementara ikan caru tu tc nak cicah dengan kicap+ cili padi hiri + bawang besar hiris + kicap manis, makan dengan nasi panas memang sedap

Saturday, March 24, 2012

pemanggang ajaib - menang glassware





kakak tc bercerita pasal pemanggang ni, katanya bagus sebab mudah digunakan.
bila tc pergi tengok dilaman web menang glassware, tc menyedari pemanggang yang sama dipromosikan juga oleh home idea dgn harga rm 250, ada kawan sekerja yang menjadi agen cosway menjualnya dibawah jenama cosway pada harga kalau tak silap rm 200
tc ke stockist menag glassware yang terdekat, tc difahamkan harganya rm 129.00 seunit. disebabkan kakak tc merupakan ahli dimenang glassware maka tc gunakan akaunnya dan diberikan diskaun 30%
balik kerumah tc cuba le memanggang ayam, cuma letakkan ayam yangd ah diperap, langsung letakkan didapur...tc panggang 15 minit setiap bahagian, hasilnya memang berbaloi
cuba2 le membelinya....ayamnya lembut dan yang penting masak keseluruhan

Wednesday, March 21, 2012

talam sagu ubi kayu dan keledek



resepi daripada amy beh...the star 20 march 2012

335gram ubi kayu - diparut
75gram keledek - diparut

100 gram sago - rendam sekitar 2 minit dan toskan (amy kata 10 minit- mau hancur kalau digaul)

150ml santan pekat
165grm gula castor (tc kisarkan aja gula pasir biasa tu)
10gram tepung kustard (tc guna tepung hong kue + 1/2 sudu tepung jagung)


nota:
jika tak menggunakan tepung kustard sila tambahkan pewarna ikut kesukaan masing2

kelapa parut dicampur garam secukupnya

cara tc:
tc kisarkan keledek dan ubi kayu, kemudian tc toskan
tc biarkan air yang digunakan semasa mengisar ubi kayu dan keledek itu mendak dan tc ambil patinya/sagunya dan dicampurkan kedalam adunan

didalam bekas besar, masukan parutan ubi dan keledek, sagu biji, tepung, gula, gaul rata
tuangkan kedalam loyang pengukus yang dah dilapik plastik (senang nak mengeluarkan nanti)
kukus selama 30-35 minit dengan api besar
sejukkan baru dipotong
gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampur garam

pulut kuning rendang daging



terpandang rendang daging yang masih berbaki, ternampak pula beras pulut pun ada didadlam balang didapur....jenguk2...." aikkk....santan beku pun ada....projek pulut kuning le malam nie"
basuh pulut, masukkan serbuk kunyit dan rendam seketika (+/- 15 minit)
buangkan air, masukan santan secukupnya, tambah sedikit garam, masukkan daun pandan, terus ditanak.
untuk memastikan pulut massak sepenuhnya dan molek, bila air dah kering, tc letakkan plastik menutupi periuk baru ditutup, pulut akan masak cantik dengan wap yang terperangkap

nota:

pulut yang dikukus lebih sedap cuma kerjanya lebih rumit...hehehehe
yang ditanak ni....rugi sebab berkerak...tapi tc suka keraknya...lemak2 dan garing

Sunday, March 18, 2012

rendang ayam cili merah



ubah suai daripada rendang pedas perak, ini sebenarnya kes tak cukup bahan. bersebab penyakit malas nak kekedai semula tc gunakan aja apa yang ada kat rumah, hasilnya tak menghampakan (ini le akibat jika tak buat check list sblm berbelanja)

1 kilo ayam (tc beli bahagian dada aja) - potong dan bersihkan

i biji kelapa (perah dan ambil santan secukupnya)
3 helai daun kunyit dimayang)
air asam jawa / asam keping secukupnya
kisarkan :
6 batang cili merah segar
3 labu bawang besar
6 ulas bawang puteh
1.1/2" halia
2 biji buah keras
1.1/2" kunyit segar / 1 sudu teh serbuk kunyit
3 batang serai

panaskan minyak
tumis bahan kisar sehingga garing
masukkan ayam dan digoreng dengan rempah
masukkan santan
tambahkan garam dan gula secukupnya
bila kuah agak pekat, masukkan daun kunyit, gaul seketika dan matikan api

rendang daging buah kluak


tc biasa terpandang rendang daging dikedai minang, dalam hati terfikir bagaimana rendang mereka berwarna kehitaman, nak kata diletak kicap tak ada rasa kicap, nak kata disebabkan kerisik selalunya kerisik tak akan menukarkan warna asal rendang kewarna kehitaman begitu, andai diletak gula melaka/gula merah warnanya juga tak begitu.
satu hari sewaktu kekedai runcit yang dikendalikan oleh orang aceh, tc terpandangkan buah kluak ni didalam bekas...ambil hp ....snap gambrnya....ada pulak yang bertanya "buah apa ni"
" buah kluak" tc pula yang menjuawab
"apa gunanya" perempuan tu bertanya lagi
"dimasukkan kedalam masakan daging, selalunya masa buat rendang" pekedai tu menjelaskan. terus info tu tc kunci dalam otak..heheheheheh
kesudahannya tc belilah 5 biji. balik rumah cari info pasal buah ni dan penggunaannya.



rupanya buah kluak ni nak kena rendam dulu (info diyoutube), jadi tc rendam selama 5 hari. lepas tu baru dipecahkan kulitnya, isi didalamnya sememangnya hitam, jadi inilah punca warna rendang menjadi kehitaman.....

tc gunakan resepi dibawah ini sebagai percubaan pertama memasaka rendang buah kluak ni.

bahan2nya - A
1 kg daging
2 biji kelapa
3 sudu makan kerisik

rempah penumis - B

digoreng dan dikisar - C :
20 tangkai cili kering
4 batang serai
1.1/2" halia
6 ulas bawang puteh
2 labu bawang merah
2 biji buah keras

3 biji isi buah kluak (dikisar bersama bahan2 yang digoreng diatas)

digoreng dan ditumbuk kasar - D :
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan halus

bahan E:
2 helaI daun kunyit - disiat2
4 helai daun limau purut


didalam kuali:
masukkan daging
masukkan santan
masukkan bahan yang dikisar (bahan C)
masukkan rempah penumis
masukkan ketumbar, jintan yang dah digoreng dan ditumbuk kasar (bahan D)
masukkan daun limau puurut
didihkan dengan api yang sederhana
bila kuah agak pekat masukkan kerisik,daun kunyit
tambahkan garam dan gula secukupnya
masak sehingga kuahnya kering


nota:
tc masukkan kesemuanya kedalam pressure cooker,apabila wiselnya berbunyi tc biarkan 15 minit kemudian tc tutp api dapur
menggunakan pressure cooker...kuahnya hanya separas atau tinggi sedikit daripada daging
kemudian tc salin kedalam kuali dan masak sehingga kering...jimat masa, jimat gas dan yang pasti daging yang dimasak empuk dan lembut

Followers