Thursday, April 19, 2012

karipap inti mee hoon


mungkin ramai yang pelik membaca enty kali ini, karipap inti mee hoon, biar betul tokchik ni...
bukan melawak atau nak buat ujikaji tetapi sekadar mengembalikan nostalgia silam. Dikampung dulu ada seorang peniaga kecil2an yang menjual kueh2 mueh, nasi lemak sebagai menu sarapan pagi jualannya, yang tc tak boleh lupa sehingga kini adalah karipap inti mee hoon yang dibuatnya.
terlanjur membuat karipap dan kebetulan ada baki mee hoon dimeja maka tc ambil sedikit dan dijadikan inti karipap...jadi le buat supaya tak kempunan...
kalau ditanya, tc pasti kata...sedapppppppp

Wednesday, April 18, 2012

kaswi keledek


bahan A (dimasak dan disejukkan):
350 gram gula
800ml air
4 helai daun pandan

bahan B (direbus dan dilenyek) :
200 gram keledek

bahan C :
210gram tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
pewarna kuning /oren

bahan D:
50 gram kelapa parut
garam secukupnya

cara penyediaannya:
panaskan kukusan terlebih dahulu
satukan tepung gandum, tepung ubi, pewarna serta keledek yang dilenyek, gaul rata
masukkan sedikit demi sedikit air gula, gaul rata
tapis adunan
kukus selama 1 jam
biarkan kueh betul2 sejuk sebelum dipotong
gaulkan dengn kelapa parut semasa menghidang

Sunday, April 15, 2012

urap tauge pucuk paku kacang botor


bahan2
50 sen tauge - celur sekejap (celup sekali lalu aja dalam air panas) toskan
1 ikat pucuk paku - dicelur
7 batang kacang botor/botol/kelisa - dihiris nipis

kisarkan :
3 biji lada merah (nak pedas, boleh tambah cili padi)
belacan sebesar syiling 50 sen (tc goreng dulu, kalau nak bakar pun boleh)
100 gram kelapa parut (nak lebih pun boleh
garam dan gula secukupnya

kisarkan cili, belacan, garam dan sedikit gula sehingga lumat (guna blander keriang /ditumbuk)
kemudian masukkan kelapa parut, kirsa /tumbuk sekejap

didalam bekas , masukkan tauge, kacang botor dan pucuk paku, masukkan bahan kisar, gaul rata

nota :
kalau nak tambah hirisan bawang merah juga boleh

Friday, April 6, 2012

kueh dadar


terpandang lebihan inti kelapa didalam peti sejuk, jadi pagi ni tc merajinkan diri membuat kueh dadar untuk sarapan. sebahagian adunan tc letakkan pes oren manakala sebahagiannya lagi tc biarkan kosong.

bahan2nya:
1-1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
545ml air/ 2-1/3 cawan air
2 sudu makan minyak
garam secukupnya (nak senang bancuh terus didalam air dan rasa kemasinannya)
perisa/pewarna yang disukai

cara tc cukup mudah, tc masukkan kesemua bahan diatas kecuali perisa/pewarna kedalam pengisar dan tc kisar sehingga sebati

tc gunakan kuali tak melekat untuk memasak adunan kueh dadar ni.

Thursday, April 5, 2012

talam kacang merah


resepi ni tc terpandang di yatiememories.blogspot.com
dah lama disimpan, baru semalam dapat mencubanya.
ikhlas cakap ....sememangnya sedap kueh talam ni, terima kasih buat yatie dan tc minta izin nak catatkan disini pula

lapisan bawah:
1.1/2 cawan kacang merah yang telah direbus empuk
1 cawan air
1.1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan cair
2 sudu besar tepung hong kue / tepung jagung
1 cawan gula
sedikit garam
pewarna merah

panaskan kukusan

kisar kacang merah dan 1 cawan air sehingga hancur, ditapis
campurkan dengan bahan2 yang lain sehingga sebati dan dimasak sehingga naik wap
tuang kedalam loyang dan kukus selama 25 minit (tc lapiskan loyang dengan plastik supaya senang nak mengeluarkan kueh)

lapisan atas

1.1/2 cawan tepung gandum (tc keluarkan 3 sudu dan digantikan dengan tepung beras)
1 cawan gula
2 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air (kisar dengan 3 helai daun pandan dan ditapis. tc guna pes pandan)
secubit garam
pewarna hijau
esen vanilla (tc letak )

bancuh kesemua bahan diatas sehingga sebati dan ditapis(santan jangan dikisar untuk mengelakkan kueh/lapisan atas menjadi berminyak apabila dikukus)
masak sehingga naik wap
cakarkan lapisan bawah dan tuang bancuhan utuk lapisan atas dan kukus selama 25 minit lagi.

sejukkan baru dipotong

Friday, March 30, 2012

burger pemanggang ajaib

cukup mudah dan senang menyediakannya
letakkan pemanggang ajaib diatas dapur, hidupkan api (kecil sahaja)
ambik daging burger letakkan diatas pemanggang, tutup pemanggang dan penggang selama 3 minit setiap bahagian.

tc racik kobis, campurkan dgn mayonis, hiriskan tomato, letakan kobis hiris diatas roti gardenia, picitkan sos, letakkan daging burger yang dimasak tadi.. tambahkan sos dan letakkan hirisan tomato sebelum diletakkan sekeping lagi roti gardenia dibahagian atas...dah pun siap burger segera tc

Thursday, March 29, 2012

cantonese sponge cake


resepi : amy beh (the star 20/3/2012)

bahan A
245 gram gula perang
5 biji telur
1 sudu teh essen vanilla
150 gram mentega - dicairkan
180ml susu segar

bahan B (diayak sebati)
120gram tepung protin tinggi
90 gram tepung paling halus
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar double action baking powder
1/2 sudu teh bikarbonat of soda


1. panaskan kukus terlebih dahulu
2. putar telur, gula perang dan essen vanilla sehingga kembang
3. masukan bahan B kedalan adunan telur/gula yang telah kembang tadi, gaul sebati
4. masukan mentega yang dicairkan dan susu secara berselang seli, bancuh sebati
5. gunakan loyang 22cm untuk mengukus
6. kukus selama40- 45 minit

Followers