Saturday, June 16, 2012

"iklan terbaik"

ini merupakan iklan "terbaik" yang pernah tc lihat
entah dimana agaknya "kecerdikan" minda diletakkan
terasa murah sangat iklan ni
yang buatkan tc tak tertahan melihatnya adalah gbr model perempuan tu ...terjelir2 lidahnya...
lepas tu ayat.....ketat...rapat...kemut...bergetah


Tuesday, June 12, 2012

rewang dimajlis kenduri sikembar

di majlis kenduri ni tc menjenguk juga ketempat orang memasak, sebab pada tc nasi beriani yang dimasaknya amat sedap, kerana minat untuk belajar ada, keinginan nak mengetahui tu kuat....kenalah rajin mengutip tips dan kena rajin bertnya kalau nak dapatkan infonya
disini nasinya dikukus, sukatan beras dan nasi adalah 1:1
beras dibasuh dan ditoskn
tukang masak akan menyediakan "sup" untuk memasak nasi tu...didalamnya ada mengandungi air rebusan tulang serta rempah ratus yang lain
beras dituang keatas dulang kemudian air supnya akan dituangkan dan nasi akan dikukus sehingga masak, setelah nasi masak barulah diletakkan sedikit pewarana kuning keatas nasi yang masih panas dan digaul sebati.
menggunakan kaedah ini nasinya menjadi berderai dan tiada kerak terhasil.





yang penting memang sedap nasinya




tc bertanya...."mengapa tong gas tu direndam didalam air"
penjelasan daripada ketua tukang masak " supaya gas tak beku"
yang ni tc tak berapa nak faham......









majlis pernikahan dan persandingan sikembar

majlis pernikahan dan persandingan anak buah tc yang kembar telah berlangsung dengan selamat di felcra sungai ara kota tinggi johor.
selamat pengantin baru buat nurshamira mohd zaibi dan pasangannnya noorhishamsuri  serta nurshafinaz dan khairool.
norshafinaz dan nurshamira merupakan pasangan kembar,
majlis pernikahan nurshamira dan sham dilangsungkan pada hari jumaat (malam selepas isya) 08/06/2012 manakala majlis pernikahan nurshafinaz dan khairool pula dijalankan pada hari ahad (jam 10.30pagi) 10/06/2012.
pada hari yang sama (10/06/2012) majlis kenduri meraikan sikembar dan pasangan diadakan. tahniah buat hj mohd zaibi dan hajjah nani kerana  menerima kehadiran ahli keluarga baru.






buat kedua anak saudara kembar dan pasangannya......tc harapa dapat menempuh gelombang kehidupan berkeluarga dan berjaya mengharungi setiapa onak duri kehidupan dengan kasih sayang serta timbang rasa dan persefahaman.......semuga kehidupan berumahtangga kalian diberkati sehingga keakhir hayat

pulut kuning pengantin

memenuhi permintaan kakak ipar tc sempena majlis pernikahan dan persandingan anak kembar beliau.
tc menyediakan pulut kuning dan rendang palembang sebagai pencicahnya

ini gambar pulut kuning yang dah siap dihias


pencicahnya...rendang palembang



 anak buah tc sebagai pembantu untuk menghiasnya

semasa ni...jiran2 kak ipar tc yang turut  sama rewang jadi pemerhati dan bertnyakan beberapa soalan kepda tc...dah macam berada di klas masakan le pulak rasanya...hehehehehee

alhamdulillah....rasa seronok juga sebab dapat memenuhi hajat kakak ipar tc ni

bersawang

semakin lama semakin malas lak nak berblog
pulak tu nak memahamkan diri dengan format baru ni....
dah bersawang dah blog tc ni
hahahahahah

Wednesday, June 6, 2012

kueh bongko pisang

tc terpandang kueh ni di wall facebook kawan tc.
bila ditanya " apa kenamanya kueh tu"
" bongko pisang" tu jawaban yang diberikan
tc bertanyakan dengan en google ..."resepi bongko pisang"
maka berderetlah keluar resepinya tetapi semuanya resepi "bongko pisang resepi indonesia"
diperhalusi, resepi bongko pisang resepoi indonesia lebih menjurus kepada resepi nagasari dinegara kita

resepi bongko pisang jemi yong peng adalah begini:
1 kilo tepung gandum
2 sisir pisang kapas (dipotong anggaran 6mm ketebalannya - gunakan pisang yang ranum)
3 buku gula melaka - diracik dan dimasak /dicairkan
1 biji kelapa diambil santannya
secubit garam

campurkan kesemuanya, gaul sebati - adunan kelihatan seperti hendak membuat jemput2
masak sekejap sehingga kelihatan likat
bungkus seperti membungkus botok2
kukus selama 25 minit

resepi tc
4 biji pisang montel - yang ranum- diracik
2 cawan tepung
1 ketul gula melaka yang dicairkan + gula pasir (200ml)
santan pekat 250ml
air 250ml
secubit garam

senang cakap...santan + gula yang dicairkan + air = 750ml

satukan kesemua bahan, dah masak sekejap sehingga naik wap/ nampak likat
ambil daun pisang yangd ah dilayur, sendukkan adunan, dan bungkuslah seperti membungkus tapai ubi atau botok2, tc staplerkan aja supaya tak terbuka

kukus selama 25 minit

Monday, June 4, 2012



sesekali bila berjalan jauh, untk memastikan pakain yang dibawa tak berkedut, selalunya tc akan gulungkan pakaian tu sebelum disusun didalam beg
apabila sampai kedestinasi yang dituju pakaian yang dibawa masih kelihatan elok, kalau ada pun hnya sedikit2 kedutan yang terlihat

Followers