sebelum ni hnya membaca rungutan rakan blogger yang lain tentang hasil kerja mereka yang diciplak. kali ni terkena diri sendiri..pemilik akaun facebook resepi bonda telak mengguna pakai gambar daripada blog tokchik...kemudian postkan diwall facebook beliau...
gambar masakan tokchik...masak lemak pucuk meranti dengan keledek yang dipostkan pada tarik 05-09-2010 (masa tu tc tak letaka watermark lagi kat gambar2 diblog tc)
menggunakan gambar yang serupam admin resepi bonda letakkan resepi pucuk manis masak lemak dengan labu..
sebelum ni tc pernh menghubungi admin resepi bonda kerana beliau menciplak gambar dan resepi daripada blog mat gebu...dapur tanpa sempadan...sbb dalam resepi tu ada yang beliau terlupa nak buat nama "mat"
kebetulan tc dah pernah melihat posting berkenaan diblok cik mat gebu
tc dah menghubungi admin resepi bonda minta dikeluarkan gambar berkenaan, nampak gayanya tiada respond daripada beliau.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485192114872055&set=a.276767502381185.69421.276050199119582&type=1&theater¬if_t=photo_reply
Thursday, February 14, 2013
Tuesday, January 15, 2013
persandingn mohd hidayat dan ain
pada tanggal 13-1-2013 anak buah tc mohd hidayat abd rahman (pangkat anak saudara sebab bapa beliau adalah sepupu tc) melangsungkan pernikahan dengan pasangan nurulain midin di masjid damansara damai.
majlis resepsinya berlangsung di dewan komuniti TTDI jalan Athinahappan di Taman Tun Dr. Ismail.
satu bus pak ueth bawa rombongan daripada kluang untuk turut sama meraikan majlis persandingan dayat aka along pada hari tersebut.
seperti biasa, tc pun menyibuk juga seketika..
tc dan imran,...bushhhhhh...bussshhhhh ...bila dia nampak bus
uda mamat sedang menyalin url blog tc daripada herman, semasa ni lah boleh berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak bersua muka
selepas berkhatan, semakin naik badan sincan
pengantin datang...pengantin datang
ain " amacam..ramping tak aku??"
bapa penganting yang tukang payung kan , semangat gitu
kompang man...kompang mana....pukul le cepat kompangnya dah melengas ni berdiri dibawah terik matahari
sama cantik sama sepadan hidayat dan ain
masa untuk makan, pujian ikhlas, nasi dan lauk pauk yang dihidangkan sememangnya sedap terutamanya ayam masak merah, sambalnya cukup ummmppphhhhhh..
akhir kata selamat pengantin baru buat mohd hidayat dan nurul ain. semuga jodoh kalian berkekalan hingga kehujung usia. semuga diberikan kebahagian dalam hidup berkeluarga.

Wednesday, January 9, 2013
sambal biji cempedak
sambal biji cempedak
sekarang ni cempedak tgh banyak. semalam tc beli sebiji. bila dibuka...padat isinya...berwarna oren, manis dan harum.
tc goreng untuk dijadikan juadah minum petang. sambil menikmati cempedak goreng, tetiba ingatan mengimbau kezaman kecil dahulu.
kalau kami makan nangka atau cempedak, arwah bonda selalu pesan suruh kumpulkan bijinya.
nanti kakak tc akan rebus biji nangka/cempedak. Dicampurnya garam sebagai perisa.
sedap biji nangka/cempedak ni...lemak2 gitu rasanya.
bonda /kakak tc akan belah biji cempedak ni.
lepas tu bonda akan buatkan sambal tumis, bonda masukkan ikan bilis tamban yang dah dibelah 4.
bonda akan masukan pati santan.
bonda akan masukkan hirisan daun kunyit.
kemudian bonda akan masukkan biji nangka/cempedak yang dah dihiris tadi (semestinya dah siap direbus)
bonda akan goreng ikan masin dan rebus pucuk ubi.
ya allah...tak terkata sedapnya.......
jauh melamun ....
biji cempedak yg ada tc kumpulkan dan rebus empuk
kemudian tc belahkan 4
tc buatlah sambal tumis macam biasa. bila sambal dah jadi....atau dalam erti kata lain dah siap, tc masukkan biji cempedak ni dan tc renihkan beberapa minit
Monday, December 17, 2012
tempoyak goreng
bahan2 yang diperlukan :
3 sudu tempoyak
cili padi - anggaran 15 biji
bawang besar - dihiris
segenggam ikan bilis
cara pertama :
hiriskan lada dan bawang
cara kedua:
tumbuk lada, bawang dan ikan bilis
penyediaannya :
panaskan minyak
tumis bahan yang dihiris/ditumbuk sehingga layu / garing
masukkan tempoyak, gaul rata
tambahkan sedikit air, garam dan gula secukupnya
renihkan dengan api kecil, masak sehingga tempayak berwarna keperangan

jagung pemanggang ajaib menang glassware
jagung yang dibeli dah hampir seminggu betapa dalam peti sejuk. malam tu teringin nak makan, tetapi hnya tc seorang aja yang nak mengunyahnya,"takkan nak merebus setongkol jangung ja?" dalam hati berkata.
terpndang ada aluminium foil didapur, tc ambil jangung, buka kulitnya, tc sapukan garam halus kemudian bungkus balik dengan kulitnya dan terakhir tc balutkan dengan aluminium foil.
menggunakan "pemangang ajaib menang glassware" tc panggang jagung tu , setelah siap dan dibuka pembalutnya dan dibuang kulitnya, jagung tu kelihatan seperti disteam dan rasanya memang sedap.
satu lagi cara adalah dengan menggunakan microwave. masukkan aja jagung tu dalam microwave (jangan dibuang kulitnya)
untuk microwave tc, masanya tc setkan selama 5 minit,
Wednesday, December 5, 2012
kek sarang semut kukus aka kek gula hangus
jika sebelum ni tc dah buat kek sarang semut aka kek gula hangus versi bakar, kali nie menngunakan resepi yang sama tc cuba kukuskan pula....prosesnya sama, bancuh, perap kemudian dikukus
tetapi pada tc..kalau nak kan "semut membuat sarang" resepinya sememangnya kena di bakar
untuk dikukus pula pada pengamatan tc ianya tak perlu diperap...dah bancuh, rehatkan sekejap dan terus kukus, hasilnya akan lebih gebu
yang tc kukus ni selepas diperap 2 jam bawahnya kenyal/padat..atasnya gebu seperti span...
tetapi rasanya maintain sedap

nasi goreng pes tomyam
tc menggunakan pes tom yam dalam botol tu
tc hiriskan :
bawang merah
bawang puteh
daging
siat2kan 3 helai daun limau purut
kemudian tc panaskan minyak...goreng bawang hingga layu, kemudian tc masukkn daging, tc goreng dalam 3 minit, tc masukkn pes tomyan, masukkan nasi, tambah garam dan gaul rata, goreng dengan api besar selama 3 minit,
kemudian tc masukkan daun limau purut, goreng lagi dalamn 2 minit sambil rasa garamnya. kalau kemasinannya dah cukup, matikan api.
ambil pinggan dan hidangkan

Subscribe to:
Posts (Atom)