Monday, March 11, 2013

jalan-jalan kebali

bali....
selama ni tc teruja sangat nk kesana, apatah lagi bila mendengar dan membaca tentang "keindahan" bali.
tc kesana selama 5 hari.
menginap di hard rock hotel.



menerusi iklan/info pelancungan yang banyak diletakkan disekitar lapangan terbang, kami semua sepakat nak mengambil "freelance tour guide" yang dicadangkan oleh rakan sekerja yang pernah kesana sebelum ini.

dikerumuni oleh peniaga yang menawarkan jualan adalah kebiasan.....
lunak suara menggoda nak melariskan jualan
"pak ...beli satu pak...bikin pelaris pak"
"pak......kesian pak...dari tadi ga laku jualanannya"
"pak......kesian dong pak...mau cari biaya sekolah pak"


kalau dilayan memang tak akan ada kesudahan.....paling mudah...
"ga mau deh....ga kerasan"
dirayu bagaimana pun buat tak dengar.  itukan adat orang berniaga

the mother og temple bali
adat disini...sesiapa yang nak menginjaki kaki kelaman pura harus berkain batik / menutup aurat.



 kebetulan sewaktu neuruni tangga pura terserempak dengan satu rombongan yang datang untuk upacara keagamaan.

 permandangan yang diambil daripada atas pura
Add caption



i
 pura tanpak siring /tapak siring.... disini mereka mandi "menyucikan diri"

 dah macam dalam cerita bawang puteh bawang merah...masa beri makan ikan....
sambil nyanyi lagu "perigi biru"
berduyun2 ikan timbul...hahahahaha
 dibawah ini kawasan penanaman padi bertingkat...ditegal lalang

dibawah ni di pura angun...tapak warisan dunia
 

menyusuri kawasan desa di bali, meninjau keadan hidup dan budaya mereka











tanah lot...antara tempat yang wajib dikunjungi...sewaktu kami tiba air laut pasang besar.



Saturday, February 23, 2013

penebusan mata ganjaran kad kredit

tc dimaklumkan oleh pihak bank bahawa mata ganjaran kad kredit yang dikumpul pada / sebelum tahun 2010 akan luput selepas march 2013.
kebetulan katelog tahunan untuk mata ganjaran baru sahaja dihantar...belek punya belek tc berkenan lak dengan Console oven PRO-910 (jenama pensonic)



isi borang untuk penebusan, fax kan kepada pihak bank, hari ke 4, tc dah pun terima barang nya yang dihantar ketempat kerja.

alhamdulillah....gumbiranya hati dapat ini barang ....hehehehehe


boss kata... lepas ni saya boleh makan ayam panggang lah ya
heheheheheeh

 

Thursday, February 21, 2013

kek cokelat kukus lembab

moist chocolate cake / kek cokelat kukus lembab
sumber resepi k.nor@secubitgaram

dah lama simpan resepi ni, baru kelmarin mencubanya.  memang terbaik rasa dan teksturnya tambahan pula selepas 24 jam dan disejukkan.


bahan2nya:
250gram butter
1-1/2 cawan gula (tc kisarkan dulu gula)
(resepi asal...1 cawan gula castor, 1 cawan gula perang)

4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
1-1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko (resepi asal 3/4 cawan.)

caranya:
panaskan kukusan.
griskan loyang
ayak tepung dan serbuk koko
putar butter dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla.......putar lagi
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang/gebu
masukan tepung berselang seli dengan susu suam,  kaup balik sehingga sebati
 tuang kedalam loyang dan kukus sehingga masak (45 -60 minit)
sejukkan kek sebelum dituang topping

tc masukkn dalam bekas plastik dan kukus selama 20 minit 
masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang digunakan


untuk ganache
150gram cokelat masakn- diracik halus
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar / air panas
1 sudu besar butter

campurkan kesemua bahan diatas kecuali butter
menggunakan teknik double boil.....panaskan sehingga cokelat mencair sepenuhnya
masukkan butter dan gaul sebati
tuangkan diatas kek yang telah sejuk

Thursday, February 14, 2013

hamnpeh punya orang -

sebelum ni hnya membaca rungutan rakan blogger yang lain tentang hasil kerja mereka yang diciplak.  kali ni terkena diri sendiri..pemilik akaun facebook resepi bonda telak mengguna pakai gambar daripada blog tokchik...kemudian postkan diwall facebook beliau...

gambar masakan tokchik...masak lemak pucuk meranti dengan keledek yang dipostkan pada tarik 05-09-2010 (masa tu tc tak letaka watermark lagi kat gambar2 diblog tc)

menggunakan gambar yang serupam admin resepi bonda letakkan resepi pucuk manis masak lemak dengan labu..
sebelum ni tc pernh menghubungi admin resepi bonda kerana beliau menciplak gambar dan resepi daripada blog mat gebu...dapur tanpa sempadan...sbb dalam resepi tu ada yang beliau terlupa nak buat nama "mat"
kebetulan tc dah pernah melihat posting berkenaan diblok cik mat gebu


tc dah menghubungi admin resepi bonda minta dikeluarkan gambar berkenaan, nampak gayanya tiada respond daripada beliau.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485192114872055&set=a.276767502381185.69421.276050199119582&type=1&theater&notif_t=photo_reply


Tuesday, January 15, 2013

persandingn mohd hidayat dan ain

pada tanggal 13-1-2013 anak buah tc mohd hidayat abd rahman (pangkat anak saudara sebab bapa beliau adalah sepupu tc) melangsungkan pernikahan dengan pasangan nurulain midin di masjid damansara damai.









majlis resepsinya berlangsung di dewan komuniti TTDI jalan Athinahappan di Taman Tun Dr. Ismail.
satu bus pak ueth bawa rombongan daripada kluang untuk turut sama meraikan majlis persandingan dayat aka along pada hari tersebut.
seperti biasa, tc pun menyibuk juga seketika..








 tc dan imran,...bushhhhhh...bussshhhhh ...bila dia nampak bus

 uda mamat sedang menyalin url blog tc daripada herman, semasa ni lah boleh berjumpa dengan saudara mara yang dah lama tak bersua muka
 selepas berkhatan, semakin naik badan sincan
 pengantin datang...pengantin datang
 ain " amacam..ramping tak aku??"
 bapa penganting yang tukang payung kan , semangat gitu
 kompang man...kompang mana....pukul le cepat kompangnya dah melengas ni berdiri dibawah terik matahari
 sama cantik sama sepadan  hidayat dan ain
 masa untuk makan, pujian ikhlas, nasi dan lauk pauk yang dihidangkan sememangnya sedap terutamanya ayam masak merah, sambalnya cukup ummmppphhhhhh..

akhir kata selamat pengantin baru buat mohd hidayat dan nurul ain. semuga jodoh kalian berkekalan hingga kehujung usia.  semuga diberikan kebahagian dalam hidup berkeluarga.

Wednesday, January 9, 2013

sambal biji cempedak


 sambal biji cempedak


sekarang ni cempedak tgh banyak. semalam tc beli sebiji.  bila dibuka...padat isinya...berwarna oren, manis dan harum.


tc goreng untuk dijadikan juadah minum petang. sambil menikmati cempedak goreng, tetiba ingatan mengimbau kezaman kecil dahulu.
kalau kami makan nangka atau cempedak, arwah bonda selalu pesan suruh kumpulkan bijinya.
nanti kakak tc akan rebus biji nangka/cempedak.  Dicampurnya garam sebagai perisa.


sedap biji nangka/cempedak ni...lemak2 gitu rasanya.
 bonda /kakak tc akan belah biji cempedak ni.
lepas tu bonda akan buatkan sambal tumis, bonda masukkan ikan bilis tamban yang dah dibelah 4.
bonda  akan masukan pati  santan.
bonda akan masukkan hirisan daun kunyit.
kemudian bonda akan masukkan biji nangka/cempedak yang dah dihiris tadi (semestinya dah siap direbus)
bonda akan goreng ikan masin dan rebus pucuk ubi.
ya allah...tak terkata sedapnya.......
jauh melamun ....
biji cempedak yg ada tc kumpulkan dan  rebus empuk
kemudian tc belahkan 4
tc buatlah sambal tumis macam biasa. bila sambal dah jadi....atau dalam erti kata lain dah siap, tc masukkan biji cempedak ni dan tc renihkan beberapa minit




Monday, December 17, 2012

tempoyak goreng

bahan2 yang diperlukan :
3 sudu tempoyak
cili padi - anggaran 15 biji
bawang besar - dihiris
segenggam ikan bilis

cara pertama :
hiriskan lada dan bawang

cara kedua:
tumbuk lada, bawang dan ikan bilis

penyediaannya :
panaskan minyak
tumis bahan yang dihiris/ditumbuk sehingga layu / garing
masukkan tempoyak, gaul rata
tambahkan sedikit air, garam dan gula secukupnya
renihkan dengan api kecil, masak sehingga tempayak berwarna keperangan

Followers