Tuesday, January 27, 2009

kenduri oh kenduri










tujuan utama tokchik pulang kerumah kakak di kluang kerana tokchik dah berniat nak buat kenduri arwah untuk kedua orang tua tokchik, abang dan kakak tokchik yang dah meninggal dunia.

kakak tokchik ni dok felda, tapi jangan le tanya tokchik kat felda mana, macam kata tok ti..... biarlah rahsia.....hahahaha

apa yang seronoknya disini, semangat gotong royong sesama jiran masih kuat, masih utuh......pagi2 jiran-jiran kakak dah sampai.

pagi2 lepas balik dari pasar, tokchik dan abang ipar dah mula "bertugas".... kena potong ayam.... tok chik tenyeh aja le, buat part yang mudah2, bukan tokchik malas, nanti ayam tu bukan nya terpotong dgn elok, jadi hancur lak. .

yang seronok masa ni, terasa sangat keakraban sesama jiran, bersenda gurau, gelak tertawa.... tak terasa beban kerja yang dibuat

CUTI PANJANG




dah lama tochik tak menjenguk dan mengemas kini blog tokchik ni, bukan pasal tokchik terlalu sibuk tetapi tokchik tak tau apa yang nak dicoretkan....hahahahhahahahah

syarikat tempat tokchik keja memberikan cuti yang panjang kepada semua pekerjanya sempena cuti tahun baru cina yang jatuh pada 26hb, tokchik mula bercuti pada 24h jan - sehingga 1hb feb...

tetapi cuti panjang kali ni tak le membosankan, tokchik akan
pulang ke johor ada majlis keluarga, anak saudara perempuan tokchik di pinang orang...dah besar anak sedara tokchik rupa nya

kemudahan dihentian rehat lebuhraya yang dikendalikan oleh pihak PLUS amat memuaskan hati, tokchik berhenti rehat dihentian rehat AIR KEROH yang menghala ke selatan. dok pekena kopi o (besttttttttttttt), anakj sedara tokchik dengan menu kegemarannya telur separuh masak

Monday, October 27, 2008

kisah jamu

selesai dispa ikan, tok chik merayau lagi, menyinggah le ke MYDIN, dalam melilau mencari barang yang hendak dibeli, tokchik terdengar perbualan diantara si ibu dan 2 orang anak lelakinya, kalau tak salah tokchik budak tu 1 orang berumur sekitar 14 tahun dan adik nya lebih kurang 11 tahun.

"mak, ngapa tulis jamu serapat, apa yang nak di kasi rapat" tanya sianak yang berumur 14 tahun.
" mana bang, mana dia tulis jamu rapat, adik nak tengok bang" tingkah siadik.
tokchik dok pasang telinga, "macam best aja perbualan nie"
si ibu buat tak peduli, sianak mungkin kerana tak berpuas hati sebab soalannya tak berjawab, mengulangi semula pertanyaan tadi.
mungkin kerana tak tau bagaimana nak menjelaskan kepada sianak kegunaan jamu tersebut si ibu memberikan jawaban "sibuk betul budak nie, dah letak balik"
terkebil-kebil sianak bila diherdik. si ibu pulak menjadi serba salah sebab tokchik dah mula tersenyum sumbing.
apa yang tokchik lakukan, " dik, ni ubat untuk orang perempuan, bagi mereka yang dah berkahwin, ubat untuk bahagian dalaman wanita, tak pa ......esok2 bila kamu dah besar kamu akan faham"

pada pendapat tokchik, sebagai ibubapa, kita tak perlu malu/segan untuk menjelaskan sesuatu pekara yang ada kaitan dengan "alam dewasa" sebab penerangan yang jelas dapat membantu anak2 memahami jadi mereka tidak akan membuat andaian sendiri.

spa ikan




27/10/2008 cuti umum perayaan depavali, tokchik ambik kesempatan berjalan2, tampa tujuan yang khusus, sekadar nak menghilangkan kebosanan, jalan punya jalan tokchik singgah le kat sebuah pasaraya, terpandang le perkataan "SPA IKAN"
"biasa dengar dan biasa terbaca disuratkhabar" hati tokchik berbisik............"aku nak mencuba nya" tokchik ambik keputusan
" ya ......encik mau cuba ka" tanya pekerja disitu, "ada plomosi sekalang, rm 10 untuk 20 minit" tanpa ditanya budak cina tu menjelaskan, "banyak bagut, dia kasi ilang itu kaki"
" haaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!! ilang itu kaki ka??????? wa puyau ma" tokchik buat2 terkejut. sedangkan tokchik dah faham apa yang ingin disampaikan
"mukan, dia kasi ilang itu mati punya kulit, kasi cuci lu punya kaki, manyak bagut" tersipu2 amoi tu bila kena usik dengan tokchik.
" ok lah, wa telai lah, sebab lu kata bagut wa telai lah, lu pun leng loi, wa swi ma"
amoi tu tengok tokchik " lu cina tau cakap lo"
tokchik jawab " ishkkkkkkkk........mesti tau ......lu dengar wa cakap cina ya"
amoi tu tengok muka tokchik yang handsome ni lagi
" cina.....cina ....cina"tokchik menyebut berulang kali " lu ada dengar kan wa cakap cina, tak ada salah kan wa sebut" tokchik gelak kuat2 lepas tu
amoi tu tarik muka masam, agaknya dalam hati dia menyumpah, "gila punya orang tua"

berbalik kepada kisah spa ikan tadi. bila kaki kita dimasukkan kedalam bekas berisi ikan2 kecil tu, kaki kita akan mula diserbu oleh ikan2 tu, terasa gigitan halus dikaki kita, perasan geli yang teramat sangat melingkari tokchik, mengeliat2 tokchik menahan kegelian. berkerumun ikan2 kecil tu disekeliling kaki tokchik, lama kelamaan terasa asyik pula .............. 20 minit masa berlalu, bila tokchik keluarkan kaki dari bekas berisi ikan2 tersebut, terasa lega sangat kat kaki tokchik, maklumlah daki2 yang ada dah dimakan dek ikan2 kecil tu,

Saturday, October 25, 2008

lawak cilok 4

one wish!!


Two Arabs are in a locker room taking a shower after their racquetball game when one notices the other has a huge cork stuck in his butt.

"If you do not mind me saying," said the second, "that cork looks very uncomfortable. Why do you not take it out?"

"I cannot", lamented the first Arab. "It is permanently stuck in my butt."

"I do not understand," said the other.

The first Arab says, "I was walking along the beach and I tripped
over an oil lamp. There was a puff of smoke, and then a huge old
man in an American flag attire with a white beard and top hat came oozing out.

He said, "I am Uncle Sam, the Genie. I can grant you one wish."

I said, "No ..shit."

.............................................

celver....clever.....



Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir)" Kaki"

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus menjawab.
Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?
Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab " Bersalaman"


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.
Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.
Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.
Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.

Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement?
Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand.
Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?
Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe

lawak cilok 3

Muthu and his life



MUTHU & THE INTERVIEWER
Interviewer : What is your birth date?
Muthu : 13th October
Interviewer : Which year?
Muthu : ... EVERY YEAR


MUTHU & HIS MANAGER
Manager asked to Muthu at an interview....
"Can you spell a word that has more than 100 letters in it?"
Muthu replied: P-O-S-T-B-O- X

MUTHU & LONDON TRIP
After returning back from a foreign trip, Muthu asked his wife," Do I look like a foreigner?"
Wife : No! Why?
Muthu : In London, a lady asked me, "Are you a foreigner?".. that's why ...
Wife : SHOCKED!



MUTHU & TOURIST
One tourist fromU.S.A.asked to Muthu whether any great man born in this village or not.. and Muthu said .. "No sir, only babies were born here .. "



MUTHU & HIS EXPERIMENT
Muthu was doing experiment with cockroach. First he cut it's one leg and told WALK. WALK. Cockroach walked.
Thenhe cut it's second leg and told the same. Cockroach walked.
Then cut the third leg and did the same.
At last he cut it's fourth leg and ordered it walk! But cockroach didn't walk.
Suddenly Muthu said loudly, "I found it. If we cut cockroach's four legs, it becomes deaf".
Muthu become a saint!


MUTHU & DRIVER
When Muthu was travelling with his wife in a motorised tricycle, the driver adjusted mirror. Muthu shouted,"You are trying to see my wife? Sit back. I will drive.

MUTHU GOES TO HOTEL
Muthuwent in a hotel. To wash hands he
went to the washbasin. There hestarted
washing the basin. Seeing this, the
manager asked what was hedoing. Muthu
pointed towards the board "WASHBASIN "

MUTHU & INTERVIEWER - FINAL PART
Interviewer : Just imagine your in 20th floor in a building, it caught fire and how will you escape ?
Muthu : It's simple.. I will just stop my imagination ..





Oh .. i forgot . the funniest part ..
On a political rally Muthu was
arrested. Why ????????????
Because, a woman journalist walking
with a badge wrote "PRESS" on her
right chest ... and he did it !


............................................



kisah seorang puteri

Tersebutlah kisah di zaman manusia masih pakai nama jambu, mempelam lagi. Ada la sorang mamat tu namanya Buyong. Kerjanya hanyalah bercucuk tanam.Tapi dia ni suka memancing. Pantang ada masa free, mesti dia pergi mancing punya.

Suatu hari tu ada la pengumuman dari pembesar istana bagitau kalau sesiapa ada jumpa
sehelai rambut yang panjang, kenalah kembalikan ke istana kerana rambut tu milik
Puteri Mayang Mengurai. Sebagai ganjarannya sesiapa yang ada jumpa ngan rambut tu
akan dikawinkan dengan Puteri Mayang Mengurai. Ini kerana semenjak kehilangan rambut
tu Puteri Mayang Mengurai selalu bersedih sehingga tak lalu nak makan.
Apatah lagi nak tidur.

Si Buyong pun mulalah pasang angan-angan yang puteri tu mesti cantik sebab sehelai
rambut aje hilang kecoh ke pelusuk negeri. On the way pergi mancing dia cuba bayangkan muka si Puteri Mayang Mengurai. Tanpa disangka, masa tengah mancing tu terlekatlah sehelai rambut yang panjang kat kaki si Buyong. Dia pun agak-agak ni mesti rambut Puteri Mayang Mengurai. Tanpa berlengah lagi dia bawa rambut tu ke istana.

Bila je berita si Buyong dah jumpa rambut Puteri Mayang Mengurai tu heboh sampai ke istana,baginda raja pun buat pengumuman yang si Buyong akan dikawinkan ngan Puteri Mayang Mengurai. Si Buyong buat permintaan nak tengok Puteri Mayang Mengurai. Dalam hati dia lawa gak puteri tu tapi dia pakai selendang tak dapatlah si Buyong tengok rambut dia yang panjang tu. Tapi sempat kembang hidung Buyung sebab dapat kawin dengan anak raja. Puteri Mayang Mengurai tu pulak bila nampak aje rambut dia yang sehelai tu terus lari.

Maka terlepaslah selendang yang menutup kepalanya. Bukan main terperanjat si Buyong sebab rambut Puteri Mayang Mengurai tu cuma 2 helai je. Yang dia jumpa tu rambut ketiga. Apalagi si Buyong pun jatuh pengsan...

Moral :- Jangan pandang seseorang tu pada rambutnya yang panjang sebab belum
tentu yg berambut panjang tu lebat rambutnya.


...........................................................

Perajurit dan komandannya. ..


Suatu hari seorang perajurit bersama komandannya naik kereta api menuju markas mereka diluar kota. Kerana tidak ada tempat duduk lain yang kosong, maka mereka pun duduk berhadapan seorang wanita muda cantik dengan neneknya.

Setelah beberapa lama, wanita muda dan perajurit itu saling menyukai satu sama lain.
Mereka pun sering jeling menjeling dan berkenyit mata untuk menunjukkan perasaan mereka. Tak berapa lama setelah itu, kereta api pun memasuki sebuah terowong. Keadaan menjadi gelap. Tiba-tiba terdengar suara ciuman yang diikuti oleh bunyi tamparan. Setelah kereta api tersebut keluar dari terowong, keempat orang tadi duduk
dengan tenangnya tanpa berbicara sedikit pun. Mereka sibuk dengan fikiran masing-masing.

Si nenek berfikir dan berkata kepada dirinya sendiri, "Sangat memalukan perajurit muda itu mencium cucuku, tetapi nasib baik cucu aku menamparnya."

Si komandan pula tenggelam dalam lamunannya. "Tak sangka anak buahku ini berani mencium gadis cantik itu, tetapiterbukti gadis cantik itu tak suka padanya. Buktinya dia menampar anak buahku, Tapi sayang, aku yang kena."

Gadis cantik itu pula berkata dalam hatinya, "Gembiranya aku kerana akhirnya perajurit tampan itu berani menciumku,malangnya nenek pulak menamparnya."

Si perajurit muda nampak tersenyum puas dengan muka penuh kegembiraan. Dia berkata kepada dirinya sendiri, "Hidup ini indah, aku bukan saja dapat mencium seorang gadis cantik, tetapi sekaligus menampar komandan sendiri."

He he he!

............................................................



Kisah pemuda miskin.....


Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng... jeng... jeng....

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
"Berat Bersih: 50kg"

........................................................................


Orang Asli vs Polis


nak dijadikan cerita, pada zaman dahulu, adalah seorang orang asli yang tinggal dihulu sungai di sebuah kampung.nak dijadikan kisah, tinggallah seorang polis berjiran dengannya. pada petang yang hening itu, berjalanlah orang asli tersebut...
kekedai untuk membeli kelambu kerana rumahnya adalah sarang nyamuk.sekembalinya dari kedai, dipasangnyalah kelambu itu pada katilnya bagi melindunginya daripada nyamuk.

pada malam itu, datanglah polis tersebut ke rumah orang asli itu untuk berborak-borak. dicari-carinya orang asli itu tetapi tidak berjumpa. Akhirnya keluarlah orang asli tersebut dari bawah katil.terkejut sipolis kerana orang asli tido kat bawah katil sedangkan dikatilnya ada kelambu. bertanyalah sipolis:

polis: awatnya tidoq bawah katil?
orang asli: saja....nak tipu nyamuk


.......................................................................



"Kisah dalam Kelas..

Dalam Kelas...mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat...sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2...

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu
balik rumah nanti...baca ayat 287 surah Al-Baqarah.. .sebab ayat ni ada kena
mengena dengan tajuk baru kita nanti..



MURID2 : Orait ustaz!

Mingu depannya...MAta pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan?saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

RAmai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu
berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah...

MURID2 : Betul ustaz...kami baca..

USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer...mana
ada ayat 287..harini kita akan belajar tajuk baru...dosa- dosa menipu...

MURID2 : alamak...kantoi kita.."


...............................................................



Askar laut....

Seorang tentera laut yang baru saja bertugas beberapa hari di sebuah kapal selam,
telah dipecat dari jawatannya atas tuduhan menenggelamkan kapal selam bersama
tentera laut yang lain... Ketika ditemuramah wartawan, dia mengaku tidak bersalah.

"Waktu kejadian kapal selam itu tenggelam, saya baru habis bertugas,
dan sedang bersiap untuk tidur.",
"lalu apa yang anda lakukan sebelum tidur?" tanya
wartawan.
"Ya seperti kebiasaan di kampung... saya akan buka jendela sebelum tidur....
Abis basah...!! ", jawabnya dengan tenang.

Thursday, October 23, 2008

cheese cake







resepi ni tokchik ambik di internet, dah dicuba pun. memang sedap




bahan A




250 cream chesee


50 gram butter


100 ml susu segar




bahan B


6 biji kuning telur


1 sudu makan jus lemon


1/4 sudu kecil garam


60gram tepung kek / superfine flour


20gram tepung jagung




bahan C


140 gram gula ------------ tokchik kisar guna blender kering


6 biji putih telur


1/4 sudu kecil krim tartar (boleh digantikan dengan 3/4 sudu kecil jus lemon)




cara-cara




menggunakan teknik double boiler cairkan/masak bahan2 A (tokchik guna kan kuali dan periuk biasa aja). bila cheese dah cair keseluruhan, mati kan api dan sejukkan.


bila dah betul2 sejuk, campurkan bahan A dan B sehingga sebati. jangan dipukul dengan "mixer" , gunakan sahaja sudip plastik (sudip yang digunakan untuk mengaul adunan kek)




dalam bekas lain, pukul putih telur bersama krim tatar sehingga gebu (foamy) selepasa itu masukkan gula, pukul lagi sehingga betul2 kembang / bertanduk (soft peak)


tokchik selalunya menggunakan periuk aja untuk memukul putih telur, kerana tindakbalas besi dengan putih telur semasa proses "memukul" telur memberikan hasil yang cantik)




gaulkan putih telur yang sudah kembang kedalam aduan yang dah digaul sebati, tuang kan kedalam loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas minyak




bakar selama 1 jam dengan suhu 160celcius menggunakan waterbath. tok chik buat dengan meletakkkan loyang yang dah berisi dengan bancuhan kek kedala loyang lain yang telah diisi dengan sedikit air












Followers