Monday, March 2, 2009

klang ku yang permai









projek menaik taraf jalan ditengah-tengah pusat bandar klang bermula pada penghujung tahun 2007 dan dijangkakan siap penghujun tahun 2009, TETAPI kalau berdasarkan keadaan semasa, tokchik tak yakin ianya mampu disiapkan mengikut jadual. tiang jejambat pun tak nampak bayang lagi, yang selalu terbayang dibenak fikiran warga klang adalah KESESAKKAN yang mereka terpaksa tempuhi saban hari

bayangkanlah azabnya setiap hari yang ditempuhi, untuk laluan daripada hadapan bangunan Tabung Haji Klang sehingga melepasi jambatan yang merentangi sungai klang dah mengambil masa hampir 30 minit, padahal bukannya jauh mana pun. tak caya!!!!!!!!
tengaok aja gambar2 yang tokchik sertakan.

masa tersangkut dalam jem tu rasa-rasanya kita patut pakat ramai-ramai menyanyikan lagu bangau oh bangau, tapi tok chik dah tukar liriknya

bangau oh bangau
mengapa jalan jem

MACAM MANA JALAN TAK JEM
KONTRAKTOR BUAT KEJA LAMBAT SANGAT

bangau oh bangau
mengapa lambat sangat

MACAM MANA TAK LAMBAT
FULUS LAMBAT MASYUKKKKKKKKKKKKKKKK

tiap2 hari pasti sumpah seranah berbakul dilontarkan kepada kontraktor terbabit dan juga MPK. tetapi kan menyumpah mpk apa yang kita dapat...MPK tu kan majlis perbandaran klang, tapi bagus juga menyumpah mpk, sbb kalau menyumpah orang pasti buat menambah dosa ja,

Sunday, March 1, 2009

sagun bukan shogun



ari tu masa kekedai tokchik ternampak le benda ni,....sagun.........kalau kat kampung tokchik ianya dipanggil mensangun



punya lah lama tokchik tak makan sagun nie, petua makan sagun ni, jangan bercakap, nanti tersembur, nak membuatnya pun bukan susah........ campur kan tepung gandum dan kelapa parut.........masukkan kedalam kuali........dogoreng sampai kelapa dan tepung tak melekat/berderai........angkat dan sejukkan.........bila dah sejuk baru dicampurkan dengan gula.........ready to ngap

Thursday, February 5, 2009

singa menari??????















mejadi kelaziman setiap kali tahun baru akan ada kumpulan penari tarian singa yang akan mengunjungi premis kediaman atau perniagaan, dipercayai ianya membawa tuah kepada mereka

ang pow


tahun baru cina datang lagi
dah tua2 pun tokchik masih lagi dapat angpow
mengikut adat orang cina, adalah sesuatu yang tak manis sekiranya menolak pemberian angpow daripada seseorang, tokchik apa lagi............sapu aja le

jakarta 4 -- pengamen



mungkin disebabkan kekangan kehidupan,kepadatan penduduk juga kesukaran mencari pekerjaan, sebahagian penghuni kota jakarta sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup,

pengamen......... istilah yg digunakan untuk penyanyi jalanan, mereka menanti berhampiran lampu isyarat, bila lampu bertukar merah mereka akan menyanyi sambil memetik gitar atau sebarang alat muzik yang lain, menghampiri setiap kenderaan yang berhenti,kekadang pengamen akan naik kedalam bus, usai menyanyi mereka akan menghulur kan bekas kosong dan meminta sedikit sumbangan, juga pengamen ini dapat ditemui dikawasan tumpuan orang,

jakarta 3- pengangkutan










dijakarta pengangkutan tak jadi masalah, yang murah , yang mahal semua ada
yang popular, ojek, angkut bajaj, beca juga ada

angkut merupakan van kecil yag diubah suai untuk mengangkut penumpang dengan biaya tambang sekitar rp5000 kita boleh sampai ke destinasi yang dituju,

jakarta 2













dijakarta ni dimana2 kita boleh lihat orang berjualan, demi untuk kehidupan
apa jua pekerja yang boleh mendatangkan punca rezeki buat menampung diri mereka lakukan.

bandingkan dengan segelintir penduduk dimalaysia yang lebih suka melongo, lebih suka menghabiskan diri tampa berbuat sesuatu, kehidupan di jakarta benar2 mencabar dan menyulitkan

Followers