Wednesday, June 24, 2009

sipeminta sedekah

kat klang ni ramai betul peminta sedekah warga asing, ada yang dari cina, ada yang dari Thailand, yang sering terjumpa saban waktu ni pelarian dari myanmar......bangsa rohingya.....

anak2 mereka ni sedari kecil dah diajar meminta sedekah, kiranya dah jadi kerjaya sepenuh masa mereka......





bebudak ni tau nya.....pergi dari meja ke meja, hulur2 tangan ke, mangkuk ke ...kekadang tu ada le membawa sekeping kertas fotostat yang entah berapa puluh kali dah difotostat...... sampai kat meja kita, mereka ni main hentak2 kan aja bekas yang dibawa........ kekadang, bebudak ni bertindak kasar bila tak dilayan.

hilang yang kecik2....mak budak pulak menjelma


bila menyedari tokchik merakamkan gambar mereka.........semuanya melarikan diri

bekam lintah

pernah dengar pasal bekam lintah!!!!!....... kali ni tokchik nak cerita pasal bekam lintah. seingat tokchik, masa tokchik budak2 dulu arwah bapa tokchik ada jug berbekam........ tetapi ketika itu peralatan berbekam tu menggunakan tanduk kerbau. tempat yang hendak dibekam kebiasaannya dibahagian kepala akan dicukur terlebih dahulu....bekam cara moden ni tak semestinya dikepala, kebanyakannya dibahagian belakang badan.

tengok aja le gambar2 masa tokchik berbekam........ni pengalaman pertama tokchik berbekam...bekam lintah lagi


selepas divacum, bahagian badan tersebut akan ditusukkan dengan hujung jarum untuk mengeluarkan darah.........lintah akan diletakkan ditempat berkenaan.......masa ni lintah2 tu nampak comel ja, bila diletakkan ditempat yang luka tu pada permulaannya akan terasa gigi2 lintah yang halus tu mengigit, nak memastikan mereka akan melekat kat kulit tokchik


ni masa lintah tu baru menghisap darah tokchik


lintah2 tu dah mulai gemuk, tokchik berdiri pun tak jatuh lintah tu, punya le kuat gripnya



dah kenyang, lintah2 tu akan jatuh sendiri......nampak macam ular sawa .....geli
pula tokchik tengok.


kalau ada yang nak mencuba .boleh lah menghubungi tokey bekam lintah ni ........ameer .........0123172154

Sunday, May 10, 2009

mesin urut

tokchik ke tesco dengan kawan, lepas mengisi perut yang lapar, berjalan2 melihat gerai jualan yang ada kat ruang legar...

" bangggg....mari le cuba ..........mesin urut bang....bagus untuk kesihatan" ramah awek ni mempromosikan produk jualannnya

ni le awek tu......kalau dengar dari slang bercakap...tokchik rasa orang kelantan

" tak beli pun tak pa bang, abg cuba aja........"

tokchik pun duduk le kat kerusi yang disedia kan, awek tu pun menghidupkan suiz mesen penurut kaki tu


ini le rupa mesin penurut kaki tu

tok chik mulai mencuba mesin urut tu.........syok juga....tambahan F.O.C


pakcik ni mencuba juga setelah melihat tokchik dok mencuba mesin urutan tu



urut dik jangan tak urut........tokchik tak kisah.......sebab percuma..........
cik mek molek tu sibuk mempromosikan mesen urutan tu serta produk lain yang di jualnya.

"berapa harga nya dik" bukan nak beli pun saja kesian kat budak pompuan tu, dah berterabur /bersembur air liur menerangkan.... konon2 berminat le.

"tak mahal bang... hari ni kami kasi harga promoasi, harga biasa rm 2899.00, sebab abg berminat saya kasi abg harga promosi....rm 1899.00"

"gulpppppppp........ mahalnya" tokchik berkata didalam hati.
"macam ni lah dik..... abg jalan2 dulu, nak tengok macam mana kesannya, nanti kalau ngam abg datang balik". Tak ada maknanya aku nak datang balik......chau terus le jawabnya........ janji dah rasa ururt free beb......... bijak2...anda semua leh le ikut cara tokchik

Monday, April 20, 2009

klang


hari tu tokchik kena temankan boss ke kedai komputer yang terletak di shaw centerpoint, parking kat aras 5 bangunan tersebut, keluar ja dari kereta boss mata tokchik melilau melihat sekeliling, bergerak menuju ketepi tembok penghadang, memandang kebawah, memerhatikan keadaan dipersekitaran bangunan shaw centerpoint......

ini le punca kesesakkan yang menghantui penduduk klang, kesesakkan yang bermula sejak oktober 2007........ikutkan jadual asal, projek menaikkan taraf ni siap pada penghujung 2009.......tokchik rasa tak mungkin boleh siap, sebab sebatang taing pun belom tegak lagi

pemandang disekitar bangunan shaw centerpoint


yang ni nampak ok lagi

yang ni nampak berserabut

yang ni berserabut nya

Sunday, April 19, 2009

demi sesuap nasi

semasa menunggu bus untuk ketempat kerja, tokchik terpandang kelibat seorang perempuan yang asyik menyelongkar longgokkan sampah, mencari bahan buangan yang boleh dikumpulakn untuk dijual semula untuk dijadikan sumber pendapatan menyara keluarga

berdasarkan pengamatan tokchik, wanita ini bukan warga tempatan, tetapi bukan itu yang tokchik nak war-warkan.......kesungguhan dia mencari rezeki, siapa kata bumi malaysia ni tak makmur...............rajin atau malas sahaja kata kuncinya.


'REZEKI TAK AKAN DATANG DENGAN HANYA MENADAH TANGAN MEMOHON KEPADA TUHAN TANPA USAHA SERTA IKHTIAR" lain le kalau menadah tangan meminta sedekah....

ini le wajah wanita berkenan yang tokchik curi2 ambik gambarnya

birthday DATUK

malaysia ni negara majmuk yang dihuni oleh pelbagai suku kaum, satu hobi tokchik.....suka memerhati, suka bertanya kalau ada yang tokchik rasakan pelik..

baru-baru ini kat tempat keja tokchik, tokchik terperasan yang boss tokchik tapau berbungkus2 nasi lemak, ada kari ayam, gulai kambing, telur rebus, pisang, roko daun le......
"you orang nak buat apa semua ni" tokchik bertanya.
" ini hali aaaaaaa.....latuk punya birthday, mau kasi sembahyang maaaaaaa" itu jawaban yang tokchik dapat.


ni le rupanya datuk yang menyambut birthday tu, tapi jangan silap, bukan yang berbaju kotak2 tu, yang tu cucunya aja (hehehehehe) datung nya tu.....yang didalam...papan sekeping juga setongkol batu yang ada tulisan macam cakar ayam, konon-kononnya tulisan jawi


kalau nak tau, "datuk" yang mereka sembah ni merupakan "datuk" melayu, ada lagi satu datuk yang konon2nya berfungsi sebagai penjaga keselamatan rumah, patung datuk ni lengkap berbaju melayu, bersamping, bersongkok, setiap kali menyembahnya, ada keminyan yang dibakar, ada rokok daun serta tembakau dan sirih, acara menyembah datuk ni sebulan dua kali, setiap 1hb dan 15 hb, semasa hari menyembah datuk mereka tak akan makan daging babi...... mengapa tak boleh makan........"itu datuk marah, lu tak tau ke, itu datuk melayu, tak suka itu empat kaki"


tak tau tokchik bagaimana mula nya ada datuk melayu dalam penyembahan orang cina, juga sepakara lagi yang tokchik difahamkan, bomoh-bomoh mereka ni, kalau menurun, selalunya diresapi oleh roh datuk melayu, panglima melayu, ada juga yang mendakwa almarhum sultan abdul samad juga raja2 selangor dimasa silam menjadi pendamping si tok bomoh tu......

setiap kali sembhyang besar, yang tak tinggal........air sirap

Tuesday, April 7, 2009

malaysia boleh



ni le perangai orang malaysia, semua nak mudah, ada peraturan tak mahu diikuti, bila dah kena saman mula nak membebel. kat tempat ni selalu berlaku kemalangan, itu pun masih ramai yang tak serik-serik dan mengambil ikhtibar, agaknya bila dah tercabut nyawa baru nak menyesal..........masa tu berbaloi ke penyesalannya

Followers