Monday, August 10, 2009

buah tampoi

dalam perjalanan kehutan lipur congkak, ditepi jalan terdapat ramai penjual buah2an, terlanjur sekarang ni musim buah sedang rancak. dimana-mana boleh terlihat longgokkan durian, rambutan, pulasan, cempedak, tetapi yang menarik perhatian tokchik adalah bila tokchik terpandang buah2an yang amat jarang dapat dijumpai.....seperti buah tampoi ni. mungkin ramai yang tak mengenali bagaimana rupanya buah tampoi ni.....terlanjur dah ternampak, tokchik pun rakam le gambarnya, beli lah 2 kilo.......... harga sekilo rm 3 sebab buahnya besar dan cantik, kalau yg saiz kecil dan comot tu rm 2 sekilo, dah jadi lumrah alam.......... yang cantik molek jadi buruan......yang comot tu dok jauh2 ya...........heheheheh


longgokkan buah tampoi yang dalam kategori gred A

buah tampoi............




buah tampoi ni isinya seakan buah rambai,rasanya masam2 manis......

Thursday, August 6, 2009

rezeki ulang tahun kelahiran

bertambah setahun lagi usia tokchik...... pada tarikh 03-08-2009 genap umur tokchik 44tahun. syukur kehadrat Illahi kerana masih memberikan tokchik kesempatan untuk menghirup udara dibumi malaysia yang makmur ini.

selain daripada kiriman sms dan panggilan telefon memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran tokchik, tokchik juga bersyukur dan berterima kasih kepada kawan2 yang baik hati yang telah bersusah payah mengirimkan hadiah. kecik tapak tangan nyiru tokchik tadahkan...tahun depan kirim le lagi




terima kasih .....memang tokchik suka wangian ni

sebotol lagi pewangi........

terima kasih..kotak yang cantik, sayang tali pinggang tu tak cukup panjang untuk mencerut perut tokchik yag bulat nie....hahahahaaaaaaaa.....boleh minta ganti tak?????


yang ni sedang elok aja panjangnya..

senang tokchik nak bawa bekal air kopi panas ketempat keja

sehelai baju.....biru.........warna yang selalu membuatkan tokchik rasa seksi.....SEKSI KE!!!!!!!!!! hahahahahaaaaaaaaa


terasa sayang pulak nak disarungkan dikaki......TETAPI kalau tak disarungkan dikaki takkan nak disarungkan ditangan pulak kan.....kan..kan

Wednesday, August 5, 2009

durian dan buah dabai sarawak

ni durian sarawak, kecik aja .....tapi warna isinya cukup cantik..oren terang, rasanya....jangan tanya sebab tokchik tak menjamahnya, kita tengok ja lah rupanya menerusi gambar yang tokchik rakamkan


yang ini pula buah dabai, warnanya macam nila pekat, mak makan kena rendam dalam air panas suam2 kuku

pasar malam sibu

semasa beratur membeli makanan di kfc, sempatlah juga tokchik beramah mesra dengan petugasnya, bertanyakan beberapa pekara tentang sibu, dapat le tokchik sedikit info yang boleh membantu.........bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan,

tokchik difahamkan pada setiap sabtu dari jam 6 petang sehingga jam 10 malam terdapat pasar malam ditempat letak kereta sebelum sampau ke pasar sibu....." ini peluang baik" hati tokchik berbisik.

berpandukan keterangan petugas kfc tu, jam 6.30 petang tokchik melangkahmenyusuri deretan kedai mencari haluan ke tapak pasar malam..... alhmdulillah...bertemu juga



cukup memikat selera, ikan dan ayam yang dipanggang dengan arang, aromanya sungguh
memikat kalbu.......



peniaga kuih muih tempatan, tersenyum lebar penjual kuih tu bila tokchik kata tokchik akan masukkn gambr dia dan kuih julannya didalam blog tokchik....tentu dalam hati dia bersorak....yea.....yea.yea.....muka aku masuk kan internet........


yang warna cokelat berbentuk bulat tu penjaram nama nya.kalau tak silap tokchik kuih tradisi masyarakat bugis.. yang berbentuk bulat2 kecil dimana warna pembalutnya kuning dan isinya cokelat tu selorot/selorong (maaf kalau salah).... berdasarkan pengamatan tokchik, bahan2nya tepung beras, santan, gula melaka......rasanya seakan kuih kasui, cuma kuih kasui tak ada campuran santan....yang pasti selorot ni sedap bah


close up kuih selorot dan penjaram


nampak cukup menyelerakan, pulut panggang, tokchik beli rm 1, dapat le 3 keping, bila buka untuk makan.........alamak........pulut kosong yang dipanggang, rupanya kalau disibu ni pulut panggang memang begitu kalau disemenanjung pasti adda inti serunding,
lain paddang lain belalang..........lain tempat, lain resam caranya

sibu.... makanannya

hari pertma di sibu tokchik singgah makan di sguar bun, restron makan segera yang terkenal disarawak..... dalam menunya terdapat sejenis hidangan yang menarik perhatian tokchik untuk mencuba........ nampak macam "bak kut teh" sejenis masakan cina yang popular disekitar lembah kelang (daging babi dimasak dengan herba dan kicap) tetapi yang disugar bun ni ayam.

jeng---jeng----jeng.....makanan yang tokchik pesan dah sampai, yang sedihnya jauh bebenar rupanya berbanding dengan gambar dimenu, tokchik terus jasi tak lalu nak makan, tolak tepi .....KFC jadi tempat tokchik mengisi perut (macam le kat semenanjung tak ada kfc). mungkin menu tersebut merupakan menu kegemaran penduduk setempat.

Tuesday, August 4, 2009

pasar besar sibu

pasar besar sibu ni pada tokchik memang unik.......... semuanya adda disini. .... tokchik tak nak berceloteh banyak2........ biarlah gambar2 yang tokchik dah rakamkan bercerita bagi pihak tokchik..... ayoyo.......gambar pun boleh bercerita ka........ada hantu ke.....hehehehehehehehehe

pandangan bahagian hadapan pasar besar sibu

pasar ni memang luas

yang di kanan sekali tu obor2......makanan laut agak murah disini, nyonya tu siap posing baik lagi dengan senyum lebar bila dia tau tokchik snap gambar, mesti dia cakap " wa masuk kemela oooooooo, mau kasi chantek2 woooooo"


pandangan dari atas tangga

kebanyakan peniaga dibahagian ini menjual hasil kampung, pelbagai hasil kampung/sayuran kampung boleh dilihat







kat sini, ayam dan itik yang hendak dijual semuanya dipakaikan "baju".... mnereka jual ayam/itik hidup..... tak adda sembelih2 kat sini, kalau ada pun semuanya disembelih ditempat lain dan dibawa kesini hanya untuk dijual..terhindar dari bau busuk dan kotor......bagusnya konsep ni

Monday, August 3, 2009

sibu 2 - sungai rajang dan bot sebagai sumber pengangkutan

jalan punya jalan, susur punya susur.........tokchik sampai ke tebing sungai rajang yang terletak dibadar sibu nie.

sungai rajang ni menjadi nadi penghubung kepada penduduk didaerah yang tidak dapat dihubungi dengan jalanraya atau ada ketikannya menggunakan jalan air lebih cepat daripada menggunakan jalan darat.






deretan bot penumpang yang berlabuh di jetti.........yang ini dipanggil bot express,kalau tak silap tokchik, bot express ni boleh mengangkut lebih daripada 50 orang pada setiap perjalanan (tu le masa orang menjelaskan tokchik tak mencatat.....bila nak menulis ni dah kena main agak2 aja)


yang ini pula deretan bot laju, juga berfungsi sebagai "teksi air" boleh membawa lebih 20 orang pada satu2 masa ( macam ikan sardin dalam tin le) sebab yang ni tokchik perhatikan dari awal, pengendali bot tu main sumbat ja....

tersilap langkah tercebur kedalam sungai..lencun le jawabnya

operator/pengendali bot memeriksa keadaan enjin bot sebelum memulakan perjalanan.

yang dok mencangkung kat birai bot tu kalau bot berhenti mengejut harus melayang dah le dia kurus,....... hehehe

yang baju putih tu le pengendali bot tu, dah penuh macam tu sampai kat bumbung pun ada yang duduk dia masih nak sumbat orang lagi
tokchik teringin juga nak naik, tetapi masalahnya tokchik tak mabuk laut, topkchik mabuk bila dah naik kedarat nanti, mau berjam2 kepala pening dan rasa berpusing macam gasing.

Followers