Tuesday, October 27, 2009

buah cepu/buah kecepu

dalam perjalanan ke cameron highland, kami menyinggah di lata iskandar, menyusuri deretan gerai2 yang ada dipinggir jalan ..........tiba2 mata tokhik terpandang sesuatu yang menarik perhatian tokchik. lama betul tokchik tak pernah melihat orang menjual buah ni, semasa kecil2 dahulu, bila tiba musim buah, tokchik dan kawan2 biasa memanjat pokok cepu ni untuk memetik buahnya.
bila buah cepu mula meranum.......masa tu kelihatan amat cantik warnanya........ warna dan bentuk buah cepu ni seakan2 buah pisang kaki. rasanya agak masam.



itu le rupanya buah cepu..... terliur juga bila melihatnya

Monday, October 26, 2009

sejuknya

alhamdulillah, kami selamat sampai kedestinasi yang dituju, selesai proses daftar masuk ke penginapan, kami berehat seketika, melegakan urat2 yang tengang sepanjang perjalanan.
pemandangan pekan berinchang dari balkoni penginapan

gambar dibawah ni pemandangan selepas hujan, kebetulan tak lama selepas kami melepak dipenginapan, hujan turun........sejuknya



sejuk2 ni pekena kopi o dan ubi rebus cicah sambal dan ikan masin tentu sedap....

pemandang berinchang diwaktu malam

durian batu

tokchik ni sememangnya hantu durian, sampai di tanah rata, kami berhenti sekejap, saja nak menjenguk2, melihat sekeliling...........

DURIAN!!!!!!!!! aik............nampak pelik ja durian ni, berbonggol2 dah tu buah nya tak seperti durian yg biasa kita tengok. rm 8 sekilo. tokchik beli sebiji........ 2.5kg /rm 20




penjual durian ni ramah, tokchik pula terlebih ramah, terkial2 juga dia bila tokchik mula berhujah.hahahahahaha

sampai ke tempat penginapan, tokchik belah durian yang dibeli tadi, ni le rupanya.....



jom makan durian.....

cameron highland

hajat hendak bercuti ke cameron highland terlaksana juga,kami mengambil keputusan untuk keluar dipersimpangan Tapah, menggunakan jalan lama Tapah - Cameron highland.

penuh tumpuan tokchik memandu.........tapi hanya dari klang sampai ke tapah aja, bila mendaki ke cameron highland, tukar pemandu.


permandangan sepanjang perjalananan memang mendamaikan, tetapi yang tokchik tak boleh tahan keadaan jalannya yang bengkang bengkok tu.....poneng kepala den.......... nasib baik le tokchik tak muntah..




beberapa kali juga tokchik terserempak dengan kereta yang berhenti ditepi jalan dan penumpangnya muntah kerana mabuk,

disepanjang jalan mendaki ke cameron highland (jika mengikut jalan tapah - cameron highland) kita pasti akan tersua dengan gerai2 yang menjual hasil2 hutan seperti petai dan durian (jika musim durian). Gerai2 ni dikendalikan oleh orang asli,


petai yang segar, durian yang baru gugur, petai dijual rm10 untuk 12 keping, durian dijual mengikut saiz, berdasarkan keterangan penjual durian tu, mereka berasal daripada suku Temiar,

"saya nak sebiji, nak makan disini" dah pilih mana yang berkenan tokchik suruh penjual tu memgopek durian tu..rm 7 sebiji


fuhhhhhhhhhhhhhhh..........sedap.......... durian yang segar.

Thursday, October 22, 2009

asam pedas parit yusuf

kami bertolak balik ke kuala lupur dari rumah pak andak sekitar jam 10 pagi tanggal 18/10/2009, rencana awalnya, herman nak bergegas pulang disebabkan ada undangan rumah terbuka hari raya kawannya.

dalam perjalanan,kami menyusuri masuk kejalan lama johor - air hitam, sebelum masuk kelebuh raya, sampai dikulai, tokchik terpandang ada orang menjual durian dipinggir jalan........apa lagi........"L kita singgah makan durian, pakcik belanja", singgah le kami, terpandang ada selonggok durian yang diasingkan, tangkainya dibungkus dengan daun getah dan diikat dgn gelang getah, berkemungkinan bertujuan untuk mengekalkan kesegarannya.
"tu durian apa, sampai kena bungkus tangkainya" toikchik bertanya
"ohhhhhhhh ,............. itu durian kunyit, banyak sedap oooooooo" penjual tu menjawab
" berapa sekilo" tokchik bertanya lagi
"rm 18" jawab sipenjual
"wowwwwwwwwwwwwwww......mahalnya"
" lu try le, banyak sedap"
"ok lah.........lu timbang sebiji, saya nak cuba"

memang sedap isinya, berbaloi dengan harga sekilo rm 18. disamping tu tokchik juga mengambil 2 biji D24...........sedap, kalau nak dibanding kan dengan D24 yang tokchik beli di klang, yang dijohor ni jauh lebih berkualiti

"bang ..........sedapnya durian ni" tu yang di luahkan ojie kepada suaminya

" sayang makan le, abg nak merokok, rokok abg ni lagi sedap dari durian tu" tengok aja le memek muka herman tu, sedangkan dia dah kenyang makan durian awal2 lagi. lepas makan durian, kami meneruskan perjalanan, yang menjadia gelak tawa dalam perjalanan tu bila tokchik mula sendawa........ faham2 aja le bagaimana baunya, gas durian yang dilepaskan dalam kereta beraircond.............tapi yang pelik tu, herman boleh rilex aja tak ada sendawa durian pun seperti kami bertiga.....

kami menyinggah sebentar di air hitam, saja nak meninjau2 barangan disana, beli lah juga nenas sebagai buah tangan,disamping menunggu kakak sampai ke air hitam sebab dah berjanji nak makan asam pedas ndi jetti parit yusof muar

sempat lagi menyinggah minum air tebu..... manis dan terasa kesegaran serta keaslian air tebunya

ni le tempat tujuan kami untuk menjamu selera




sebelum makan, kami semua pakat2 bergambar dijetti nelayan yang terletak bersebelahan sahaja



semua dah bersedia menunggu asam pedas yang dipesan tiba, petang tu kami pesan 2 ekor ikan merah, 2 ekor sembilang, juga ikan pari dan sayur kangkung, telur dadar dan limau ais untuk 12 orang makan.

dah sampai pun hidangannya............ jommmmmmmmm.........makan time





tengok........semua dah licin.........burrrrrrrrrrp.bertambah buncit le perut masing2. semua sekali rm 110.00, baloi memang brbaloi, lain kali kami datang lagi

tanjung leman (mersing)

usai majlis persandingan along jenny, tokchik pun mewar-warkan kepada anak2 saudara tokchik........" apa kata kalau kita gi berendam kat tanjung leman"
ujang.........."best juga chik"
herman........." boleh ke chik, orang tak siap kemas lagi"
tokchik........" boleh aja, nanti pakchik kasi tau kat pak andak"

sincan....... "tokchik...... kita nak ikut ya"
bila tau aja pasal perancangan nak ke tanjung leman, budak2 kecik yang ada tu, semuanya mengekori pergerakan tokchik........takut tercicir/kena tinggal.

perjalanan dari sungai ara (rumah abang tokchik)ketanjung leman mengambil masa lebih kurang 30minit

landai ja pantainya, airnya pun cantik,



tokchik berposing dengan berlatarbelakangkan pantai tanjung leman






masa untuk memulakan aktiviti rendam merendam

angah posing seperti bintang filem hindi....... jauh merenung laut

ni dah macam orang nak memulakan acara trek 100meter. .....yeahhhhhhhhhhhhhh lari ngah lari


"dah le tu zila,jangan sedihya, tahun depan kita cuba lagi ya, abang yakin zila mesti menang punya" am memujuk angah..........hahaha......ya ya ooooo aja tokchik....ampun ya ngah......gurau2 aja



dah puas berendam, perut pun lapar, apa lagi...suppadek time.......hahaha,.....syoknya bila dapat berkumpul bergini, bergelak tawa, bersenda gurau.......... makan jangan tak makan, tapi sampah jangan buang merata-rata, kena sama2 jaga kebersihan pantai kita

Wednesday, October 21, 2009

sanak saudara tokchik dimajlis kenduri pakandak

dah lama tokchik tak jumpa anak sedara tokchik ni, iddin, bila terjumpa dah banyak berubah, dah semakin handsome, tinggi melempai, kakaknya pun sama, dah besar, dah jadi anak dara, dah pandai bergaya, nama dia nurilliya, tapi kalau ikut resam orang perak........ mereka panggil dia "nyah" TETAPI bukan maknyah tau, tu nama gelaran untuk anak perempuan kedua dalam keluarga, kalau lelaki dipanggil ngah,

"handsome dah anak sedara tc ni"

yang perempuan tu kakak iddin, dia ni kami panggil nyah


bila tengaok idding ni tokchik teringat masa dia kecil2, dia suka dok meleser kat tokchik, duka mencubit perut gendut tokchik, sayangnya tokchik kat anak sedara tockhik

yang ni farhan aka payan......katanya single lagi (tokchik cuma buat promosi ja)

pengenalan gambar...... daripada kiri-------- herman, ojie (isteri herman), awin (tunang ujang) makanjang (baju hijau dibelakang), along bb dan suaminya asri.

pengenalan gambar, daripada kiri..........farhan, jejaka handsome berbaju biru tu cucu tokchik, chah (nama asalnya cantik - shahrul nizam, tokchik yag letak tu)baju biru tudung kelabu, kakak tokchik, disebelahnya adik tokchik, anak dan suami adik rosli namanya

dari kiri (sebelah hadapan) -yg baju purple gelap tu tc pangil cik kiah (anak kembar pak andak, shila (cucu tokchik- anak long yus), ain, nadia, jekna dan juga awin (12/12/2009 ni naik pelamin- makan nasi minyak lagi le tc)


tiga dara, yang tenagh tu dah kena tempah, lagi satu tu dah ada yg mengusha, yg kanan tu masih solo.

along bb dan kiteratsu (anak angah- budak ni memang fotogenik, pndai bergaya didepan camera)



sedara mara tc sedang leka menyuap nasi minyak....... pujian untuk tukang masak tu, memang sedap nasi beriani nya

yang ni rahmat dan musa, pangkat anak sedara kepada tc, punya le sedap makan, sampai rahmnat tersentil2 lidahnya.....hahaha............


baju merah tu anak sedara tc, long yus, disebelahnya sal, yang berbaju hitam tu suami sal, yusof serta anak2 mereka

chak dan ina......

angak bulat / taufik (kanan sekali) - bakal pengganti mawi tapi tc kena le jadi pengurusnya, sedap suaranya bila menyanyi.





sessi lepak melepak sambil mengumpat sementara menunggu upacara bersanding









keluarga besar tokchik, ini pun tak semua hadir, kalau tak lagi gempak, sebenarnya, hajat tokchik nak berkumpul adik beradik,buat majlis makan2, dok sembang2 sesama kita, dok mengimbau kisah lampau,

Followers