ada cara yang mudah untuk berinai, kalau sesiapa yang teringin nak buat seperti yang biasa dibuat oleh pengantin india...... tak perlu membazir bayar mahal2, buat sendiri,beli aja inai, kemudian beli aja cetaknya
ini le rupa cetaknya/acuannya
inai2 di-iring lagu air mawar direnjis-renjis ucap selamat pengantin baru kami doakan dalam majlis
terima kasih tak terhingga kepada saudara mara yang sudi membantu, yang menjadi kendarat, yang menjadi penyambut tetamu, yang menjadi penjaga cenderahati untuk jemputan. sukarelawan sedang mencucuk bunga manggar
sukarelawan sedang menyediakan cenderahati untuk tetamu
sesekali dapat berlonggok....... syok juga...... duduk menganyam ketupat.....hehehehehe
dok menyembang di dewan malam sebelum majlis berlangsung . mak buyung pun ada bukan 1 tapi 2 aksi manja primadona2 yang veteran dan yang muda belia....hahahaha......... penat menganyam ketupat, masa untuk makan.... orang lain sibuk makan......bergelak ketawa.....pengantin lelaki tak ada....cari2 rupanya dah lena diulit intan......... penat sangat agaknya
yang ni katanya nak sanding sekali lagi, so tokchik kasi le peluang, sanding cara moden...... seluar pendek dan ber t.shirt aja, asalkan tak kempunan
sessi latihan berpantun dan bergurindam sebelum majlis berlangsung, sayangnya semasa majlis berlangsung, along dan asri duduk diatas, dengar suara aja, orang nya tak terlihat
tokchik dan ina..........
sempat lagi menghias kereta yang akan digunakan untuk membawa pengantin... silap perkiraan....... jaring yang dibeli tak cukup. jadi kita redah aja
herman menunjukkan bakat membuat reben........ cik amat pun boleh....... tarik aja...dah jadi apa yg ada kita buat aja,
SAYANG MUSALMAH PERGI KETAMAN HENDAK MEMETIK SEKUNTUM BUNGA SUDAH ADA DALAM GENGGAMAN MUGA BAHAGIA HIDUP BERSAMA
LAKSAMANA BEREMPAT DIATAS PENTAS CUKUP BERLIMA DENGAN GURUNYA BAGAIKAN DAKWAT DENGAN KERTAS SUDAH BERJUMPA DENGAN JODOHNYA
HJ Mahmood Hj Harun merenjis puteri tercinta
majlis makan beradat, ternganga besar mulut pengantin...sedapnya chik..... terima kasih mak mon yang menyediakan hidangan makan beradat untuk majlis persandingan ain pada petang tu jelitawan yang bertugas pada hari berkenaan. tok ketua sedang memberikan arahan kepada anak2 buah bukan main peluk lagi penyambut tetamu nie....ya lah..... baru terasa kemesraan sambutannnya
"ini bakal suami kita", susi memperkenalkan tunangannya kepada saudara mara
saudara mara yang hadir (yang sempat tokchik snap gambarnya) para panglima sudah bersedia menanti empat sekawan berbaju sedondon makcik baju bunga2 ni pun sama menyibuk nak bergambar..nak tumpang glamour katanya........hahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .....jangan marah ya ucu maharani berpeluk-pelukan sambil air mata berjuraian sewaktu hendak berpisah....
TETAK BULUH PANJANG SULUH MARI JOLOK SARANG TABUAN ANGKAT DOA JARI SEPULUH DOA MINTA BIAR SELAMAT
MUGA KEBAHAGIAN, KASIH SAYANG YANG TERJALIN KEKAL BAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT.
kami singah makan di restoran RZ. restoran ini terkenal dengan masakan ikan baung.......
inilah lauk2 yang diambil oleh ojie, l, ain dan wan untuk makan tengahari tokchik ambik ikan baung..... rm 6 sepotong untuk bahagian kepala..........sedapnya kesudahannya kami makan 5 potong ikan baung... 4 masak lemak cili padi, 1 potong lagi masak asam rebus...... fuhhhhhhhhhhhhhhh.... sedap betul.... baung segar