Wednesday, December 29, 2010

gulai cili padi daging salai berperia



bahan2
daging salai

cili padi
bawang merah
kunyit segar
santan
serai
garam secukupnya
asam keping

peria...diptong besar2

cara2nya
kisar cili padi, bawang merah
satukan bahan kisar, serai, santan, daging salai kedalam periuk
didihkan dengan api sederhana, apabila kuah sudah mendidih, baru masukkan peria, masak sehingga peria empok,
tambah garam secukupnya, matikan api

Monday, December 27, 2010

ayam panggang tokchik



kisarkan sehingga halus

cili kering
serai
bawang merah
bawang putih
halia
lengkuas
ketumbar
jintan

tambahkan
garam
gula merah
sesudu makan butter


lumurkan ayam (anggaran 1.3kg seekor )dengan bahan yang dikisar tadi
masukkan kedalam beg plastik, perapkan beberapa jam baru lah dipanggang

panaskan oven - suhu 200 celcius, panggang ayam selama 60 - 90 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya

sedap dimakan dengan nasi ayam, nasi minyak, diratah begitu sahaja pun sedap

sayur cendawan kukur aka cendawan batang getah


cendawan kukur atau dikenali juga dengan nama cendawan pokok getah, sebab cendawan ni kebiasaannya tumbuh dipohon getah yang dah mati
bertahun tc tak menjamah sayur ni, dulu2 masa kecil2 ini merupakan sayur kegemaran tc adik beradik,


memang sedap, cuma agak leceh sebab nak membuangkan "kakinya", dimana terdapat sisa kulit pokok getah yang melekat.

bahan2 untuk memasaknya mudah, kita hanya perlukan:
santan
ikan bilis
bawang merah
belacan
daun kunyit
garam secukupnya

satukan kesemua bahan diatas kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana supaya tak pecah santan/pecah minyak, biarkan santan dan cendawan menyatu rasanya
sedap dimakan dengan sambal belacan dan ikan masin / ikan pekasam

Saturday, December 25, 2010

talam suji mat gebu


dulu pernah sekali mencuba, ambik resepi di internet........ hampeh......... tak menjadi, belek2 blog cik mat gebu, ternampak dia post N3 pasal talam suji, tc pun bernaikan diri mencuba...alhamdulillah.menjadi
ni nak ucapkan terima kasih pada cik mat gebu
so tc namakan kuih ni talam suji mat gebu...... mat gebu selalu kata dia suka menderhaka pada resepi.....tc pun buat benda yang sama.menderhakan kat resepi asal yang mat gebu catatkan
ni kueh yang tokchik masak menggunakan resepi cik mat gebu

TC...COPY DAN PASTE RESEPI NI DARI BLOG CIKMAT GEBU
LAPISAN BAWAH :-)
90 gram sugee @ semolina*
225 ml air*(*disatukan dan rendam 30 minit)
110 gram gula halus (mat letak 100 gram)
1 biji telur
100 ml santan pekat
125 ml air
Beberapa titik pewarna kuning
1/2 camca teh esen vanilla (resipi asal tak letak)

BAHAN LAPISAN ATAS :-)
150 gram gula melaka, potong kecil*
25 gram gula pasir*
250 ml air*
1 helai daun pandan*(*disatukan dan masak hingga gula larut, sejukkan)
75 gram tepung gandum
1 1/2 biji telur (mat letak 1 biji + 1 kuning telur)
125 ml pati santan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Panaskan kukusan. Alas tin berukuran 8 inci x 8 inci x 2 1/2 inci dengan plastik bersih. Ketepikan.
2.UNTUK LAPISAN BAWAH :- Satukan semua bahan2 lapisan bawah kecuali sugee, kacau hingga gula larut dan tapis adunan tadi. Masukkan sugee, kacau rata dan tuang dalam periuk, masak atas api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kental. Tuang ke dalam tin tadi, ratakan dan kukus 25 minit pada api sederhana, tutup permukaan tin dengan aluminium foil atau tudung periuk masa mengukus.

3.UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan bawah, kacau rata dengan whisk hingga gula larut. Tapis dan masukkan ke dalam periuk, masak dengan api kecil sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan kelihatan sedikit pekat. Matikan api. Berhati2 tuang atas lapisan sugee tadi (gunakan kaedah menuang bancuhan ke dalam senduk yang di letak atas lapisan sugee, ini bertujuan mengelakkan lapisan bawah tercedera), tutup kembali permukaan tin dan kukus 30 minit pada api sederhana. Bila masak biar betul2 sejuk sebelum dipotong....Selamat mencuba.

pucuk manis masak air campur keledek



pucuk manis masak air campur keledek, ada ikan masin, sambal belacan ke, sambal tempoyak ke, ulam petai/jering............berselera makan

Tuesday, December 21, 2010

sambal belacan bacang





bahan2
buah bacang - dikupas dan diracik

tumbukkan :
cili merah + cili padi (untuk lebih pedas)
belacan yang telah dibakar
garam dan sedikit gula

apabila cili yang ditumbuk dah lumat, masukkan bacang yang telah diracik/cincang, tumbukkan bacang tersebut sekadar untuk menjadikan ianya sebati dengan lada

paceri terung



bahan2
terung panjang - dibelah dua (rendam dalam air untuk menggelakkan terung menjadi lebam)- kebiasannya tc goreng terung terlebih dahulu


perencahnya
setangkai daun kari
rempah penumis
rempah kari

air asam jawa
santan
gula dan garam secukupnya
kerisik

bahan kisar
udang kering / ikan bilis
bawang merah
bawang putih
halia

cara2nya
panaskan minyak
masukkan rempah penumis, daun kari, gaul rata, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan santan cair / air, gaul rata..biarkan sehingga pecah minyak

masukkan terung, juga santan (disebabkan terung telah digoreng , hanya gunakan santan pekat sahaja), gaul seketika
masukkan kerisik, garam dan gula secukupnya
biarkan kuahnya agak pekat baru dimatikan api

Followers