Thursday, April 28, 2011

petua mengelakkan jemuran basah



masalah jemuran basah ketika hujan?????
kini tiada lagi..... dengan idea inovasi terkini daripada tc, masalah tersebut tak perlu dirisaukan (dah macam iklan lak)

seringkali masalah pakaian yang dijemur basah terkena hujan acapkali menghantui kita, almaklumlah rumah tak berpenghuni diwaktu siang kerana semua orang berada diluar - bekerja/bersekolah atau ada urusan lain yang dilakukan...jemuran ditinggalkan dibalkoni (kalau yang dok flet/apartment)pasti lencun dek tempias hujan.
panjang pula mukadimahnya
senang aja...beli saja plastik alasa meja yang jernih, kita tutupkan diatas penyidai tu, lepas tu letakkan aja dibalkoni rumah. selesai masalanya

paceri nenas berempah



bahan2 yang diperlukan
1 biji nenas - dibersihkan, dipotong ikut saiz yang disukai, dicelur

2 ulasa bawang merah dimayang
2 ulas bawang puteh dimayang

rempah penumis

3 sudu makan rempah kari
1/2 sudu makan cili serbuk

santan daripada sebiji kelapa
3 sudu makan kerisik

kisarkan:
bawang merah,
bawang putih
halia
udang kering/ ikan bilis

pijarkan minyak
tumiskan bawang yang dimayang, masukkan rempah penumis, apabila bawang kekuningan masukkan bahan yang dikisar, tumis sehingga garing
kecilkan api, masukkan rempah kari dan serbuk cili, gaul rata dan masukkan sedikit air, sebatikan rempah dengan air dan didihkan sehingga pecah minyak
masukkan nenas, santan, gaul rata, didihkan sehingga kuah agak pekat, masukkan kerisik, garam, gula secukupnya
masak sehingga kuahnya pekat

petua kasut baru



ingat masa keci2 dulu, apabila tiba musim sekolah nak dibuka atau ketika musim raya, pasti akan ada kasut baru utuk tc.
arwah mak pesan, kalau tak nak kaki/tumit melecet kita gigit dulu kasut tu sambil dalam hati berkata "sebelum kau gigit aku, aku gigit kau dulu"
bila diingat kembali....ianya seperti berkesan

tart telur portugis





puff pastry ada sebungkus lagi didalam peti sejuk, menyusuri internet...menjengok resepi2 berkaitan dengan puff pastry, dapat le idea....masukkankan kedalam acuan muffin tuangkan "filling" untuk tart.....

untuk 10 keping puff pastry ni, adunannya:
6 kuning telur
120 ml susu segar
120 ml whipp cream
100 gram gula (resepi asal 120gram- tc rasa agak manis)

masukkan susu, whipp cream, dan gula didalam kuali/periuk, didihkan sehingga gula larut, matikan api...sejukkan
bila dah sejuk, masukkan kuning telur dan kacau dengan hand whisk sehinga sebati

tuangkan 3/4 bancuhan tadi kedalam puff pastry
bakar selama 20 minit (bergantung pada oven) suhu 180 celcius

akibat kencing manis 2



tc pernah buat entry mengenai seorang kawan yang dipotong dua jari akibat kencing manis
entry bertajuk..akibat kencing manis dibuat pada 18-januari-2010, juga satu entry mengenai sejenis tumbuhan yang dikatakan boleh dijadikan ubat kencing manis...tajuk entry tu...penawar kencing manis bertarikh 25-jun-2010
semalam (27-04-2011) tc meminta beliau menunjukkan bekas pemotongan tersebut, sebab nak melihat keadaan semasa luka kesan pemotongan dua jari beliau.
apa yang terlihat, lukanya dah mengering dan mengecut, senang cakap dah nak sembuh jika dilihat dari luarannya

Wednesday, April 27, 2011

sambal tempe kacang tanah



sedap diratah atau dimakan dengan nasi panas, makan dengan bubur pun sedap.

bahan yang diperlukan:
tempe - dihiris nipis digoreng garing
kacang tanah - digoreng
ikan bilis - digoreng garing (tapi tc tak gunakan dalam resepi ni)

air asam jawa

kisarkan:
lada kering
bawang merah
bawang putih
belacan

tumiskan bahan kisar sehingga garing
masukkan air asama jawa,
tambahkan garam dan gula secukupnya, biarkan sambal memekat/pecah minyaknya
masukkan tempe, kacang tanah, ikan bilis, gaul rata,
matikan api

sumbu pelita



ingat masa kecil2, bekalan letrik belom ada dikamnpung tc, jadi dirumah kami menggunakan pelita minyak tanah, pelita cempeni (tu yg dipanggil orang kg tc) juga lampu pump
untuk pelita minyak tanak sumbunya daripada tali guni, masa tu mana le tc tau yang tu merupakan tali jut...naif katakan

baru2 ni terpandang segulung tali ni.." aikkkkk...serupa le dgn sumbu pelita masa aku kecil2 dulu" dalam hati berkata sambil ligat otar memutarkan nostalgia lama.

Followers