Wednesday, April 25, 2012
popia inti otak-otak ikan tenggiri
otak2 ikan tenggiri yang dibuat hari itu berbaki, jadi tc gunakannya sebagai inti popia.
tc tak gunakan telur sebagai "gam kulit popia" sebaliknya menggunakan bancuhan tepung gandum sebagai pengganti.
Tuesday, April 24, 2012
sambal tumis pati santan daun kunyit

tc masih ingat semasa kecil dulu arwah bonda tc selalu buat sambal ni. ketika itu bonda kebiasannya menanak santan untuk dibuat minyak. minyak hasil daripada santan yang ditanak tu digunakan sebagai minyak rambut bonda, kebiasaannya bonda letakkan bunga melur dan hirisan daun pandan dalam minyak yang dah sejuk tu, minyak tanak ni bila dah lama akan ada bau tengik...hehehehehe
kebiasaannya akan ada "tahi minyak" dan tc amat suka makan "tahi minyak" ni sebab rasanya yang lemak2 tu, bonda akan buatkan sambal tumis dan selalunya menggunakan ikan bilis tamban, bila lada dah garing, masukkan ikan bilis dan bawang hiris serta hirisan daun kunyit, garam gula secukupnya maka bonda akan masukkan "tahi minyak" digaul sebati.
tc pula buat versi yang mudah sedikit, dah tumis kan lada dan belaccan sehingga garing, masukn bawang, air asam jawa/asam keping,ikan bilis, garam gula secukupnya makan tc masukkan santan pekat dan didihkan sehingga pekat
satu lagi versi seperti membuat rendang, campurkan lada kisar, ikan bilis, bawang hiris, belacan, asam keping/asam jawa, didihkan sehingga pekat. tambahkan garam, gula dan daun kunyit
kali ni tc tambahkan telur rebus ketika sambal mula memekat, makan dgn nasi panas, ada pula ikan pekasam...sedapnya
lempeng gandum sambal tumis

lempeng gandum dicicah sambal tumis pulak tu adda kopi o pekat panas...fuhhhhh...mantap
resepinya:
500ml air (campurkan dengan garam secukupnya)
1-1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 sudu makan minyak masak
cara-caranya:
kisarkan kesemua bahan diatas sehinnga sebati
panaskan kuali (tc gunakan kuali tak melekat)
untuk permulaan, letakkan sedikit minyak, tuangkan sesenduk besar adunan, tutup kuali dan biarkan tepung masak sekitar 3 minit
Monday, April 23, 2012
upah haji
alhamdulillah, hajat nak membuat upah haji arwah bonda tercapai juga, dipermudahkan TUHAN semua urusan yang berkaitan.
pendaftaran telah pun dibuat, ursan pembayaran juga telah selesai, insyallah.....urusan untuk menghajikan arwah bonda akan dibuat pada musim haji 1433 hijrah ni
pendaftaran telah pun dibuat, ursan pembayaran juga telah selesai, insyallah.....urusan untuk menghajikan arwah bonda akan dibuat pada musim haji 1433 hijrah ni
Friday, April 20, 2012
otak-otak ikan tenggiri

bahan A
500 gram isi ikan tenggiri
bahan B (dikisar) :
15 tangkai lada kering
12 ulas bawang merah
6 ulas bawang puteh
1/2" halia
1/2" lengkuas
1" kunyit (boleh gunakan kunyit serbuk)
3 batang serai
3 biji buah keras
air asam jawa (biasanya tc tambahkan air asam jawa ni semasa mengisar)
bahan c:
2 sudu rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu besar cili serbuk (pilihan untuk warna dan kepedasan)
5 helai daun limau purut
bahan D:
1/2 cawan santan pekat
bahan E:
2 biji telur
2.1/2 sudu besar tepung sagu
cara2nya:
panaskan minyak
tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing
masukkan rempah kari, ketumbar serbuk dan cili serbuk, gaul rata mask sehingga pecah minyak
masukkan santan dan daun limau purut,
tambah garam dan gula secukupnya.
didihkan sehingga kuah pekat
matikan api dan sejukkan
apabila sambal sudah sejuk keluarkan daun limau purut
kemudian masukkan isi ikan yang telah dihancurkan, 2 biji telur dan juga tepung jagung
gaul sebati (tc gunakan mixer untuk menggaul)
ambil daun pisang, letakkan 2 sudu pes otak-otak dan balut, kemudian stapler dihujungnya (macam membungkus lepas
panggang sekita5 4 minit setiap bahagian
sebahagian lagi boleh dikukus, disejukkan dan dipotong ikut saiz yang disukai. boleh disejuk beku dan digunakan untuk membuat popia otak2
apam air krim soda

membelek majalah lama tc tertarik kepada gambar apam aiskrim soda yang tersiar dimajalah rasa april 2009, kebetulan bahan2 yang diperlukan ada maka tc pun merajinkan diri membuatnya. makan panas2 sememangnya sedap.
ini resepinya
bahan A (diputar sehingga kembang) :
3 biji telur
220 gram gula - tc kisar dulu menggunakan blender kering
1 sudu teh ovellete
bahan B
200gram gula
150ml air krim soda
pewarna merah
cara2nya:
putar telur, gula dan ovellet sehingga kembang dan gebu (seperti nak membuat bauhulu). tc guna mixer dengan kelajuan no 5 dan masa memutarnya sekitar 10 minit sahaja.
campurkan tepung kedalam adunan telur yang telah kembang, gaul rata
kemudian tuangkan air krim soda dan gaul sebati
bahagikan adunan kepda 2 bahagian (+/- 400 gram setiap bahagian) sebahagian dibiarkan kosong dan sebahagian lagi diwarnakan
masukkan kedalam "paiping bag" dan picitkan kedalam acuan berselang seli warnanya
kukus selama 15 minit
Thursday, April 19, 2012
karipap inti mee hoon

mungkin ramai yang pelik membaca enty kali ini, karipap inti mee hoon, biar betul tokchik ni...
bukan melawak atau nak buat ujikaji tetapi sekadar mengembalikan nostalgia silam. Dikampung dulu ada seorang peniaga kecil2an yang menjual kueh2 mueh, nasi lemak sebagai menu sarapan pagi jualannya, yang tc tak boleh lupa sehingga kini adalah karipap inti mee hoon yang dibuatnya.
terlanjur membuat karipap dan kebetulan ada baki mee hoon dimeja maka tc ambil sedikit dan dijadikan inti karipap...jadi le buat supaya tak kempunan...
kalau ditanya, tc pasti kata...sedapppppppp
Subscribe to:
Posts (Atom)
