Friday, March 29, 2013

pau pandan inti kelapa

resepi asal dari dapur tanpa sempadan aka cik mat gebu
cuma tc tambahkan pes pandan kedalamnya sewaktu menguli

bahan2nya

500 gram tepung pau
1/2 cawan gula halus (tc hnya gunakan 1/4 cawan sahaja )
1/4 cawan minyak jagung(minyak masak pun boleh)
1-1/4 cawan air
6 gram yist

1/2 sudu teh pelembut roti (tc tambah)
1/2 sudu teh baking powder (tc tambah)
20 gram susu tepung (tc tambah - kalau nak guna kan susu pekat manis pun boleh - anggaran 3 sudu besar tetapi kena ketepikan penggunaan gula)

penyediaanya (cara tc - sebab tc gunakan mixer)

didalam bekas, masukkan air, minyak, susu, diikuti tepung, bahan kering yang lain dan yist
tc on kan mixer dan biarkan mixer menguli doh (speed 3) selama 10 minit atau sehingga doh kelihatan kenyal 

jika menggunakan tangan (cara yg cik mat ajar)
satukan gula dengan air, kacau larut, masukkan yeast dalam tepung dan gaul rata
tuang minyak , gaul sebati
tuang air gula tadi sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga mendapatkan doh yang tak melekat
dan kenyal

apabila dok dah siap diuli, tc timbang anggaran beratnya 46-50 gram
tc isikan inti dan perapkan selama 40 minit
sementara nak menunggu doh mengembang tc panaskan pengukus

kerana pau tc kecil (dohnya 46 -50 gram) maka tc kukus selama 6 -7 minit sahaja
masa mengukus bergantung pada saiz pau
tc kukus dengan api besar



 

bingka labu lembut gebu

resepi ni tc dapat hasil menjenguk ke blog kak nor secubit garam. terlanjur labu ada bersisa didapur, bahan2 yang lain juga ada terdapat dirumah maka projek membuat bingka labu ni pun bermula.

tc taipkan semula resepi yang tc salin daripada blog kak nor secubit garam tu.

bingka labu lembut gebu 
bahan2nya :

2 cawan labu yang dah direbus dan dilenyek (tc guna hampir 3 cawan sebb nak menghabiskan labu yg ada)

2 cawan santan (tc gunakan 225ml santan pekat + 225mnl air)
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan gula pasir

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
1 sudu esen vanilla
sedikit pewarna kuning
2 sudu minyak sapi (tc tak letak pun)

penyediaannya:
panaskan oven pada suhu 200celcius ( tc bakar atas dapur gas aja dan tc gunakan loyang bulat berlubang tengah aka loyang kueh bingka)

lengserkan loyang dengan majerin, kemudian taburkan tepung secara merata. terbalikkan loyang dan ketuk2 loyang untuk membuang lebihan tepung yang ada




masukkan kesemua bahan diatas kecuali labu kedalam blender, kisar sebati bahan2 diatas.
tuangkan kedalam loyang yang dah digris

tc bakar diatas dapur gas dengan api kecil sekitar 1 jam atau sehingga kueh masak. (cucuk lidi dan tengok tepung masih melekat atau tidak)

jika menggunakan oven bakar selama sejam / sehingga masak

Wednesday, March 13, 2013

roti bakar kuah kari

dok mikir2 apa sarapan untuk pagi nie.
terpandang roti dimeja makan.....dah jemu nak makan roti dgn jem/sekaya
jenguk2 peti sejuk, ....."ek...ada kuah kari semalam le"
zapppppppp......... idea mari dah
tc panaskan kuah kari, keluarkan toster...tc panggang roti tu
kemudian tc sajikan bersama kuah kari yang ada
yummmyyyyy................
sedapnya ....tambahan pulak disertakan dengan kopi o pekat

Monday, March 11, 2013

jalan-jalan kebali

bali....
selama ni tc teruja sangat nk kesana, apatah lagi bila mendengar dan membaca tentang "keindahan" bali.
tc kesana selama 5 hari.
menginap di hard rock hotel.



menerusi iklan/info pelancungan yang banyak diletakkan disekitar lapangan terbang, kami semua sepakat nak mengambil "freelance tour guide" yang dicadangkan oleh rakan sekerja yang pernah kesana sebelum ini.

dikerumuni oleh peniaga yang menawarkan jualan adalah kebiasan.....
lunak suara menggoda nak melariskan jualan
"pak ...beli satu pak...bikin pelaris pak"
"pak......kesian pak...dari tadi ga laku jualanannya"
"pak......kesian dong pak...mau cari biaya sekolah pak"


kalau dilayan memang tak akan ada kesudahan.....paling mudah...
"ga mau deh....ga kerasan"
dirayu bagaimana pun buat tak dengar.  itukan adat orang berniaga

the mother og temple bali
adat disini...sesiapa yang nak menginjaki kaki kelaman pura harus berkain batik / menutup aurat.



 kebetulan sewaktu neuruni tangga pura terserempak dengan satu rombongan yang datang untuk upacara keagamaan.

 permandangan yang diambil daripada atas pura
Add caption



i
 pura tanpak siring /tapak siring.... disini mereka mandi "menyucikan diri"

 dah macam dalam cerita bawang puteh bawang merah...masa beri makan ikan....
sambil nyanyi lagu "perigi biru"
berduyun2 ikan timbul...hahahahaha
 dibawah ini kawasan penanaman padi bertingkat...ditegal lalang

dibawah ni di pura angun...tapak warisan dunia
 

menyusuri kawasan desa di bali, meninjau keadan hidup dan budaya mereka











tanah lot...antara tempat yang wajib dikunjungi...sewaktu kami tiba air laut pasang besar.



Saturday, February 23, 2013

penebusan mata ganjaran kad kredit

tc dimaklumkan oleh pihak bank bahawa mata ganjaran kad kredit yang dikumpul pada / sebelum tahun 2010 akan luput selepas march 2013.
kebetulan katelog tahunan untuk mata ganjaran baru sahaja dihantar...belek punya belek tc berkenan lak dengan Console oven PRO-910 (jenama pensonic)



isi borang untuk penebusan, fax kan kepada pihak bank, hari ke 4, tc dah pun terima barang nya yang dihantar ketempat kerja.

alhamdulillah....gumbiranya hati dapat ini barang ....hehehehehe


boss kata... lepas ni saya boleh makan ayam panggang lah ya
heheheheheeh

 

Thursday, February 21, 2013

kek cokelat kukus lembab

moist chocolate cake / kek cokelat kukus lembab
sumber resepi k.nor@secubitgaram

dah lama simpan resepi ni, baru kelmarin mencubanya.  memang terbaik rasa dan teksturnya tambahan pula selepas 24 jam dan disejukkan.


bahan2nya:
250gram butter
1-1/2 cawan gula (tc kisarkan dulu gula)
(resepi asal...1 cawan gula castor, 1 cawan gula perang)

4 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar suam
1-1/4 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan serbuk koko (resepi asal 3/4 cawan.)

caranya:
panaskan kukusan.
griskan loyang
ayak tepung dan serbuk koko
putar butter dan gula sehingga kembang
masukkan esen vanilla.......putar lagi
masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga kembang/gebu
masukan tepung berselang seli dengan susu suam,  kaup balik sehingga sebati
 tuang kedalam loyang dan kukus sehingga masak (45 -60 minit)
sejukkan kek sebelum dituang topping

tc masukkn dalam bekas plastik dan kukus selama 20 minit 
masa mengukus bergantung kepada saiz bekas yang digunakan


untuk ganache
150gram cokelat masakn- diracik halus
1 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu segar / air panas
1 sudu besar butter

campurkan kesemua bahan diatas kecuali butter
menggunakan teknik double boil.....panaskan sehingga cokelat mencair sepenuhnya
masukkan butter dan gaul sebati
tuangkan diatas kek yang telah sejuk

Thursday, February 14, 2013

hamnpeh punya orang -

sebelum ni hnya membaca rungutan rakan blogger yang lain tentang hasil kerja mereka yang diciplak.  kali ni terkena diri sendiri..pemilik akaun facebook resepi bonda telak mengguna pakai gambar daripada blog tokchik...kemudian postkan diwall facebook beliau...

gambar masakan tokchik...masak lemak pucuk meranti dengan keledek yang dipostkan pada tarik 05-09-2010 (masa tu tc tak letaka watermark lagi kat gambar2 diblog tc)

menggunakan gambar yang serupam admin resepi bonda letakkan resepi pucuk manis masak lemak dengan labu..
sebelum ni tc pernh menghubungi admin resepi bonda kerana beliau menciplak gambar dan resepi daripada blog mat gebu...dapur tanpa sempadan...sbb dalam resepi tu ada yang beliau terlupa nak buat nama "mat"
kebetulan tc dah pernah melihat posting berkenaan diblok cik mat gebu


tc dah menghubungi admin resepi bonda minta dikeluarkan gambar berkenaan, nampak gayanya tiada respond daripada beliau.
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=485192114872055&set=a.276767502381185.69421.276050199119582&type=1&theater&notif_t=photo_reply


Followers