ketupat atau lemang kalau dimakan dengan sambal kacang memang sedap. Tc sediakn sambal kacang yang seperti kuah sate.
resepinya :
bahan A (disangai / sangrai)
300 gram kacang tanah
1 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan kasar
1/2 sudu besar jintan halus
untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dan lebih cepat serta tak penant nak mengoreng kacang didalam kuali, tc panggang aja kacang tanah tu didalam microwave selama 6 minit (microwave tc powernya 850)
bila dikeluarkan daripada microwave dan kacan dah agak sejuk tc ambik sebiji dua dan masukkan kemulut...."oh,.....sedapnya, terasa macam digoreng cuma tak guna minyak" hati tc berbisik. kacang yang dipanggang dalam microwave masak keseluruhan.
kacang tanah yang dah disangrai tu ditumbuk / dikisar kasar2.
ketumbar jintan tu kenalah sangrai dalam kuali dan kisar halus
bahan B (kisar halus) :
15 tangkai lada kering - nk pedas tambah lagi
2 labu bawanng besar(tc suka guna banyak bawang sebab lebih manis)
5 ulas bawang puteh
1" halia
1" lengkuas
3 batang serai
air asam jawa
bahan C :
gula melaka /gula pasir
garam secukupnya
penyediaannya:
tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing, teruskan menumis sehingga pecah minyak
masukkan air dan masukkan kacang yang dah dikisar kasar2
masukkan air secukupnya
masukkan ketumbar jintan yang dah disangrai
rebus sehingga kacang lembut
tambahkan garam dan gula secukupnya (tc guna gula melaka)
kuah kacang ni kena manis ....baru terasa sedapnya
cara mudah yang tc buat
didalam pressure cooker, tc masukkan kacang tanah yang dah ditumbuk kasar. tambahkan air secukupnya.
tuangkan bahan kisar yang dah ditumis garing tadi juga ketumbar jintan yang dah disangai
rebus sekitar 20 minit (masanya bermula apabila wisel dipressure cooker tc mula berdesir)
nota
boleh dicampurkan dengan daging dan ayam tua...
yang ni tc biasa makan dirumah orang bugis kampung pekajang gelang patah johor
Monday, August 19, 2013
Sunday, August 4, 2013
kueh bangkit santan aka bangkit sagu
kueh bangkit santan atau bangkit sagu ni merupakan antara kueh yang menjadi kegemaran tc. Bahan yang digunakan tak banyak tetapi kalau tak kena caranya memang tak nak menjadi kuehnya.
tanya sana tanya sini, ada yang kata santannya kena masak dahulu ada yang kata tak perlu. memberanikan diri mencuba. dimulakan dengan bissmillah........alhamdulillah hasilnya
resepinya:
bahan A (disangrai/ tc masukkan dalam oven selama 10 minit/suhu 180c, disejukan 24 jam )
450 gram tepung sagu ubi / sagu rumbia (sagu rumbia hasilnya lebih sedap)
50 gram tepung gandum
4 helai daun pandan
bahan B (putar sehingga kembang) :
3 biji kuning telur
200 gram gula icing
1 sudu teh esen vanilla (sbb tc tak suka bau telur yang kuat)
bahan C (di panaskan sekejap dan disejukkan)
250ml santan pekat
penyediaannya :
ayak tepung dan buangkan daun pandan
masukkan 3/4 santan kedalam bahan B, gaulkan rata (sebab nak pastikan gula hancur dan santan bergaul sebati dengan telur dan gula)
tuangkan tepung gaul rata, biarkan dalam 5 - 10 minit. jangan risau jika terlihat doh seakan tak cukup air kerana tepung ubi mengambil sedikit masa untuk menyerap cecair.
uli doh hingga tak melekat dijari, jika terlihat doh seperti tak cukup air, tambahkan sedikit lagi santan. perapkan doh selama 30 minit
canai dan terap doh mengikut acuan yang digemari.
dulang pembakar tc lengserkan dulu dengan majerin baru tc letakkan doh yang dah diterap
tc bakar dengan suhu 175 celsiuc (ini kena adjust ikut oven masing2) selama 25 minit atau sehingga kueh masak

Wednesday, July 31, 2013
gulai lemak pisang muda dengan tulang ikan kurau
dah lama teringin nak makan sayur pisang. semasa kekedai....terpandang pisang muda, hajat hati nak membeli barang lain tetapi ternampak pula pisang muda nie. Apa lagi, beli lah sesisir. kat rumah pula sememangnya dah ada tulang ikan kurau masin.
resepinya :
5 biji pisang muda - bersihkan dan dicelur
rm 1 santan segar
4 keping tulang ikan kurau masin (boleh jugakan ikan masin lain) - rendam sekitar 30 minit
daun kesum
2 keping asam gelugur
garam
tumbukkan:
4 ulas bawang putih
ikan bilis
sedikit belacan
1" kunyit segar
didalam periuk, masukkan pisang muda yang dah direbus, tulang ikan kurau, asam keping, daun kesum juga bahan tumbuk dan santan pekat dan tambah kan air secukupnya tetapi jangan tercair.
diidhkan dengan api sederhana dan pastikan jangan sampai pecah minyak.
rasa garamnya.

Tuesday, July 30, 2013
gulai lemak cili padi telur itek
semasa kekedai, tc terpandang telur itek yang nampak segar. Betul2 menggamit naluri untuk membelinya.
Dalam hati dah terfikir "masak lemak cili padi best ni". tc beli lah 4 biji.
cara tc mengulai telur itek:
kisarkan :
10 tangkai cili padi (nak pedas tambah lagi)
1-1/2" kunyit segar
6 ulas bawang merah
1/2" belacan
bahan lain:
rm 1 santan pekat
2 keping asam gelugur (dapat buah belimbing buluh lagi umphhh)
tc tuangkan bahan kisar kedalam periuk,
tc tambahkan santan pekat dan asam keping
tambahnkan air anggaran 500ml
masak hingga kuah mendidih dan masukkan telur satu persatu
tambah garam secukupnya

Tuesday, July 23, 2013
karipap inti mee hoon
teringat masa kecil, arwah bonda tc selalu beli karipap yng intinya adalah mee hoon goreng. Sekadar mengembalikan ingatan, tc buatlah sedikit untuk juadah berbuka puasa. Apabila makan teringat kepada kenangan dulu
speggetti goreng pedas ala mamak
idea timbul secara tak sengaja
tak salah mencuba, dan hasilnya memuaskan hati tc
bahan2nya
200 gram speggetti - celur dan toskan
1 keping ddaging kisar (tc gunakan jenama ramly)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 - 3 senduk sambal tumis (langkah palin g mudah kalau malas nak menumis )
beberapa batang sawi
daun sup dihiris
versi 1 (jika tak ada sambal tumis)
jika tidak, kisarkan :
10 tangkai lada kering (nak pedas tambah lagi)
4 ulas bawang puteh
1 labu bawang besar (tc suka lebih bawang)
tumis semua bahan ni sehingga naik bau, garing dan pecah minyak, tambah garam gula secukupnya
masukkan daging kisar dan masak sehingga daging empuk
masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato
gaul sebati,
masukkan batang sawi (sbb lmbat empuk) bila batang sawi dah layu masukkan daunya dan speggetti yg dah dicelur
gaul sebati. rasa garam gulanya dan tabujkan hirisan daun sup
versi kedua (jika ada sambal tumis)
tc dadukan sebiji bawang besar, tumis hingga layu
tc masukkan daging kisar dan masak hingga daging empuk
masukkn sos cili, sos tomato, sos tiram, gaul rata
masukkn btang sawi, goreng hingga layu
masukkn daun sawi dan speggetti, gaul sebati
last tc taburkan daun sup

Wednesday, July 17, 2013
sup ekor thai style
bulan puasa ni....bila berbuka dengan sesuatu yang pedas dan sedikit masam lebih menggoda selera tc.
maka petang semalam tc menyediakan sup ekor ala thai (macam kat kedai tomyam tu tetapi versi tc le...heheheh)
resepinya:
500 gram ekor
1 bungkus sup bunjut
1" halia - dititik
tc masukkan kesemua bahan diatas kedalam pressure cooker dan rebus. anggran dalam 35 minit tetapi ini berganung kepada kuantiti bahan yang direbus. cara tc mengira masanya adalah dgn mengambil kira daripada mula wisel yang ada di pressure cooker tc berbunnyi/berdesir. selepas 20 minit wisel berbunyi tc matikan api. dah empuklah bahan yang direbus
bahan B
3 ulas bawang puteh - dititik
2 biji limau nipis - diambil airnya
1 labu bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi - dititik
4 helai daun limau purut - buang tulangnya
2 biji tomato - dibelah 4
1 batang serai - dipotong serong
1 batang calery - dipotong serong
sedikit daun ketumbar
masukan bahan B kecuali perahan air limau nipis dan daun ketumbar kedalam rebusan ekor tadi dan didihkan semula sekitar 5 minit
tambah garam secukupnya
kemudian masukkan perahan jus limau nipis, didihkan sekejap dalam seminit
matikan api dan taburkan hirisan daun ketumbar

Subscribe to:
Posts (Atom)