Friday, October 30, 2009

kek sukun ina

semasa majlis menyambut menantu dirumah pakandak, tokchik ada makan kuih ni, memang sedap,
"ina, boleh dapatkan pakcik resepi kuih sarang lebah tu tak? sedap le rasanya"
"no problem chik..... demi pakcik ku sayang..... semua boleh" itu jawaban ina. baik hati anak saudara tokchik ni.
selang beberapa hari, resepi yang dikehendaki tokchik perolehi..... maka sessi mencuba pun bermula.

bahan2 nya adalah:
5 biji telur ayam

2 cawan gula pasir - dibuat gula hangus dengan menggunakan 2 cawan air

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat

1/2 cawan majerin
1/2 cawan susu pekat

cara-caranya :
terlebih dahulu, sediakan gula hangus, goreng gula sehingga keperangan kemudian masukkan 2 cawan air, maka begini le hasilnya

ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat sehingga rata


pukul telur sehingga kembang



dalam bekas lain, majerin dipukul sehingga kembang

campurkan susu pekat kedalam majerin, gaul rata, kemudian masukkan telur yang telah dipukul .........gaul sebati

langkah seterusnya, masukkan tepung berselang seli dengan larutan gula hangus kedalam bancuhan telur + susupekat + telur tadi, gaul sebati.begini le rupanya adunan kek tersebut.


panaskan oven terlebih dahulu, tetapkan suhu pada 180 darjah celsius,bakar selama 45 - 50 minit.


ini le hasilnya.............sedapppppppppppppppppp


cubalah membuatnya, insyaallah.......... ikut sahaja apa yang dah tokchik paparkan, pasti menjadi

No comments:

Followers