Tuesday, August 2, 2011

pekasam ikan





ikan yang diperolehi semasa meranduk sungai segamat tc bawa balik ke klang, dah dibersihkan tc toskan sehingga kering kemudian tc perapkan dengan garam dan asam keping selama 2 malam
lepas tu, tc gorengkan beras, dikisar dan tc celupkan ikan tu dengan beras goreng yang dikisar,
tc susun selapis demi selapis ikan yang dah dibaluti dengan beras goreng kisar, tc letakkan juga asam keping dan taburkan sedikit dengan garam halus
harap2 menjadi le pekasam tc ni.... almaklum le ini merupakan kali pertama tc membuat pekasam

2 comments:

Yana Shaiful said...

Salam kenal TC..

Yana suka mkn ikan pekasam tp xpenah bt sndiri..asyik amek umah mak mertua jee kat kedah..best pekasam kedah nii :=)

tok_chik said...

wkslm yana
pekasam jhr sebenarnya sedikit berbeza dengan pekasam utara
arwah bonda tc dulu kalau buat pekasam ikan, diletaknya garam, asam keping dan juga nasi
cuma yg ni tc campurkan cara utara dan selatan... 2mlm pertama ikut cara johor, selepas tu tukar ke cara utara...hahahaha
tc juga tak pernah buat pekasam sebelm ni, cuma sewaktu balik kesegamat tempohari, dapat banyak ikan sungai semasa meranduk sungai segamat, jadi kaka saudra tu cadangkan buat ikan pekasam, tc pun cuba le...harap2 menjadi

Followers