Friday, June 10, 2011

lopes pelangi





tc ni sebenarnya tak berapa "ngam" dengan pulut...angin... kalau makan pulut lepas tu pasti perut rasa "sebu".
tetapi teringin sangat nak makan kueh lopes...jadi buat lah juga, kali ni tc warna2kan pulutnya.
ada 2 cara untuk mendapatkan pulut yang kental,
1. masukan sedikit kapur sireh semasa merendam......masukkan pewarna yang disukai atau biarkan aja kosong. rendam sekitar 2 - 3 jam
2. rendam pulut sekitar 2 - 3 jam, selepas 3 jam masukkan sedikit air abu/air akali, gaul rata, biarkan lebih kurang 5 minit dan bilas

kali ni tc bahagikan kepada 3 bahagian, kemudian diwarnakan hijau dan oran sementara sebahagian lagi dibiarkan kosong, kemudian dibungkus dan direbus selama 1 jam

Monday, June 6, 2011

kedapur lagi

"chik...nanti toplong masakkan pulut kuning dan laukuntuk makan beradap/makan berdamai ya"
gulp..... ini kes bidan terjun ni, last minit baru dikasi tau, tak ada sebarang perancangan, tak ada sebrang menu yang dah ditetapkan, makan berbincanglah tc dgn anak2 buah yang ada
"kita masak yang simple2 ja chik.....jangan risau, kami semua sedia membantu"
maka tc pun menyanggup le....bukan orang lain...kaun keluarga sendiri, pagi2 tc dan anak buah tc meredah hujan kepasar besar larkin mencari bahan2 yang diperlukan












pembantu2 tc sedang tekun menjalankan tugas yang diberikan selepas diberikan penerangan apa yang perlu dilakukan







dalam sibuk2 tu terlupa pula nak mengambil gambar hidangan yang dah disediakan

selamat pengantin baru susi dan syamsul












selamat pengantin baru buat susi dan syamsul, muga jodoh kalian berkekalan hingga keakhir hayat, muga perkahwinan ini diberkati ALLAH dengan limpahan rahmat dalam kehidupan berumahtangga

adab menghadiri majlis


semasa menghadiri majlis resepsi cucu saudara tc dijhr baru2 ni ada satu pemandangan yang cukup menyakitkan mta tc.
alkisahnya ada seorang perempuan ni...mungkin dalam hati nya beranggapan dialah diva pada hari tu, dan dalam hatinya juga mungkin berkata..."HARI INI AKU PASTI AKAN JADI PERHATIAN"
tc rasa andai itu hajatnya...sememangnya dia jadi perhatian, tc menyedari sorotan mata orang yang memandang, bukannya dengan pandangan suka tetapi dengan pandangan dan memek muka meluat
nak tau mengapa....perempuan ni dah tersiap tempat untuk bergaya..........beliau memaki baju jarang yang membolehkan orang melihat apa yang dipakai didalamnya....dah tu asyik kehulu kehilir lalu lalang depan orang ramai macam sedang buat pertunjukkan fesyen

Saturday, June 4, 2011

bekal dalam perjalanan



nak balik kejohor untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan cucu saudara tc.
tc masak nasi lemak hijau, ayam goreng rempah, ada telur rebus dan sambal semestinya untuk bekalan dalam perjalanan, biasanya kami akan berhenti makan kat R&R air keruh

tahniah


kelmarin,kamal tel "bang....betul cakap abang, orang rumah saya dah bersalin dah, anak LELAKI macam yang abg ramalkan" suara gembira kamal semasa menyampaikan berita tersebut kepada tc
tahniah buat kamal dan isteri....tc dapat lagi sorang anak saudara....

Thursday, June 2, 2011

kueh lapis koko/cokelat



adunannya macam biasa, cuma kali ini sebahagian adunan tu tc campur kan dengan serbuk koko dan sedikit cokelat emulco

Followers