Wednesday, June 16, 2010

dumpling festival




dumpling festival disambut oleh masyarakat cina hari kelima bulan kelima menurut kalender orang cina.
menurut ceritanya, kira2 278 tahun sebelum masihi, ketika pemerintahan dinasti Qin, terdapat seorang penyair terkenal yang telah terjun kedalam sungai sebagai membantah serangan tentera penakluk dinasti Qin kedaerah kediamannya
untuk mengelakkan mayatnya daripada dimakan oleh ikan, penduduk setempat telah membuang "chang / rice dumpling" kedalam sungai.

bahan asas pembuatannya adalah beras pulut yang digoreng bersama dengan bawang merah dan juga udang kering, pulut tersebut direndam terlebih dahulu beberapa jam, ditoskan dan digaul dengan kicap dan sos tiram terlebih dahulu.

inti "chang" ini pelbagai, ada daging, cendawan, kacang, kuning telur masin, nak cita lebih2 penat nak tulis, kita tengok ada gmbar yang dah siap.

tokchik snap masa kawan2 sekerja makan tengahri tadi

Monday, June 14, 2010

this way please- TESCO BUKIT TINGGI


papan tanda ini diletakkan ditepi tangga bergerak di TECSO bukit tinggi klang, entah malaun mana punya kerja, cuba perhatikan gambar tu, arah yang ditunjukkan untuk tempat pendaftaran kad keahlian adalah dinding kosong, senang cerita dinding disebelah tangga bergerak

ubat sakit sendi


kebiasannya para wanita yang dah monopous akan mengalami masalah radang sendi, terasa sakit bila nak berjalan, bangun dan duduk terasa tersiksa
seorang rakan sekerja tokchik yang dah masuk "umur persaraan" mengalami masalah tersebut, beliau mengambil ubat ini dan alhamdulillah ianya banyak membantu.
tokchik pun snap gambar, tempekkan disini, sama2 berkongsi pengetahuan dengan semua orang.
ubat ini tak terhad kepada orang wanita sahaja

Sunday, June 13, 2010

sup ekor


teringin nak makan sup ekor
singgah pasaraya beli sepeket ekor lembu yang dah siap dipotong
boleh tahan harganya--- sepeket rm 22.85, tak pasti berapa beratnya, rasa nya lebih sekilo, balik kerumah, masukkan dalam pressure cooker, sekejap aja dah lembut (bila dah mula mendidih, biarkan selama 20 minit) tutup api. pasti lembut, jimat masa jimat gas bila menggunakan pressure cooker nie

nak resepinya????
tak ada masalah, resepi tokchik ni jenis main agak2, tak ada sukatan khusus, jadi pandai2 le ya mengagaknya

bahan2nya
rempah penumis
halia, bawang putih, bawang merah - dikisar
ketumbar, jintan kasar, jintan halus - DIGORENG, ditumbuk kasar dan dibungkus dengan kain - kiranya macam buat sup punjut
daun sup
bawang goreng


cara-caranya

panas kan minyak,
tumiskan rempah penumis,
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukkan air
masukkan ekor lembu yang dah direbus
biarkan mengelegak
tambah garam secukupnya

bila dah masak, sendukkan kedalam pinggan, taburkan daun sup/daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng
sedap dimakan bersama sambal kicap

nota:
kalau tak nak menggunakan ketumbar, jintan yang digoreng, gantikan sahaja dengan rempah sup jenama faiza, sedap rasanya, kalau menggunakan rempah sup dah jadi macam sup mamak,
resepi diatas tu sup melayu

sambal kicap tokchik



ini resepi asal kak tam ke kak ita, jiran satu blok wak emon di felda ulu dengar.

katanya, lada dan bawang goreng dahulu, baru kisar, jadi tak sakit perut kalau makan
lepas goreng, kisar aja pakai blender kering, campurkan aja dgn kicap manis cap kipas udang ....semestinya yang tersedap dipasaran

kuih bakar labu / bingka labu

mudah sangat nak buat kuih ni
yang penting perlu ada loyang bulat yang berlubang ditengahnya

bahan2nya

1 kg labu - di kukus dan dilenyek

13 senduk tepung gandum
7.1/2 senduk gula
2 biji telur
esen vanilla - i sudu teh
750 ml santan dari sebiji kelapa
sedikit pewarna kuning

cara2nya
satukan kesemua bahan2 yang diatas, adun sebati
tuang kan kedalam acuan
bakar sehingga masak (gunakan dapur gas aja)


ini le hasil nya


inilah senduk yang digunakan sebagai penyukat

Sunday, June 6, 2010

chekhup -KING- white coffee


Kopi 3 in 1 jenama ni dah sebati dengan tokchik, ada 2 variasi lain dengan bungkusan yang berbeza, putih dan biru, yang warna kuning ni dikira "strong"

kalau mengantuk, kena sepeket, segar mata jadinya, hampir 3 minggu terputus bekalan, ke jusco dicari, carefour tak ada, di-giant langsung tak nampak jenama ni.

petang tadi, hati ini seperti dipanggil untuk ke tasco......dalam hati berkata...PASTI ADA.

alhamdulillah, dapat apa yang dihajat, terus beli 4 peket,

Followers