Sunday, June 13, 2010

sup ekor


teringin nak makan sup ekor
singgah pasaraya beli sepeket ekor lembu yang dah siap dipotong
boleh tahan harganya--- sepeket rm 22.85, tak pasti berapa beratnya, rasa nya lebih sekilo, balik kerumah, masukkan dalam pressure cooker, sekejap aja dah lembut (bila dah mula mendidih, biarkan selama 20 minit) tutup api. pasti lembut, jimat masa jimat gas bila menggunakan pressure cooker nie

nak resepinya????
tak ada masalah, resepi tokchik ni jenis main agak2, tak ada sukatan khusus, jadi pandai2 le ya mengagaknya

bahan2nya
rempah penumis
halia, bawang putih, bawang merah - dikisar
ketumbar, jintan kasar, jintan halus - DIGORENG, ditumbuk kasar dan dibungkus dengan kain - kiranya macam buat sup punjut
daun sup
bawang goreng


cara-caranya

panas kan minyak,
tumiskan rempah penumis,
masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing
masukkan air
masukkan ekor lembu yang dah direbus
biarkan mengelegak
tambah garam secukupnya

bila dah masak, sendukkan kedalam pinggan, taburkan daun sup/daun bawang yang dihiris dan juga bawang goreng
sedap dimakan bersama sambal kicap

nota:
kalau tak nak menggunakan ketumbar, jintan yang digoreng, gantikan sahaja dengan rempah sup jenama faiza, sedap rasanya, kalau menggunakan rempah sup dah jadi macam sup mamak,
resepi diatas tu sup melayu

No comments:

Followers