Friday, June 4, 2010
sterika arang
terjumpa sterika ni distor tempat tokchik keja, yang lain masih ok, yang rosak cuma tangkainya ---- patah.
teringat memori lama sewaktu tokchik sekolah rendah, inilah sterika yang digunakan untuk menggosok baju sekolah, didalamnya kkami letakkan bara arang, ya.,.... arang yang kita gunakan untuk membakar sate tu
kalau tak ada duit nak beli arang, kami gunakan bara tempurung kelapa, selalunya arwah bonda akan sediakan daun pisang sebagai pelapik untuk meletakkan sterika ni, tujuannya untuk mengurangkan kepanasan, almaklumlah.... mana ada pelaras suhu pada sterika ni.
kemahiran yang tinggi diperlukan semasa menggunakan sterika ni, kalau tak pandai, alamat rentunglah kain yang digosok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment