Tuesday, October 30, 2012

seri muka





pulut ni angin dan tc memang alah. makan sedikit aja lepas tu mula le......burppppppppp....burpppppp sendawa keluar angin. akan tetapi kalau dibuat tapai tak pula tc mengalami masalah "angin".

teringin nak makan seri muka, tc buat lah sedikit. kalau ikutkan cara yang mudah....beli aja sekeping cukuplah sebagai ubat kempunan tetapi yang dijual tu tak dibuat mengikut citarasa tc.

resepinya:
lapisan bawah
200gram beras pulut - basuh bersih
150ml santan cair
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula

panaskan kukusan
masukkan pulut, santan cair, garam dan gula
kukus sehingga pulut masak
sediakn loyang / sebarang bekas untuk mengukus
tc sapukan minyak pada loyang kemudiannya tc lapikkan dengan plastik kemudian baru tc masukkan pulut yang ditanak dan tekan rata pulut

lapisan atas
200 ml santan
2 biji telur
130 gram gula
3 sudu teh tepung jagung
1-1/2 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh pandan emulco
sedikit pewarna hijau
1/4 sudu teh garam

tc blenderkan kesemua bahan diatas
kemudian tc tapiskan
masak sekejap adunan tersebut sehingga agak pekat / naik wap (kena selalu dikacau supaya tak bergentel)
tuangkan keatas lapisan bawah
kukus semula selama 25-30 minit
biarkan sejuk baru dipotong

Wednesday, October 24, 2012

onde-onde aka buah melaka




teringin sangat nak makan buah melaka nie, pagi ni tc buat sedikit untuk sarapan. ada sedikit ubahsuai dalam resepi tc ni.
resepinya :
2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
1-1/4 sudu besar tepung ubi
1 cawan air (campur dengan garam secukupnya)
pes pandan / pandan emulco
pewarna hijau
gula melaka yang diracik/didadu

kelapa parut  bercampur garam untuk " membalut" buah melaka yang dah direbus
(tc microwave kan sekejap kelapa parut tersebut/ kukus pun boleh, ini bertujuan mengelakkkan kelapa daripa menjadi basi/masam)

panaskan air didalam periuk terlebih dahulu
campurkan kesemua bahan diatas,masukn 3/4 bahagian air dahulu, kalau tak cukup baru tambah lagi
uli sebati
ambil doh sebesar bola pingpong, leperkan dan letakkn gula melaka didalamnya, bulatkan semula doh dan terus masukkn kedalam air panas yang mendidih
apabila doh timbul, angkat dan terus gaulkan kedalam kelapa parut




Monday, October 22, 2012

cara mudah menyiang nangka

nangka ni sedap kalau dibuat rendang/masak lemak/mask kari tetapi yang menyulitkan adalah untuk mengupasnya sebab bergetah.
cara tc mengupas nangka, tc sapukan minyak masak pada tangan dan pisau yang hendak digunakan, kemudian tc bukakan paip dan mula mengupas nangka dibawah air yang mengalir, insyaallah getah nangka tu tak melekat kerana dah dihanyutkan oleh air kalau ada pun yang tersangkut sedikit sahaja.

kalau ada yang melekat dipisau, mudah aja nak membuangnya, layurkan pisau tu didapur gas, lepas tu basuh.


donat tok chik

resepinya

bahan A :
200 ml susu segar - dipanaskan suam2 kuku (cara tc, tc panaskan periuk, matikan api dan tuangkan susu kedalam periuk panas tu, maka jadi le susu suam2 kuku)
3 sudu besar gula
2 sudu tepung gandum (berfungsi sebagai pemangkin)
2 sudu teh yist

campur kesemuanya dan perapkan selama 10 - 15 minit atau sehingga yist mengembang

bahan B :
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar majerin/shortening
secubit garam
1 sudu teh pelembut donat

campurkan dan ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti
masukkan yist yang sudah mengembang dan uli sebati doh
perapkan doh selama 40 -60 minit (tc bungkuskan doh dengan plastik bag)
tumbuk buang angin
canai doh
biarkan doh naik semula sekitar 10 - 15 minit
goreng terendam
gaulkan dengn gula / celupkan dalam cokelat cair


Saturday, October 20, 2012

badak berendam pancawarna











tajuk resepi bukan main gempak lagi hakikat sebenarnya hanya kueh badak berendam biasa yang diberikan beberapa warna dohnya dan tc gabungkan sekali doh berwarna tersebut semasa membentuknya, jadi bila direbus nampak seperti guli.




uli sebati dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan
tc ambil sedikit warna putih, merah dan hijau dan leperkan lalu isikan inti kelapa dan dibulatkan
rebus sehingga timbul
selepas tu tc masukkan kedalam kuahnya yang dah dimasak terlebih dahulu...
yuummmmmmmmmmmy
resepi sila rujuk entry terdahulu

Sunday, October 14, 2012

nasi beriani




masak nasi beriani lagi. cuma pada kali ini caranya seperti cara penyediaan nasi beriani gam dan nasi arab.
pada tc cara ni amat mudah, tak perlu menumis bahan2 perencah, nasinya juga "berderai" sebab berasnya direbus terlebih dahulu.

bahan2 yang diperlukan

1 kg beras beriani - dibasuh, direndam sekitar 30 minit - 1 jam, kemudian ditoskan

1/2 tin susu cair
pewaran kuning / oren

kita juga memerlukan minyak dan rempah atau kuah daripada lauk yang hendak dimakan bersama nasi ni,  kalau tak ada pun tak apa.

didalam kuali, masukkan air dan bahan dibawah ini dan rebus seketika :
keratan batang dan akar daun ketumbarserta daunnya juga anggaran 4 batang
daun pudina - anggaran 5 btg
daun sup - anggaran 4 batang
3 helai daun pandan
2 batang kulit kayu manis
5 ulas bunga lawang
5 ulas buah pelaga
6 tangkai bunga cengkih
garam secukupnya

setelah aiar mendidih sekitar 10 minit, keluarkan semua bahan yang yang direbus tadi. masukkan beras dan rebus sehingga 3/4 masak, angkat beras dan toskan tetapi jangan sampai sejat








periuk yang hendak digunakan untuk memasak nasi nanti tc lapik dengan daun pisang supaya bahagian bawah nasi tak hangus.


tuangkan beras, lapiskan dengan kuah daripada lauk beriani, kalau suka boleh lapis kan dengn lauknya sekali. buat sehingga habis.



lapisan atas sekali kita taburkan dengan kismis, daun ketumbar, daun sup, bawang goreng
kemudian kita tuangkan susu cair dan tuangkan pewarna kuning atau oren.



tutp permukaan periuk dengan daun pisang / kain ini bertujuan untuk memastikkan wap yang ada akan terperangkap didalam periuk. masak sehingga nasi tanak.
satu cara lagi, kita "seal " tudung periuk tu dengan doh tepung, apabila doh tu masak bermakna nasi yang didalam telah pun masak















Friday, October 12, 2012

cucur badak lagi




hujung minggu ni ahli keluarga nak berkumpul kat rumah tc...anak buah ada yang minta dibuatkan cucur badak
dah buat, tc goreng separuh masak dan sejuk bekukkan.
nanti mereka akan tapu bawa balik.
terjadi secara tak sengaja, setelah keledek siap direbus, tc biarkan dan leka menonton tv, bila mata dah mengantuk baru teringat akan keledek yang dah direbus.
"erm...esok aja lah projek membuat cucur udangnya" hati berbisik

esoknya semasa membancuh keledek dngn tepung dan semasa hendak membentuknya...hati berkata
 " ehhhhh...senang betul kali ni, tak lembik melekit"
mungkin bersebab keledek tu dah betul2 sejuk.  benda yang terjadi secara tak disengajakan ada ketikanya membuahkan hasil yg menggembirakan.
 kalau nak cepat, lain kali masukkn keledek yang dah dilecek tu kedalam peti sejuk dulu, dah betul2 sejuk baru campur tepung.

tc menggunakan resepi daripada journal resepi bdaria untuk kesekian kalinya, memang terbaik. sedap dohnya.  tc timbang keledek yang dah direbus tu, kemudian tc tambah 28% tepung gandum (berat ikut berat keledek) dan 7% tepung ubi
diadun dengan keledek sehingga sebati


Followers