Sunday, October 31, 2010

makan free



pemandangan biasa dipasaraya.... pembeli "menjamah" barang jualan, ada tu sanggup buka bungkusan dan curi makan barangan yg didalamnya

yang ni tc rakamkan digiant klang, gelagat sekelompok wanita yang menjamah anggur,
agak2nya berapa kilo yang lesap dalam perut pengunjung pasaraya ya?????

ambik plastik, pura2 pilih, tangan tetap memetik anggur yang ditangkai, mereka tak menyedari tc merakamkannya
"manis ke tidak anggur ni kiah"
"kita makan dulu kenyang2, tak beli pun tak apa, dah masuk perut"




apa lagi....makan le......oppppppppppssssssss...pck tu dah snap gabra kita curi2 makan anggur le..blahhhhhh

Friday, October 22, 2010

nyah toksid





produk ni dikatakan mampu membuang toksid yang terkumpul didalam badan,
tampalkan sahaja dikaki sebelum tdur
keesokkan pagi tanggalkan dan lihat kesan/toksid yang telah dikeluarkan

product daripada negara cina



cantik?????????
murah............semestinya
beg tangan ni harganya hanya rm 22.00
pada tokchik...memang murah,
produk buatan negeri cina

Thursday, October 21, 2010

ikan siakap kukus



1 ekor ikan siakap anggaran 1 kg
(dikelar dan disapukan dengan sos tiram)

halia yang diracik halus
cili padi dihiris
bunga kantan diracik
4 biji asam boi - di siat2/limau jeruk

2 sudu makan kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan - pilihan

4 ulas bawang putih diracik halus, digoreng kekuningan dan dituangkan keatas ikan
kukus ikan sehingga separuh masak
kemudian tambahkan tomato yang dibelah 4
kukus semula sehingga ikan masak

semasa menghidang, taburkan dengan daun ketumbar, jika tiada boleh digantikan dengan daun sup

rendang palembang



bahan2nya

500gram daging - dipotong kecil
1 biji kelapa - diambil santan

10 ulas bawang merah - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
2" halia - dikisar

3 batang serai - dititik
2 tangkai daun kari

2-1.2 sudu makan rempah kari daging
3 sudu kicap manis
air asam jawa
garam secukupnya

cara2nya:
panaskan minya, tumis bahan2 kisar sehingga naik bau
masukkan rempah kari, gaul rata, tambahkan air asam, didihkan sehingga pecah minya
masukkan serai dan daun kari
masukkan daging, santan,kicap manis
didihkan sehingga daging empuk, tambah garam secukupnya

Tuesday, October 19, 2010

pekan air hitam


tc menyingah ke pekan air hitam, beli nenas, rakan sekerja tc minta tolong belikan nenas, cuaca ketia itu.....fuhhhhhhhhhh .... panas terikkkk



Monday, October 18, 2010

majlis merisik/bertunang untuk shahrul nizam


long yus meminta pertolongan tc untuk menjadi ketua merisik/meminang bagi anakandanya shahrul nizam
"boleh aja yus, insyallah" tu jawab tc

alhamdulillah, sampai hari yang dijanjikan kami tiba kerumah keluarga azie sekitar jam 11 pagi. tak perlu banyak bergurindam seloka, tc terus menyatakan hajat kedatangan kami............alhamdulillah.......... semuanya dapat difahami, dipersetuji,
secara dasarnya antara persetujuan bersama yang dimetri pada hari berkenaan:
wang hantaran - rm 8080.00
tempoh bertunang - 1 tahun hidup

alhamdulillah, keluarga pihak perempuan juga mudah diajak berunding dan berbincan dan tidak demand.. "KAMI TAK KISAH, YANG PENTING SEMUANYA SELAMAT "
SYUKRAN...SYUKRAN
tok ketua sedang memula kan sessi rundingan ---- heheheheh

long yus mengangkat tangan mengucap syukur setelah perbincangan mencapai kata sepakat


antara yang turut hadir




apa lagi, sarunglah cincin......





"mari le makan, ini aja yang dapat disediakan" dengan rendah hati tuan rumah mempelawa kami menikmati hidangan yang disediakan




lega den ....agaknya itu kata chah

Friday, October 15, 2010

cara2 nak buang panas dalam badan


ini merupakan cara yang digunakan oleh masyarakat cina untuk masalah angin/panas dalam badan.
peralatan yang diperlukan :
minyak angin/balm
sikat tanduk kerbau/ sudu porselin/benda keras yang bukan diperbuat dpd besi

cara2nya
sapukan minyak angin/balm dibahagian badan yang sakit
mulakan menggaru/memberus dengan gerakan sehala
sekiranya memang terdapat angin/panas dalam badan, bintik2 merah seperti ruam akan terlihat dengan jelas dibahagian yang digosok tadi



mesin mencanai tepung



dah lama bercadang nak membelinya, beberapa tahun dahulu murah saja harganya sekitar rm 25 kalau tak silap tc, masa berubah, harga barangan juga meningkat. harga seunit pada masa sekarang - rm53.90
walaupun bukan terlalu memerlukannya, tetapi tc rasa wajar juga dibeli, ada ketikanya mesin ni diperlukan, selepas ni boleh le meneruskan projek2 yang telah dirancangkan.

Wednesday, October 13, 2010

sekilo rm14



menggunakan jenama PUSA, dijual pada harga rm 14.00 sekilo.
tertanya2 juga tc, apa yang membuatkan beras ni begitu mahal, teringin juga nak mencubanya, tetapi apabila melihatkan harga untuk sekilo...... gulllllllllp..... fikir berkali2 nak membelinya

Sunday, October 10, 2010

nasi goreng kunyit



nasi goreng kegemaran cucu2 mak atuk, terutama L dan nyah.
bila tc tanya kan dengan arwah bonda, jawabannya....."mak campurkan sedikit dengan minyak goreng ikan untuk mendapatkan warna kuning" ini kisah 10 tahun lalu, mak atuk pun dah lama meninggalkan kita semua
harus diingat, orang dulu2, kalau menggoreng ikan, mereka menggunakan kunyit segar bukannnya serbuk kunyit.
herman meminta tc menyediakan "nasi goreng kuning mak atuk" sewaktu dia bermalam dirumah tc.

bahan2 yang diperlukan

bawang merah
cili padi
ikan bilis

tumbuk sehingga lumat kesemua bahan diatas
panaskan minyak , tumis bahan2 tumbuk sehingga garing
masukkan nasi yang telah diramas
gaul rata
tambahkan garam secukupnya
sedia untuk dihidangkan

nota:
jika tidak suka menggunakan minyak bekas menggoreng ikan, campurkan aja sedikit serbuk kunyit sewaktu menggoreng nasi

Thursday, October 7, 2010

sayur air pucuk cemperai




sewaktu berkunjung kerumah anak buah digemas, kakak tc memberi seikat pucuk cemperai kepada tokchik, terpandang pucuk cemperai ni teringat tc akan arwah bonda, dah bertahun2 tokchik tak menjamah hidangan sayur pucuk cemperai.

pucuk cemperai ni kebiasaannya arwah bonda masak lemak atau masak bening (kalau dikampung tc, orang kampung menggelarnya "sayur air) kebiasaannya dicampur dengan keledek....... fuhhhhhhhh terasa manisnya bila menghirup kuahnya. pelengkap hidangan, sambal belacan, ikan masing goreng dan ulam petai atau jering

memasak sayur air ni senang aja, hiriskan bawang, campakkan ikan bilis dan belacan, rebus sehingga semuanya empuk/masak, tambah garam secukupnya

Friday, October 1, 2010

rojak mee



tokchik sememangnya menggemari rojak mee, cuma sekrang ni amat susah nak mencari rojak mee yang sedap,
yang ini beli untuk makan tengahari, cuma sedikit sahaja yang tokchik boleh makan,
selebihnya tokchik sedekahkan kepada kak pah

cuainya


tokchik ke tesco di bukit tinggi klang, nak beli bahan2 untuk memasak nasiu beriani di gemas pada 03-10-10
dalam pada beratur menunggu giliran untuk membuat pembayaran, terdengar seperti ada kekecohan, terjenguk2 le tokchik mencari puncanya. rupa2nya ada seorang budak sekitar usia 5 terpisah daripada ibubapanya.
pengawal keselamatan bertugas membawa budak lelaki berkenaan kekaunter khidmat pelangan, untuk memujuk supaya budak lelaki tu berhenti menangis, diberikan permainan.
rasa2nya hamipir 20 minit juga lah baru ibubapa budak berkenaan datang menuntut anaknya.
yang menjadia persoalan, mengapa begitu lama baru nak datang mencari anak. takkan leka bershoping sampaikan anak hilang pun tak diambil berat.
si ibunya lagi nak bising2 marah kan budak kecil tu, apa lagi, pengawal yang menjumpai budak tu "menyekolahkan" si emak.


mak budak tu (baju kuning tudung hitam)bengang lepas kena marah, berjalan lau tinggalkan anaknya

sibapa yang pujuk dan bawa anaknya pergi.(bapa nya berbaju putih, budak tu berbaju biru)

kalau le budak ni jadi mangsa pencolekan, meraung pun tak berguna cik kak. geram betul tc

Followers