Sunday, September 11, 2011

mee rebus



teringin nak makan mee rebus langsung teringat akan keenakkan mee rebus haji wahid yang popular kat jb tu,.....tapi takkkan nak bergegas balik ke jb semata2 nak makan mee rebus...so pilihan yang ada memasaknya sendiri...

alhamdulillah....tak menghampakan
bahan A - mee dan hiasannya
mee kuning - dicelur
tauge - dibersihkan
tauhu - dipotong kecil dan digoreng
lada hijau /merah - dihiris
telur rebus
daun sup/daun bawang - dihiris
limau kasturi
bawang goreng

Bahan B (kuahnya)
rebuskan daging yang ada tetel
keledek - anggaran 500 gram - direbus dan dilenyek hncur
4 sudu taucu - kisar halus
1/2 cawan kacang tanah - kisar halus

Bahan C (perencah kuah - dikisar )
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang puteh
1" halia
1/4" lengkuas
3 sudu makan udang kering

3 sudu makan rempah kari
1/s sudu makan serbuk cili

tumiskan bahan kisar sehingga naik bau dan garing
masukkan serbuk kari dan serbuk cili, gaul rata , tambahkan sedikit air dan didihkan sehingga pecah minyak
masukkan air rebusan daging/tetel
masukkan BAHAN B.....Didihkan, kuahnya jangan cair
tambahkan garam dan gula secukupnya

1 comment:

urut tradisional lelaki said...

kalau tokchik p taiping jangan lupa singgah medan selera kat dalam pekannya, mee rebusnya sedap sangat. sampai kena beratur kalau mahu makan.

Followers