Thursday, March 18, 2010

kuih abok2 mak lang

"kak....... macam mana nak buat kuih abok2, teringin nak makan, ingat masa kenduri kahwin ujang ari tu"
"buat macam ni cik..........." lancar aja wak emon mengajar cara2 menyediakan kuih abok2

basuh/rendam seketika sagu biji, toskan

kemudian gaul kan sagu biji yang dah kembang tu dengan kelapa parut yang telah dicampur dengan garam

sediakan gula merah/gula melaka dan juga daun pisang yang telah dilayur


buatkan kelongsong, masukkan sagu yang bercampur dengan kelapa parut, letak kan gula merah diatasny, kemudian letakkan sekali lagi sagu diatasnya, tutup kelongsong tersebut




tokchik gunakan stapler aja untuk memastikan daun pisang /kelongsong tu tak terbuka, rupanya tak semenggah, tak secantik yg kakak tokchik buat

apa lagi kukus le....agak2 selama 25 minit

dah siap..jom makan......sejujurnya...........memang sedappppppppppp

Wednesday, March 17, 2010

penunggu tebing

tokchik tak balik kluang kali ni, tetapi.....sekejap2 dapat sms, sekejap2 dapat mms.....budak2 ni segaja nak "bakar" tokchik

gambar mereka sarapan pun di hantar.tapikan .....macam best aja makan ramai2


dapat lagi mms..."kami gi memancing cik", kak ojie, cik sal, asri, yang berselubung katin batik tu si cumi rasanya


along bibi pun dah pandai pegang jorang sekrang nie


ni le hasil yang mereka dapat, lumayan juga kan

yang ini ikan patung kalau tak silap

rugiiiiiiiiiiiiii tokchik tak dapat ikut

selamat ulang tahun buat wak sir

petang sabtu (13-03-2010) tokchik tel le wak sir....abang ipar tokchik......ucapkan selamat ulang tahun buat dia, tergelak besar dia bila tokchik tanya ulang tahun yang keberapa....... 26 tahun katanya....... alah......dah macam artis le pula waksir ni...62 dikatanya 26...nasib baik dia tak reti nak pergi buat botox, kalau tak ada meraung wak emon...hehehehe

petang tu mereka dah sambut ulang tahun kelahiran waksir di KFC kluang mall, along dah beli kek......bulat aja kek tu .macam muka along..hehehe


sambil nak motong kek tu wak sir bercakap dalam hati agaknya "cukup ke kek ni"
wak emon dah telan air liur, along bibi kontrol ayu sambil dalam hati cakap......"cepat le sikit abg ni potong kek nya, terliur dah nie"

sekali lagi wak sir kena potong kek, kali ni L dan ojie pula belanja,


yang bebaju oreng tu pun menyibuk, takut tak merasa agaknya.
"happy birthday to me..10X"penuh semangat nampak gayanya waksir nyanyi sendiri lagu "happy birthday" tu

Tuesday, March 16, 2010

lontong style johor

diklang ni bukan tak ada orang menjual lontong, dikawasan tempat tinggal tokchik pun ada gerai yang menjual.........tetapi tak menepati citarasa tokchik. tak taulah samada tokchik yang cerewet tapi yang pasti memang tak menepati sepenuhnya kehendak dan kemahuan tokchik. demi kepuasan hati dan tekak.... kena masak sendiri...

ada soon, tauhu kering (pucuk), tauhu yang digoreng tak ketingglan tempe (wajib), sayuran seperti kacang panjang, bunga kobis, lobak merah juga kobis, jangan lupa......sambal kacang.........ini kemestian dalam hidangan lontong johor.

slurpppppppppppppppp....sedap..........blurrrrrrrrppppp...kenyang

Monday, March 15, 2010

kueh kasuwie

ntah betul ntah tidah ejaannnya kasuwie atau kasui.........janji faham cukup le. dok melepak menonton dvd, tokchik teringat keenakkan kuih kasuwie yang dimakan semasa sarapan pagi dimedan (kalau betul le tu kuih kasuwie)

sambil menonton sambil melaksanakan missi........memasak kuih kasuwie.......

kebiasaannya...gula merah dan gula pasir dimasak terlebih dahulu dan disejukkan. tokchik buat shortcut..... blend aja kesemuanya dan ditapis

tambahkan sedikit kapur sirih

masukkan tepung gandum, sedikit tepung ubi kedalam air gula tadi, kisar rata

tuang kedalam acuan.... kalau tak ada guna aja loyang atau periuk, kukus selama 20 minit.


gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengna sedikit garam.





nota:
untuk mengelakkan kelapa dari basi, kukus dahulu sebentar, sejukkan baru dicampur dngan garam......... insyallah kelapa takkan basi / masam

Friday, March 5, 2010

nasi minyak sungai udang

teringin nak makan nasi minyak, selongkr peti sejuk...ada bahan2 yang diperlukan, maka proses memasak pun bermula....... sukacita dingatkan......tokchik masak tak ada sukat2........main agak2 aja


bahan2nya
beras basmati........ dibasuh bersih.......disukat air secukupnya, rendam beras, paling singkat pun 1 jam........ kalau 2 cawan beras, airnya sebanyak 3 cawan TETAPI KUARANGKAN SUKU CAWAN AIRNYA.


bahan2

rempah penumis



bawang putih, bawang merah juga halia yang dikisar



daun pudina dan juga daun ketumbar serta kismis


panaskan m inyak sapi, tumis rempah penumis sehingga wangi, masukkan bahan2 kisar, tumis sehingga garing, tuang kedalam beras yang direndam tadi.jangan lupa tambahkan garam secukup rasa.


tambahkan yogurt tanpa perisa kedalam nasi yang sedang mendidih, gaul rata

tambahkan sedikit jus sunquick kedalam nasi, gaul rata...... tokchik tak letak setengah botol tau .cuma sekitar 3 sudu teh aja.


apabila air dah hmpir mengering, masukkan daun pudina, daun ketumbar dan juga kismis, sekali lagi .....gaul rata

biarkan nasi sehingga tanak......... ni petua tokchik.....jika takut nasi jelantah.....letakkan sehelai plastik.......tutup le periuk nasi rapat2..insyallah..... nasinya pasti cantik


ini le rupa nasi minyak tokchik



NOTA

BILA NASI DAH KERING, BUATKAN BEBERAPA LUBANG KECIL, LETAKKAN PEWARNA YANG KITA SUKA. BIARKAN NASI TANAK. SELEPAS ITU BARU DIGAUL ..... HASILNYA ........ JADI LE NASI YANG BERWARNA WARNI

boleh juga ditaburkan rempah beriani diatas nasi, bila nasi dah tanak, gaul rata

sayur campur tokchik

bahan2nya
bawang putih yang dicincang
sos tiram
tepung jagung

sayurannya
bunga kobis
brokoli
putik jagung
cendawan
lobak merah
kacang boncis

cara2nya
didihkan air, campur sedikit minyak masak dan juga garam
celur sayuran sehingga 3/4 masak....... mulakan mencelur sayuran yang keras terlebih dahulu ( lobak merah sbg contoh)



angkat sayuran yang dicelur, masukkan kedalam bekas yng berisi air dingin, rendam seketika sebelum ditoskan.


panas kan minyak, tumis bawang putih sehingga garing dan naik bau.

masukkan sos tiram, gaul rata seketika

masukkan sayur yang telah dicelur, gaul rata.

tambahkan bancuhan tepung jagung kedalam sayuran, gaul rata,

dah siap pun......masih panas2 lagi didalam kuali



NOTA :
KALAU SUKA BOLEH TAMBAHKAN UDANG SEGAR/SOTONG ATAU ISI AYAM DALAM MASAKAN INI.

Followers