Monday, June 21, 2010

lepak2 rumah angah

hari ahad tockhik dan anak2 sedara yang lain berkunjung kekajang lebih tepat lagi kerumah angah.
masa tokchik sampai, angah tak ada dirumah, yang ada hanya wak emon, wak sir, along, L, ojie, ujang, awin, cumi, asri, sincan dan kiteritsu, am sedang lena, almaklumlah baru balik kerja malam
bila sampai, kami lepak2, sembang2, makan macam2 idea lah keluar ......cerita apa nak dimakan, hehehe.........
makan
makan
makan
makan
ni masa tengah bincang nak masak apa

keputusan diambil, buat pecal, nakar/panggang ikan, tokchik, along dan balang yang kekedai.

dua budak kecil yang comot selepas makan aiskrim

kenal tak tangan sapa nie....cepat teka......

proses menyediakan air asam dan sambal kacang untuk pecal.... cheff bertugas...cik sal dan cik cumi, yang baju t.shirt putih belang merah tu dok terjenguk2 kat belakang tu mengapa??........ ohhhhhhhhhh.... nak check prosedur yang dibuat tu betul ke tidak ya.............hehehehe




proses menyediakan bara arang untuk memanggang ikan......kita serahkan pada balang, tapi dah sejam arang masih tak nak menyala,siap bakar arang atas dapur lagi sehinggalah wak sir membawa kipas angin, surrrrrrrrrrr......kejap ja dah menyala.......


ikan dah mula dipanggang,
"podeh mata den" kata balang
kitaretsu pun sama menyibuk, pot pet pot pet........ pelat bercakap, susah nak faham, hahaha...balang ja yang boleh layan



siap masak kita makan, sedap sambal kacang cik sal, berasap rasanya air asam cumi.... ilmu dah diturunkan, jangan pula malas lepas nie, tak tau atau lupa..calling2 aja tc.





dulu mak suapkan anak, sekarang anak yang suapkan mak..........

kukur kelapa



rasanya ramai diantara generasi sekarang yang tak kenal/tau tentang alat untuk mengukur kelapa. generasi yang dilahirkan dan dibesarkan sebelum era 80an mungkin pernah melihatnya
sewaktu singgah dihentian rehat dengkil (kalau tak silap) tokchik terpandang disalah satu gerai ini alat untuk mengukur kelapa. snap gambar, sebab nak kongsi apa yang dilihat dengan orang lain
menggunakan kukur lebih mudah berbanding memarut tetapi menggunakan parut, hasilnya lebih memuaskan, lebih halus cuma mengambil masa yang lebih lama berbanding mengukur

Friday, June 18, 2010

kuih koci pulut hitam

mudah aja nak membuatnya

bahan2 untuk inti

kelapa parut - dapat yang mudah sedapnya
gula pasir
gula merah
daun pandan

santan pekat - ditanak dan dicapur sedikit tepung beras untuk memekatkannnya


satukan kesemuanya didalam kualai, gaul rata, masak sehingga gula cair sepenuhnya
sejukkan

bancuhkan tepung pulut dengan air yang dah dicampur sedikit garam (baru ada rasa)
uli sebati, jangan terlalu lembik/keras


ambil adunan tepung pulut, bulatkan dan lubangkan ditengah, isikan dengan inti kelapa, tutup/bulatkan semula
tuang sesudu santan pekat diatas daun pisang, letakkan bebola tepung pulut tadi, tuangkan sesudu lagi santan pekat diatas bebola tepung pulut tu, bungkus molek2 dengan daun pisang

dah selesai membungkus kesemuanya, kukus lah selama +/- 20 minit



inilah hasilnya, jangan malu2 jom lah makan



tetapi tak boleh lawan dengan kuih koci wak emon dan kuih koci makngah ke'dah. ada kesempatan tokchik nak mengorek rahsia dan juga resepi dengan makngah

Wednesday, June 16, 2010

tempe goreng sambal kicap


tempe yang dihiris nipis

bahan B
tepung gandum - 1 bahagian
tepung beras - 1 bahagian
tepung jagung - 1/4 bahagian
tepung pulut - 1/4 bahagian
air garam secukupnya
1 biji telur

ketumbar/jintan kasar

cara2nya
kisar kesemua bahan B sehingga sebati,

panaskan minyak, celup tempe yang dihiris nipis kedalam bancuhan tepung
goreng sehingga garing

makan dengan sambal kicap

dumpling festival




dumpling festival disambut oleh masyarakat cina hari kelima bulan kelima menurut kalender orang cina.
menurut ceritanya, kira2 278 tahun sebelum masihi, ketika pemerintahan dinasti Qin, terdapat seorang penyair terkenal yang telah terjun kedalam sungai sebagai membantah serangan tentera penakluk dinasti Qin kedaerah kediamannya
untuk mengelakkan mayatnya daripada dimakan oleh ikan, penduduk setempat telah membuang "chang / rice dumpling" kedalam sungai.

bahan asas pembuatannya adalah beras pulut yang digoreng bersama dengan bawang merah dan juga udang kering, pulut tersebut direndam terlebih dahulu beberapa jam, ditoskan dan digaul dengan kicap dan sos tiram terlebih dahulu.

inti "chang" ini pelbagai, ada daging, cendawan, kacang, kuning telur masin, nak cita lebih2 penat nak tulis, kita tengok ada gmbar yang dah siap.

tokchik snap masa kawan2 sekerja makan tengahri tadi

Monday, June 14, 2010

this way please- TESCO BUKIT TINGGI


papan tanda ini diletakkan ditepi tangga bergerak di TECSO bukit tinggi klang, entah malaun mana punya kerja, cuba perhatikan gambar tu, arah yang ditunjukkan untuk tempat pendaftaran kad keahlian adalah dinding kosong, senang cerita dinding disebelah tangga bergerak

ubat sakit sendi


kebiasannya para wanita yang dah monopous akan mengalami masalah radang sendi, terasa sakit bila nak berjalan, bangun dan duduk terasa tersiksa
seorang rakan sekerja tokchik yang dah masuk "umur persaraan" mengalami masalah tersebut, beliau mengambil ubat ini dan alhamdulillah ianya banyak membantu.
tokchik pun snap gambar, tempekkan disini, sama2 berkongsi pengetahuan dengan semua orang.
ubat ini tak terhad kepada orang wanita sahaja

Followers