Saturday, April 16, 2011

sup tulang



betul2 membeli tulang...daging yang ada ciput aja....kalau dapat tulang rusuk lembu yang segar dibuat sup.....yummmy
kali ni selepas bahan2 rempahnya tc tumiskan, semuanya tc tuangkan kedalam "pressure cooker" kunci ketat2 penutupnya, apabila bunyi berdesir kedengaran tc biarkan lagi selama 20 minit (keseluruhan sekitar 30 minit ja masa memasaknya)
angkat periuk tu, letakkan dibawah paip dan sambil tu tarik le tombol yg ada untuk mengeluarkan haba didalamnya, kemudian barulah dibuka penutupnya
tambahkan garam secukupnya, taburkan daun bawang/daun sup dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan
sedap kalau dimakan bersama dengan sambal kicap

kek sarang lebah



resepinya nampak mudah tetapi nak mendapatkan hasil yang cantik payah rupanya. ada masa nya menjadi cantik, ada masanya nampak macam bantat walaupun menggunakan resepi yang sama
hari tu teringin nak makan kueh ni, selongkar resepi, tc buat le, alhamdulillah, menjadi macam yang dahulu, almaklum le hanya sesekali menyediakan kek sarang lebah ni

apam gandum


kecil2 dulu arwah bonda biasa buat apam gandum ni, malam sebelum tidur, adunan dah dibancuh, dimasukkan kedalam pasu tanah liat, tc masih ingt...bila bangun keesokkan paginya nampak membumbung dah adunan tu...masa tu rasa macam pelik...."eh.....macam mana leh jadi mcm ni ek"
selepas dikukus, digaulkan dengan kelapa parut.....fuhhhhhhhhhhhhh sedapnya tak terkata
terjumpa resepi diblog cik mat gebu, nampak sedap, tc cuba le buat, bila tengok catitan dalam resepi..."perap sejam"....leh jadi ke?
nekad aja mencubanya, bila dah siap dikukus nampak mcm bantat...."alamak" dalam hati berkata...esok paginya tc potong, nampak mcam cantik, gaulkan dgn kelapa parut, try ngap..........walauuuuuuu.........sedap siot...terima kasih cik mat sbb sudi kongsi resepi yang sedap dan mudah, tc minta izin nak share dengan orang lain ya cik mat, tapi ada yg tc adjust...mcm kata cik mat "derhaka resepi"





Bahan-Bahannya :-)

1-3/4 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
3 camca besar gula pasir*(*blenderkan aja)

2 cawan tepung gandum

1 camca teh instant yeast (bancuh dengan air suam yang diletakkan sedikit gula dan tepung- buat 5 minit terlebih awal)

Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam


Cara membuatnya :-)
1.blenderkan sahaja (jalan pintas) air, gula merah, gula pasir sehingga sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar sampai sebati,
2.masukkan yis yang dah dibancuh tadi, kisar lagi sehingga sebati
3. perapkan selama 1 jam


4.Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, lapikkan dengan plastik (senang nak mengeluarkan kueh apabila dah masak - tarik aja plastik tu nanti) tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

Sunday, April 10, 2011

kari ayam beryourgt



tc memang tak pandai nak kasi resepi......hak ni berapa gram, hak nun berapa cawan, itu berapa sudu, bahan ni berapa kilo.
tc masak macam cara orang dulu, main agak2, main campak2.....ikut gerak hati

kali ni masak lauk kari ayam dengan yougrt


bahan2nya

ayam - anggaran 1 kg

3 sudu makan rempah kari
150ml yougrt tanpa perisa
250 gram bawang yang dijhadikan bawang goreng

kisarkan :
2" halia
7 ulas bawang puteh

rempah penumis
daun ketumbar
3 biji tomato
perahan air asam jawa
garam dan gula secukupnya


caranya
pijarkan minyak.......tumiskan rempah penumis, kemudian masukkan bahan kisar, tumis sehingga garing,
kecilkan api......masukkan rempah kari, gaul rata, tuangkan air asam jawa dan masak sehingga pecak minyak
masukkan ayam, goreng seketika dengan rempah,
masukkan air dan bawang goreng,
didihkan sehingga kuah sepruh pekat, masukkan daun ketumbar
apabila kuah hampir pekat, masukkan tomato yang dibelah empat, tambahkan garam dan gula secukupnya

apam puteri ayu



Bahan A:
3 biji telur
220 gram gula
1 sudu teh ovellete

Bahan B
100ml santan
1 sudu teh pandan emulco

Bahan C
150gram tepung gandum

Bahan D (digaul rata)
300 gram kelapa parut
garam secukupnya
1-1/2 sudu makan tepug ubi

penyediaannya:

gaul rata kelapa parut/garam/tepung ubi, kemudian isikan kedalam acuan yang dah dileserkan dgn minyak....kukus sekejap

putar gula/telur/ovelate sehingga kembang,

masukkan santan dan pandan emulco, putar sebati, kemudian masukkan tepung.....gaul rata. sendukkan kedalam acuan dan kukus anggaran masa 10 - 12 minit

ini le rupa apam puteri ayau tc....yang tak ayunya sbb kelapa tu bnyak sangat....hahahahahahah

daniel imran


anak sulong along jenny, daniel imran, semakin comel, semakin montel si imran nie dah 7 bulan umurnya kalau tak silap.
kami semua makan, dia leka menonton tv

tersengih didukung uncle balangnya

bila tc nak mengambilnya..tetiba imran melalak...........



seronok tengok imran makan apam puteri ayu tu.habis sebiji dimakannya

si montok dah nak mandi

kunjungan along jenny


semalam along jenny datang berkunjung kerumah, idah teringin nak makan puding roti yang tc buat.... tergoda melihatkan gambrnya...
untuk menjamu mereka tc masak le nasi beringin, lauknya kari ayam yougrt, juga buat kan acar darat



petangnya.....tc buat apam puteri ayu.....

malam, tc masak makaroni goreng dan juga buatkan sirap bandung....kata along jenny.....kalau macam ni punya makan mau meletup perut........tc cakap...eno kan ada...hahahaha

Followers