Monday, April 18, 2011

cucur jawa



baru ni tc tau nama kueh ni cucur jawa, sewaktu berkunjung ke sabah, tc dibawa ke tamu kota belud, ternampak ramai peniaga disana menjual kueh ni, kalau tak silap mereka memanggilnya dengan nama penjaram
memang sedap
terjumpa resepi ni di norsha.blogspot,terima kasih dan minta izin nak kongsi resepi ni dengan yang lain.
mudah menyediakannya.... dah sedap...

RESIPI CUCUR JAWA


Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
1 cawan air panas
1 cawan air masak

Cara-cara
1.campurkan gula pasir dan gula merah bersama air panas serta garam , blender sampai gula hancur, masukkan air masak, blender lagi
2.tuangkan tepung gandum dan tepung beras sedikit semi sedikit dan kisar sebati selama 10 minit
3. peram adunan td semalaman
4. panaskan minyak dalam kuali kecil, tuangkan sesenduk, goreng sekitar 2 - 3 minit

nota:
selepas 2 jam tc perap tc goreng adunan ni (kes tak sabar), alhamdulillah.....sedap
tc guna kan gula merah tu yang nampak kehitaman, kalau guna gula perang mungkin warnanya lebih cantik

terima kasih norsha untuk resepi ni

Saturday, April 16, 2011

puff pastry


dah lama puff pastry ni dalam peti sejuk tc, asyik tertangguh aja projek nak membuatnya.
kelmarin ada kesempatan, bahan2 untuk intinya pun ada, makan projek tertangguh tu pun bermula

selepas pastry tu dinyahbekukan, letakkan inti diatasnya kemudian lipat le ikut suka, nak bujur, bulat, lonjong, empat segi........hahaha

tc letakkan inti kaya, kacang merah dan juga daging lada hitam (inti yg digunakan untuk buat karipap)
dah siap tu sapukan kuning telur diatasnya, nak cantik campurkan sedikit susu kedalam kuning telur tu

panggang didalam oven selama 20 minit dengan suhu 200celcius

karipap lagi


teringin nak makan karipap inti sardin, kalau beli selalunya kata inti sardin tapi tak terasa pun sardinnya, untuki kepuasan buat le sendiri. Selain karipap berintikan sardin, tc juga sediakan inti daging lada hitam
satu adunan tu boleh dapat dalam 33 biji (bergantung kepada tebal nipis kulit karipap tersebut)

sebahagian karipap yang dibuat tu tc "frozenkan", tetapi sebelum disejukbekukan tc goreng sekejap dalam anggaran 1.5 minit, sejukkan, masukkan kedalam bekas, sumbat aja dalam peti sejuk, nak makan kita keluarkan dan goreng semula

mee sup



terlanjur kuah sup tulang tu ada, tc adjust sikit, masukkan mee kuning, tambah sawi, kemudian taburkan bawang goreng dan juga daun sup
maka jadi le mee sup...........

sup tulang



betul2 membeli tulang...daging yang ada ciput aja....kalau dapat tulang rusuk lembu yang segar dibuat sup.....yummmy
kali ni selepas bahan2 rempahnya tc tumiskan, semuanya tc tuangkan kedalam "pressure cooker" kunci ketat2 penutupnya, apabila bunyi berdesir kedengaran tc biarkan lagi selama 20 minit (keseluruhan sekitar 30 minit ja masa memasaknya)
angkat periuk tu, letakkan dibawah paip dan sambil tu tarik le tombol yg ada untuk mengeluarkan haba didalamnya, kemudian barulah dibuka penutupnya
tambahkan garam secukupnya, taburkan daun bawang/daun sup dan bawang goreng, sedia untuk dihidangkan
sedap kalau dimakan bersama dengan sambal kicap

kek sarang lebah



resepinya nampak mudah tetapi nak mendapatkan hasil yang cantik payah rupanya. ada masa nya menjadi cantik, ada masanya nampak macam bantat walaupun menggunakan resepi yang sama
hari tu teringin nak makan kueh ni, selongkar resepi, tc buat le, alhamdulillah, menjadi macam yang dahulu, almaklum le hanya sesekali menyediakan kek sarang lebah ni

apam gandum


kecil2 dulu arwah bonda biasa buat apam gandum ni, malam sebelum tidur, adunan dah dibancuh, dimasukkan kedalam pasu tanah liat, tc masih ingt...bila bangun keesokkan paginya nampak membumbung dah adunan tu...masa tu rasa macam pelik...."eh.....macam mana leh jadi mcm ni ek"
selepas dikukus, digaulkan dengan kelapa parut.....fuhhhhhhhhhhhhh sedapnya tak terkata
terjumpa resepi diblog cik mat gebu, nampak sedap, tc cuba le buat, bila tengok catitan dalam resepi..."perap sejam"....leh jadi ke?
nekad aja mencubanya, bila dah siap dikukus nampak mcm bantat...."alamak" dalam hati berkata...esok paginya tc potong, nampak mcam cantik, gaulkan dgn kelapa parut, try ngap..........walauuuuuuu.........sedap siot...terima kasih cik mat sbb sudi kongsi resepi yang sedap dan mudah, tc minta izin nak share dengan orang lain ya cik mat, tapi ada yg tc adjust...mcm kata cik mat "derhaka resepi"





Bahan-Bahannya :-)

1-3/4 cawan air*
1/2 cawan gula melaka*
3 camca besar gula pasir*(*blenderkan aja)

2 cawan tepung gandum

1 camca teh instant yeast (bancuh dengan air suam yang diletakkan sedikit gula dan tepung- buat 5 minit terlebih awal)

Kelapa parut putih secukupnya digaul bersama sedikit garam


Cara membuatnya :-)
1.blenderkan sahaja (jalan pintas) air, gula merah, gula pasir sehingga sebati, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar sampai sebati,
2.masukkan yis yang dah dibancuh tadi, kisar lagi sehingga sebati
3. perapkan selama 1 jam


4.Panaskan kukusan, lenser loyang dengan sedikit minyak, lapikkan dengan plastik (senang nak mengeluarkan kueh apabila dah masak - tarik aja plastik tu nanti) tuang adunan apam, biar 5 minit dan kukus 35 - 40 minit. Biar sejuk sebelum dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

Followers