Monday, April 18, 2011

cucur jawa



baru ni tc tau nama kueh ni cucur jawa, sewaktu berkunjung ke sabah, tc dibawa ke tamu kota belud, ternampak ramai peniaga disana menjual kueh ni, kalau tak silap mereka memanggilnya dengan nama penjaram
memang sedap
terjumpa resepi ni di norsha.blogspot,terima kasih dan minta izin nak kongsi resepi ni dengan yang lain.
mudah menyediakannya.... dah sedap...

RESIPI CUCUR JAWA


Bahan-bahan 2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1/2 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
sedikit garam
1 cawan air panas
1 cawan air masak

Cara-cara
1.campurkan gula pasir dan gula merah bersama air panas serta garam , blender sampai gula hancur, masukkan air masak, blender lagi
2.tuangkan tepung gandum dan tepung beras sedikit semi sedikit dan kisar sebati selama 10 minit
3. peram adunan td semalaman
4. panaskan minyak dalam kuali kecil, tuangkan sesenduk, goreng sekitar 2 - 3 minit

nota:
selepas 2 jam tc perap tc goreng adunan ni (kes tak sabar), alhamdulillah.....sedap
tc guna kan gula merah tu yang nampak kehitaman, kalau guna gula perang mungkin warnanya lebih cantik

terima kasih norsha untuk resepi ni

No comments:

Followers