Sunday, April 18, 2010

paceri tumis atau paceri bombay

nenas dikupas dan dipotong kecil, dicelur bersama dengan serbuk kunyit...apabila sudah lembut, angkat, bilas dan perah---- ketepikan


tumis kan rempah penumis berserta dengan biji sawi dan hirisan bawang putih dan bawang merah


masukkan nenas yang telah dicelur tadi, gaul rata, tambahkan gula, garam dan juga cili mmerah yang dihiris


jambu bol




lain tempat lain namanya........ terpandang buahnya yang meranum didahan dan yang dah gugur melata dibumi..... sedap kalau dapat yang dah masak..... lembut bila digigit....... dengan aromanya yang wangi.......... rasanya yang masam2 manis..... fuhhhhhh........ sedap......memori masa kanak2 kembali menjelma

pra persandingan hurul ain dan wan 2

17hb dan 18hb april 2010, tokchik berada disegamat lagi, menyelesaikan beberapa urusan berkaitan dengan majlis persandingan hurul ain dan wan pada 09-05-2010 nanti.

alhamdulillah, dipermudahkan urusan pada kali ini,
1. deposit katering - selesai dibuat,begitu juga dengan menu untuk majlis persandingan nanti, dipersetujui....... nasi beringin, ayam masak merah, kurma daging, dalca, paceri bombay, pencuci mulut - buah oren, air - sirap limau.

2. juadah untuk makan berdamai.... selesai... mak mon tukang masaknya, menunya - ayam, ikan, udang, sayur, sosej berukir, pencuci mulut dan juga kelengkapan untuk meja makan beradap (sudu garfu, pinggan dan juga gelas)

3. kumpulan silat - kumpulan ini akan mempersembahkan 10 acara, termasuklah acara bermain senjata.

4. kumpulan kompang - selesai

5. sessi mencuba baju untuk acara fotografi...
ni mak andamnya........nampak muda lagi.umur dah cecah 40 tahun.... anak 3, sessi bincang2


melaran sekejap dipelamin yang ada sebelum sessi mencuba baju


jom kita saksikan.........











Mak andam pening kepala, bila fitting, baju semua dah ketat sangkut kat perut,
macam mana ni wan......... apa yang kamu dah beri ain makan sampai jadi bulat macam nie?????????????????????? yang dulu muat.sekarang ni dah jadi sendat

yang agak menarik, sekadar ingin berkongsi berita gembira, pasangan hurul ain dan wan akan bersanding bertiga. SUKACITA DIMAKLUMKAN...... HURUL AIN SEDAH BERBADAN DUA, KANDUNGANNYA TELAH MENCECAH USIA 2 BULAN. yang kelakarnya wan macam tergaru2, terpinga2......bapak muda lah katakan....."PAKCIK, NAMPAK GAYANYA KALAU MACAM NI, KENA KERJA KERAS LAGI, CARI DUIT LEBIH2" itu yang diucapkan oleh wan........tokchik senyum aja.

Monday, April 12, 2010

kurma telur dan kobis

arwah bonda tokchik selalu masak menu ini, sesekali bila teringat tokchik masak le, tapi mana mungkin sama.......air tangan bonda lebih sedap.......yummmmmmmmy....sehingga menjilat jari


bahan2nya

kobis - dipotong sebegini


telur rebus

rempah penumis
serbuk kurma
santan
kerisik
bawang merah
bawang putih
halia
tomato dibelah 4
garam dan gula secukupnya

cara2nya

panaskan minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau dan masukkan bahan2 yang telah dikisar, tumis sehingga garing dan masukkan serbuk kurma,



masukkan santan dan juga kobis serta telur rebus



masak sehingga kobis lembut dan kuah menjadi pekat, tambahkan kerisik, garam secukupnya serta sedikit gula

nasi beringin

tokchik mula mengenali atau tahu tentang nasi beringin ni semasa menetap dijohor bahru, sekitar penghujung 80an, masa tu ada pusat penjaja yang terletak diantara komtar dan pasar besar johor bahru (tapat city square sekarang ni)

kalau tak silap tokchik, nama gerai tu "JOE NASI BERINGIN". nasi beringin ni seakan nasi minyak dan nasi lemak......tetapi memang sedap, makan dengan kari ayam, kurma ayam/daging atau rendang....

mengikut perancangannya semasa majlis persandingan ain nanti tokchik dah merancang untuk menjamu tetamu dengan hidang nasi beringin berserta lauk ayam masak merah, kurma daging, dalca dan juga acar darat.

dah lama tak makan nasi beringin ni, jadi semasa ada kesempatan kelmarin tokchik pun masak le.

bahan2nya

2 cawan beras basmahti - sukatan air 1 cawan beras = 1.5 cawan air
1/2 biji kelapa diambil santan sebanyak 1 cawan

jika menggunakan beras basmahti, rendam beras dengan 2 cawan air sekurang2nya 30 minit (tokchik rendam selama 2 jam), bila nak memasak baru tambahkan 1 cawan santan.

nota - cawan yang tokchik gunakan untuk menyukat beras/air tu kapistinya sebanyak 275ml.

rempah penumis
1 sudu teh jintan kasar

6 ulas bawang putih - dikisar
1 labu bawang besar - dikisar
1.5" halia - dikisar

serbuk pati ayam/daging

4 batang serai dititik
1/2 sudu teh halba

minyak sapi
garam dan sedikit gula

cara2nya

panaskan minyak sapi, tumiskan rempah penumis dan juga jintan kasar, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar, tumis sehingga garing dan wangi



tuangkan kedalam periuk yang berisi beras, masukkan serai dan juga halba, tambahkan garam secukupnya dan secubit gula serta pati ayam/daging

biarkan nasik tanak dan inilah hasilnya



nota:
untuk mendapat nasi yang cantik dan berderai jika memasak nasi minyak/nasi lemak/nasi beringin menggunakan periuk nasi letrik, jangan ditutup penutupnya sehingga kering airnya,bila air sudah kering barulah ditutup penutupnya, insyallah nasi akan lebih cantik dan berderai

Friday, April 9, 2010

rendang ayam tua

bahan2nya

ayam tua aka ayam telur
santan
kerisik
lada kering - digoreng terlebih dahulu
halia
bawang putih
bawang merah
lengkuas
kunyit
serai
ketumbar, jintan kasar dan jintan halus - disangai dan dikisar
rempah penumis
daun kunyit
asam jawa / asam keping
garam dan gula sebagai perasa
cara-caranya

didalam kuali, masukkan ayam, santan, rempah penumis,



tuangkan bahan2 yang telah dikisar halus (lada kering,halia,kunyit. bawang putih, bawang merah, lengkuas, serai)




tambahkan ketumbar dan jintan yang disangai dan rebuslah dengan api yang sederhana

masak sehingga kuahnya pekat, masukkan daun kunyit yang dihiris halus, kerisik, tambahkan garam dan gula secukup rasa


dah siap pun.........jom makan..sedap dimakan dengan nasi himpit/ketupat

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Blogger Buzz: Blogger integrates with Amazon Associates

Followers