Thursday, June 30, 2011

minyak afiat



sejak dari tc kecil, minyak ni dah ada dipasaran, seingat tc, kalau luka memang cepat sembuh apabila disapukan dengan minyak ni
masa tahun 70an sebotol minyak ni baru rm 1.20, arwah bonda akan memastikan minyak ni sentiasa ada dirumah, teringat tc semasa ibu jari tc luka terkena parang, kelam kabut bonda mencari minyak ni untuk disapukan kan tempat yang luka (sampai sekarang masih ada bekas luka tu - lebih kurang 2" panjangnya)
yang pasti..... minyak ni tak memedihkan apabila disapukan ketempat luka.
bila terpandang kesan luka teringat tc akan minyak ni, bila terpandang minyak ni teringat tc akan arwah bonda...alfatih buat arwah bonda dan ayahanda

gulai ikan baung belimbing buluh


ikan ni dibeli oleh anak buah tc semasa dia balik ke segamat, sanggup dia mencarinya hingga ke gemas semata2 nak memenuhi permintaan tc
macam biasa...pilihan diberikan..nak dibuat gulai lemak atau masak asam rebus, so pilihannnya jatuh kepada gulai lemak cili belimbing buluh
perlu ada:
ikan baung
daun kesum
belimbing buluh - belah dua
santan (bergantung kepada kuantiti ikan, masak lemak yang sedap santannya kena pekat)
garam

kisarkan:
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan



ini petua arwah bonda tc, kalau nak mengulai ikan, letakkan ikan, bahan2 yang dah dikisar/ditumbuk terlebih dahulu kedalam periuk/kuali sebelum memasukkan santan.

didihkan dengan api sederhana dan pastikan tidak pecah minyak, tambahkan garam secukupnya, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

jom makan

donat lagi



semalam buat donat lagi.... rupanya tak cantik, tapi rasanya alhamdulillah...
tc kongsikan resepinya

bahan A
2-1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
3 sudu makan shortening/majerin
1/2 sudu teh garam


bahan B (sediakan 10 minit lebih awal)
225ml susu suam
2 sudu teh yist
3-1/2 sudu makan gula

penyediaannya
masukkan bahan A kedalam bekas, ramas sehingga menjadi seperti serbuk roti atau dalam erti kata lain sehingga sebati dan berderai
tuangkan bahan B yang dah mengembang sedikit demi sedikit, gaul sebati dan uli sehingga lembut
perapkan doh selama 1.5 jam. kalau nak mudah ...ikut aja cara tc ni..masukkan doh kedalam beg plastik dan ikat supaya tak keluar angin, pasti doh mengembang dengan cantik
selepas 1.5 jam, tumbuk doh yang dah mengembang tu untuk mengeluarkan anginnya
canai dan cetak,
selepas dicetak, ketepikan selama 10 minit untuk doh mengembang semula barulah digoreng
sirakan dengan gula halus ketika donat masih panas supaya gula senang melekat kepada donat

Monday, June 27, 2011

kueh koci



untuk inti:
kelapa parut
gula merah
gula pasir
sedikit air
daun pandan

gaulkan kesemuanya dan masak sehingga sebati, sejukkan

untuk dohnya
air garam secukupnya
tepung pulut

tuangkan air garam sedikit2 kedalam tepung, uli tepung, kalau lembik tambahkan sedikit tepung lagi

ambil sebesar bola pingpong,
ratakan,
letakkan inti ditengahnya,
bulatkan semula,
letakkan diatas daun pisang yang dah disapu sedikit minyak
bungkus/lipat daun pisang tersebut

pengat pisang



tc suka pisang nangka atau pisang tanduk untuk dijadikan pengat, selain tu pisang nipah pun sedap juga

kebiasannya tc akan rebus dulu pisang dengan air yang bercampur daun pandan, apabila pisang dah layu baru tc masukkan santan, gula merah, gula pasir dan secubit garam biarkan mendidih seketika ...pastikan jangan pecah minyak, tc masukkan sagu biji yang dah dicelur terlebih dahulu. tujuan tc merebus sagu biji terlebih dahulu adalah supaya sagu biji tak memekat didalam kuah pengat...sebab tc suka letak sagu banyak2

murtabak singapura




usai urusan dinilai 3, angah mengajak kami pergi makan, tc cadangkan kami mencuba "MURTABAK SINGAPURA" lokasinya dibangi berhampiran dengan stesen minyak petronas..
bezanya dengan murtabak biasa, selain daripada harganya juga cara penyediaannya, kurang penggunaan telur berbanding murtabak biasa
lepas le kempunan tc nak menjamah murtabak singapura

selimut juga cadar



menyusuri deretan kedai dinilai 3 semasa menemani anak buah tc mencari langsir untuk rumahnya, mata tc terpandangdisatu sudut kain bercorak kotak2 ni
nostalgia lama bermain diminda, dulu inilah yang digunakan oleh arwah bonda sebagai cadar katil untuk menutupi tilam kekabu, kain ni juga lah yang dijadikan selimut kami adik beradik

Followers