Thursday, June 30, 2011

gulai ikan baung belimbing buluh


ikan ni dibeli oleh anak buah tc semasa dia balik ke segamat, sanggup dia mencarinya hingga ke gemas semata2 nak memenuhi permintaan tc
macam biasa...pilihan diberikan..nak dibuat gulai lemak atau masak asam rebus, so pilihannnya jatuh kepada gulai lemak cili belimbing buluh
perlu ada:
ikan baung
daun kesum
belimbing buluh - belah dua
santan (bergantung kepada kuantiti ikan, masak lemak yang sedap santannya kena pekat)
garam

kisarkan:
cili padi
bawang merah
kunyit segar
sedikit belacan



ini petua arwah bonda tc, kalau nak mengulai ikan, letakkan ikan, bahan2 yang dah dikisar/ditumbuk terlebih dahulu kedalam periuk/kuali sebelum memasukkan santan.

didihkan dengan api sederhana dan pastikan tidak pecah minyak, tambahkan garam secukupnya, matikan api dan sedia untuk dihidangkan

jom makan

No comments:

Followers